SELAMAT DATANG

Sabtu, 28 Februari 2015

ALKISAH PAKIS DENGAN BULUH…

Saban hari, Zulkifli terasa tidak senang duduk. Segala yang dilakukannya nampak gagal disempurnakan walaupun dirancang dengan rapi.
“Cukuplah… aku tak mahu cuba lagi. Aku redha. Aku terima aku tak akan berjaya dalam dunia ini,” rungut beliau.
Satu petang, Zulkifli terjumpa Ustaz Rani di taman riadah sebelah pokok yang tingginya 5 kaki, akarnya mendalam 2 kaki dan bertanya, “Ustaz, ana rasa putus asa. Boleh tak ustaz bagi satu alasan untuk ana untuk tidak berputus asa?”
Ustaz Rani melihat Zulkifli yang kesian lalu berkata…
“Wahai sahabatku. Usah bersedih. Nampak tak pakis itu dengan buluh di tepinya?”
“Nampak,” jawab Zulkifli.
“Pakis dan buluh itu bermula daripada benih. Di taman ini, tiada siapa yang menjaganya, tapi Allah. Allah memberikan mereka cahaya. Allah juga memberikan mereka air.
Pakis tumbuh dengan cepat dari tanah. Daunnya menghijau meliputi tanah di sekelilingnya. Tapi buluh tidak tumbuh-tumbuh. Lama-lama, pakis semakin bertambah banyak dan menghijau. Namun buluh masih tidak tumbuh tumbuh.
Apakah Allah telah berputus asa dengan buluh? Tidak. Pada tahun kedua, buluh tumbuh daripada tanah. Enam bulan daripada itu, buluh itu tumbuh 100 kali meninggalkan pakis di bawah. 2 tahun yang buluh nampak tiada harapan untuk hidup sebenarnya digunakan untuk membina akarnya terlebih dahulu.
Apabila akarnya menjadi kuat, dan mula dapat mencari air dan mineral, maka buluh tumbuh daripada muka bumi. Allah tidak akan menguji segala makhluknya dengan perkara yang tidak mampu dihadapinya.
Jadi sahabatku, selama yang anta sedang berusaha dan diuji, sedarkah Allah sedang melatih anta untuk membina akarmu. Allah tidak berputus asa dengan buluh, Allah juga tidak akan berputus asa dengan anta. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Buluh mempunyai tujuan yang lain daripada pakis. Tapi kedua-duanya mencantikkan taman riadah ini.
Jangan merungut betapa besarnya masalah pada Allah, sebaliknya beritahu masalah betapa besarnya kehebatan Allah,” cerita Ustaz Rani.
“Adakah cerita ini membantu anta?”
Zulkifli terus memeluk Ustaz Rani dan mengalirkan air matanya – “YA ALLAH,Terima Kasih menpertemukan ana dengan ustaz hari ini.”
Wahai anakku,
Aku sedih melihat kamu merungut berkata Allah sengaja menyusahkan kamu dengan pelbagai ujian. Aku berharap nukilan ini dapat membuatkan kamu memahami bahawa perancangan dan ujian Allah adalah sebaik-baik perancangannya untuk kamu.
Sebelum buluh tumbuh, ia tidak tahu potensinya. Setelah ia tumbuh tinggi, barulah ia memahami mengapa ia diuji sebegitu berbanding pakis yang sudah tumbuh merata.
Wahai anak kesayanganku, bersabarlah. Takkan kamu diuji jika tiada kelebihan tertentu yang berada di dalam dirimu. Ujian hanya sekadar untukmu mengenal kelebihanmu itu. Maka bersikap positiflah dengan setiap cabaran yang datang. Ambillah ia sebagai cabaran dan bukannya masalah. Kongsilah nukilan aku dengan mereka yang memerlukannya sekiranya kamu berasa bersemangat semula selepas membacanya.

GOTONG ROYONG DI PASTI AL FIRDAUS, KEDAI PULAI CHONDONG BERSAMA-SAMA GURU DAN PEMUDA DUN PULAI CHONDONG