SELAMAT DATANG

Sabtu, 07 Februari 2015

KATA - KATA MUTIARA TUAN GURU HJ NIK AZIZ


TUJUH SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekelian - mari kita laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

MENYAMPAIKAN BAJU SERAGAM PASTI PERCUMA KEPADA PELAJAR AT TARBIYYAH, KG TOK BOK







Sdr Mohd Romli b. Ismail (Timb. Pengerusi PASTI Machang) Mengadakan Lawatan Dan Menyerahkan Baju Seragam PASTI Percuma Kepada Semua Pelajar PASTI At Tarbiyyah, Kg Tok Bok 3/2/2015 (Yang Diwakili Oleh Cikgu Yumni),,,,Baju Seragam Ini Adalah Sumbangan Daripada YB Hj Zulkifli b. Mamat (ADUN Pulai Chondong)

MENYAMPAIKAN BAJU SERAGAM PASTI PERCUMA KEPADA PELAJAR AR RAHMAN, KG BANDAR



3/2/2015.....Sdr Afzanizan (Bendahari PASTI Machang) Mengadakan Lawatan Dan Menyerahkan Baju Seragam PASTI Percuma Kepada Semua Pelajar PASTI Ar Rahman, Kg Bandar (Yang Diwakili Oleh Cikgu Raihan),,,,Baju Seragam Ini Adalah Sumbangan Daripada YB Hj Zulkifli b. Mamat (ADUN Pulai Chondong)

MENYAMPAIKAN BAJU SERAGAM PASTI PERCUMA KEPADA PELAJAR AS SOLIHIN, KG BAGAN




Sdr Mohd Romli b. Ismail (Timb. Pengerusi PASTI Machang) Bersama Sdr Afzanizan (Bendahari PASTI Machang) Mengadakan Lawatan Dan Menyerahkan Baju Seragam PASTI Percuma Kepada Semua Pelajar PASTI As Solihin, Kg Bagan Pada 3/2/2015 (Yang Diwakili Oleh Cikgu Zuna),,,,Baju Seragam Ini Adalah Sumbangan Daripada YB Hj Zulkifli b. Mamat (ADUN Pulai Chondong).

KETIKA YAB MENTERI BESAR KELANTAN BERKULIAH

YAB Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob mempunyai jadual bulanan beliau menyampaikan kuliah pagi jumaat di Dataran Medan Ilmu Kota Bharu. Meneruskan legasi Tok Guru Dato’ Bentara Setia, beliau sentiasa memberi komitmen mempastikan agar kuliah di Medan ilmu berjalan sebagaimana sebelum ini bahkan beliau meminta agar masa kedua iaitu jam 9.30 pagi dikhaskan kepada pengajian bersama dengan Tok Guru Murabbi Ummah tersebut.
YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob seperti biasa akan menyampaikan kuliah sebagaimana jadual tetap beliau di setiap jumaat akhir bulan pada sesi pertama sebelum Tok Guru. Sendainya Tok Guru tidak dapat memberikan kuliah, beliau akan menggantikan tempat Tok Guru tersebut. Sejak daripada awal Tok Guru telah asaskan pengajian tafsir disitu dan sudah beberapa generasi telah berlalu. Saya sendiri sejak berada di tingkatan satu SMU (A) Maahad Muhammadi lelaki sudah mula berjinak-jinak dengan pengajian tafsir Tok Guru sehinggalah ke hari ini masih menuntut siri-siri tafsir beliau.
YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar pula mengambil pendekatan mengajar hadis Nabi SAW. Beliau telah memilih kitab hadis ‘Wasoya Al-Rasul’ yang telah disusun serta diperincikan syarahnya oleh Dr Thoha Afifi. Beliau telah memulakan pengajian wasiat Rasulullah SAW sejak dari wasiat pertama dan sehingga hari ini, jumaat 16 Rabiul Akhir 1436 beliau telah mengkhatamkan wasiat Rasulullah yang keempat belas. Method persembahan kuliahnya agak mudah difahami dan sesuai dengan semua latar belakang umur apabila beliau membacakan hadis dan terjemahan lalu dinyatakan beberapa pengajaran melalui hadis tersebut dengan huraian ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis yang ma’thur serta selingan dengan isu-isu semasa yang berlaku.
Ramai yang terpegun dengan kuliah beliau dan sememangnya ramai yang menyatakan "sepatutnya kena panggil Ustaz Mad ini Tok Guru" malah tidak kurang ramai juga di kalangan golongan veteran menitipkan ucapan dimulut mereka "Memang seperti Tok Guru Haji Kob Kelong, ayahnya". Ketokguruan beliau amat terserlah apabila menyampaikan kuliah-kuliah sama ada di Medan Ilmu juga di masjid berbekalkan ilmu yang dipelajarinya dalam bidang syariah di Universiti Al-Azhar. Beliau seringkali dipanggil dalam majlis-majlis rasmi dengan gelaran 'Tuan Guru' seperti ketika beliau menyampaikan amanat di Karnival 60 Tahun PAS Johor, ketika menyampaikan kuliah subuh di salah sebuah masjid di Sungai Limau, Kedah semasa PRK. N20 lalu dan di Terengganu ketika memberikan ucaptama dalam Majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS. Amat tepatlah titipan-titipan bahawa beliau seakan ‘ketokguruan’ bapanya dalam menyampaikan kuliah pengajian.
Ayah beliau, Tok Guru Haji Yakob Ishak merupakan pengasas Pondok Berangan di Tumpat sejak tahun 1942. Tok Guru Haji Yakob atau lebih dikenali dengan Tok Guru Haji Kob Kelong (sempena nama tempat asal beliau, Kampong Kelong Tumpat) adalah seorang yang berjiwa kental dan alim. Beliau mengasaskan pondoknya disaat gerakan menentang penjajah memuncak tambahan pula kedatangan Jepun ke tanah Melayu pada masa itu.
Tok Guru Kob Kelong pernah ditahan dibawah akta ISA bersama Haji Nik Abdullah Arsyad, bapa kepada YB Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang kerana lantang memperjuangkan islam. Darah Tok Guru dan Pahlawan ini turut mengalir dalam diri YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob. Lihat sahaja ketegasan beliau untuk menjayakan pelaksanaan undang-undang islam di Kelantan sehingga dengan lantang dan tegas beliau menyatakan berkali-kali "insya-Allah akan diusahakan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan pada tahun 2015" walaupun mendapat tentangan dan cemuhan hebat dari pelbagai pihak.
MOHD ASRI MAT DAUD
16 Rabiul Akhir 1436
(Penulis ialah Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kelantan)

Rabu, 04 Februari 2015

SUMBANGAN BANJIR KEPADA PASTI AS SOLIHIN, KG BAGAN



Terima Kasih Kepada Penyumbang....Selepas Mesyuarat Pada 31/1/2015,,,Ajk PASTI Machang Iaitu En Ilias Ab Kadir Mewakili Jabatan PASTI Kawasan Machang Telah Menyerahkan Sumbangan Kepada PASTI As Solihin, Kg Bagan (Diwakili Oleh Gurunya) Yang Terkena Banjir Baru-Baru Ini,,,Sumbangan Untuk Membeli Kelengkapan Yang Rosak,,,Terima Kasih Semua

" DAH TERTULIS REZEKI AWAK"

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya. 

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol. 


Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk. 

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia. 


Saya cakap ..
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, "eh apesal?" 


Dia jawab dalam menahan sebak.

"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"
Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.


"Dah tertulis rezeki awak,"
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan. 


Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..


Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2. 


Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.


Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

MESYUARAT PENUH JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG KALI KE 7 BAGI SESI 2013/2015 BERTEMPAT DI PASTI DARUL HUSAINI, KG KEPAS PADA 31/1/2015


MENZIARAHI IBU KEPADA SETIAUSAHA JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG (SDR NASIR ABD RAHMAN) DAN ADIK CIKGU RODHIAH MUSA (PASTI AL HIDAYAH, KG PANGKAL CHANGGONG) DI HOSPITAL KOTA BHARU




KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

 Seorang Guru Wanita Sedang Bersemangat Mengajarkan Sesuatu Kepada Murid-Muridnya. Ia Duduk Menghadap Murid-Muridnya. Di Tangan Kirinya Ada Kapur, Di Tangan Kanannya Ada Pemadam. Guru Itu Berkata, "Saya Ada Satu Permainan... Caranya Begini, Ditangan Kiri Saya Ada Kapur, Di Tangan Kanan Ada Pemadam. Jika Saya Angkat Kapur Ini, Maka Berserulah
"Kapur!", Jika Saya Angkat Pemadam Ini, Maka Katalah "Pemadam!"

Murid Muridnya Pun Mengerti Dan Mengikuti. Guru Berganti-Gantian Mengangkat Antara Kanan Dan Kiri Tangannya, Semakin Lama Semakin Cepat.Beberapa Saat Kemudian Guru Kembali Berkata, "Baik Sekarang Perhatikan.Jika Saya Angkat Kapur, Maka Sebutlah "Pemadam!", Jika Saya AngkatPemadam, Maka Katakanlah "Kapur!". Dan Diulangkan Seperti Tadi, Tentu
Saja Murid-Murid Tadi Keliru Dan Kekok, Dan Sangat Sukar Untuk Mengubahnya. Namun Lambat Laun, Mereka Sudah Biasa Dan Tidak Lagi
Kekok. Selang Beberapa Saat, Permainan Berhenti.

Sang Guru Tersenyum Kepada Murid-Muridnya. "Murid-Murid, Begitulah Kita Umat Islam. Mulanya Yang Haq Itu Haq, Yang Bathil Itu Bathil. Kita Begitu Jelas Membezakannya. Namun Kemudian, Musuh Musuh Kita Memaksakan Kepada Kita Dengan Perbagai Cara, Untuk Menukarkan Sesuatu, Dari Yang Haq Menjadi Bathil, Dan Sebaliknya. Pertama-Tama Mungkin Akan Sukar Bagi Kita Menerima Hal Tersebut, Tapi Kerana Terus Disosialisasikan Dengan Cara-Cara Menarik Oleh Mereka, Akhirnya Lambat Laun Kamu Akan Terbiasa Dengan Hal Itu. Dan Anda Mulai Dapat Mengikutinya. Musuh-Musuh Kamu Tidak Pernah Berhenti Membalik Dan Menukar Nilai Dan Etika.

"Keluar Berduaan, Berkasih-Kasihan Tidak Lagi Sesuatu Yang Pelik, Zina Tidak Lagi Jadi Persoalan, Pakaian Seksi Menjadi Hal Yang Lumrah, Tanpa Rasa Malu, Sex Sebelum Nikah Menjadi Suatu Kebiasaan Dan Trend, Hiburan Yang Asyik Dan Panjang Sehingga Melupakan Yang Wajib Adalah Biasa, Materialistik Kini Menjadi Suatu Gaya Hidup Dan Lain Lain." "Semuanya Sudah Terbalik. Dan Tanpa Disedari, Anda Sedikit Demi Sedikit Menerimanya Tanpa Rasa Ia Satu Kesalahan Dan Kemaksiatan. 

Paham?" Tanya Guru Kepada Murid-Muridnya.  "Paham Cikgu..."
"Baik Permainan Kedua..." Begitu Guru Melanjutkan.

"Cikgu Ada Qur'an, Cikgu Akan Letakkannya Di Tengah Karpet. Sekarang Anda Berdiri Di Luar Karpet. Permainannya Adalah, Bagaimana Caranya Mengambil Qur'an Yang Ada Ditengah Dengan Tangan Tanpa Memijak Karpet?" Murid-Muridnya Berpikir. Namun Tiada Yang Mahu Mecuba.

Akhirnya Guru Memberikan Jalan Keluar, Digulungnya Karpet, Dan Ia Ambil Qur'an. Ia Memenuhi Syarat, Tidak Memijak Karpet .  "Murid-Murid,Begitulah Ummat Islam Dan Musuh-Musuhnya. .. Musuh-Musuh Islam Tidak Akan Memijak-Mijak Anda Dengan Terang-Terang. ..Kerana Tentu Anda Akan Menolaknya Mentah Mentah. Orang Biasapun Tak Akan Rela Kalau Islam Dihina Dihadapan Mereka. Tapi Mereka Akan Menggulung Anda Perlahan-Lahan Dari Pinggir, Sehingga Anda Tidak Sedar.

"Jika Seseorang Ingin Membuat Rumah Yang Kuat, Maka Dibina Tapak Yang Kuat. Begitulah Islam, Jika Ingin Kuat, Maka Bangunlah Aqidah Yang Kuat. Sebaliknya, Jika Ingin Membongkar Rumah, Tentu Susah Kalau Dimulai Dgn Tapaknya Dulu, Tentu Saja Hiasan-Hiasan Dinding Akan Dikeluarkan Dulu, Kerusi Dipindahkan Dulu, Almari Dibuang Dulu Satu Persatu, Baru Rumah Dihancurkan. ..."

"Begitulah Musuh-Musuh Islam Menghancurkan Kita. Ia Tidak Akan Menghentam Terang-Terangan, Tapi Ia Akan Perlahan-Lahan Meletihkan Anda. Mulai Dari Perangai Anda, Cara Hidup, Pakaian Dan Lain-Lain, Sehingga Meskipun Anda Muslim, Tapi Anda Telah Meninggalkan Ajaran Islam Dan Mengikuti Cara Yang Mereka... Dan Itulah Yang Mereka Inginkan." "Ini Semua Adalah Fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan Inilah Yang
Dijalankan Oleh Musuh Musuh Kita... "

"Kenapa Mereka Tidak Berani Terang-Terang Memijak-Mijak Cikgu?" Tanya Murid- Murid. "Sesungguhnya Dahulu Mereka Terang-Terang Menyerang, Misalnya Perang Salib, Perang Tartar, Dan Lain-Lain. Tapi Sekarang Tidak Lagi." "Begitulah Islam... Kalau Diserang Perlahan-Lahan, Mereka Tidak Akan Sedar, Akhirnya Hancur. Tapi Kalau Diserang Serentak
Terang-Terangan, Mereka Akan Bangkit Serentak, Baru Mereka Akan Sedar".

"Kalau Begitu, Kita Selesaikan Pelajaran Kita Kali Ini, Dan Mari Kita Berdoa Dahulu Sebelum Pulang..." Matahari Bersinar Terik Tatkala Anak-Anak Itu Keluar Meninggalkan Tempat Belajar Mereka Dengan Fikiran Masing-Masing Di Kepalanya...