SELAMAT DATANG

Sabtu, 05 April 2014

ALKISAH SEORANG PEMANDU BARU

Shila baru mendapat lesen keretanya. Dengan hati yang seronok, Shila meminta untuk membawa ibubapanya pulang ke kampung.

Ketika bertolak, langit cerah bersinar panas. Shila memandu dengan berhati-hati dengan penuh teruja.

Setelah sejam memandu, Shila memasuki kawasan ribut petir.

“Abon, apa yang patut Shila buat?” tanyanya kepada bapanya yang duduk di tepi.

“Buka lampu, teruskan memandu,” kata bapanya.

Ribut semakin kencang. Jalan di depan semakin sukar dilihat.

“Abon, Shila takut. Apa yang perlu dibuat?” tanya Shila.

“Teruskan pandu. Slow. Tapi teruskan, jangan henti. Fokus,” kata abonnya.

Shila teruskan memandu. Tak beberapa jauh dari situ, Shila melihat kereta dan lori-lori mula berhenti di tepi jalan kerana semakin susah untuk melihat jalan.

“Shila kena henti. Shila susah nak lihat depan. Teruk ribut ini. Semua orang sedang henti di tepi jalan,” kata Shila.

“Jangan putus asa. Teruskan memandu slow-slow. Tengok jalan ikut line,” jawab bapa Shila.

Shila teruskan memandu meskipun ribut teruk. Lebih kurang 5km daripada itu, Shila dan keluarganya terkeluar daripada ribut tersebut.

Matahari kembali bersinar.

“Sekarang Shila boleh henti,” kata bapanya.

“Mengapa henti sekarang bila langit dah cerah?” tanya Shila.

“Shila keluar dan tengok betapa ramai yang berputus asa tapi masih terperangkap di dalam ribut teruk itu. Kerana Shila tidak putus asa, Shila dah keluar daripada ribut tersebut,” terang bapanya.

Wahai anakku,
Cerita di atas adalah untukmu ketika menghadapi kesusahan hidup. Jangan kerana semua orang lain, termasuk mereka yang kamu terasa hebat pandai, berputus asa, kamu tak perlu berputus asa.

Jika kamu tak berputus asa, ribut di atas kepala kamu akan berlalu dan sinar matahari akan terpancar di mukamu semula.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar