Alhamdulillah Majalah PASTI Kawasan Machang Dah Siap,,,Telah Bermula Peredaran Majalah "GENERASI" PASTI Kawasan Machang Ke PASTI-PASTI Di Kawasan Machang,,,Keluaran Edisi Pertama,,PASTI Kawasan Machang Memohan Maaf Kepada Ibubapa Atas Kelewatan Cetakan Majalah Ini,,InsyaAllah Bagi Keluaran Edisi Kedua Ini Akan Berjalan Secepat Mungkin Dan Akan Melakukan Penambahbaikan Ke Atas Majalah Ini,,Terima Kasih Semua
SELAMAT DATANG
Sabtu, 17 Januari 2015
PEMBOHONGAN IBUKU
Wahai ibuku,
Semasaku kecil, keluarga kekurangan serba-serbi dan makanan sentiasa tidak cukup, kamu selalu membahagikan nasi yang ada di pinggan kamu kepadaku dan adik-adik. Lalu kamu berkata, “Makanlah cepat wahai anakku. Bonda tak lapar.” Itu pembohongan kamu yang pertama kerana kamu merelakan diri lapar daripada melihat anak-anakmu lapar.
Wahai ibuku,
Setiap kami kamu pulang dari kerja, kamu selalu ke kawasan sawah untuk menjala ikan untuk dijadikan lauk dan sup. Setiap kali makan, kamu pula hanya sekadar menghisap tulang-tulang dan sirip ikan tanpa menikmati dagingnya.
Sayu melihat kamu hanya memakan tulang ikan yang ditinggalkan adik-adik, aku cuba berkongsi sebahagian ikanku kepada kamu. Akan tetapi, kamu cepat-cepat memberi baliknya kepada aku lalu berkata, “Wahai anakku, cepatlah makan. Bonda tak suka makan ikan.” Kiniku dewasa, baru aku sedar itu adalah pembohongan kedua kamu kerana kamu ingin tinggalkan yang terbaik untuk anak-anakmu.
Wahai ibuku,
Ketika aku mula bersekolah, kamu memperbaiki baju yang rosak sebagai kerja sambilan. Pada satu tengah malam ketikaku bangun kerana tidak sihat, aku terlihat kamu masih menjahit baju lantas aku memujukmu, “Wahai bondaku. Tidurlah. Besok bonda kena bangun awal untuk kerja.”
“Bonda tak penat,” begitulah jawab kamu. Kiniku dah dewasa, baru aku tersedar itu pembohongan ketiga kamu supaya aku tidak berasa bimbang.
Wahai ibuku,
Ketika aku menghadap SPM, kamu mengambil cuti datang menghantarku makanan dan sup. Berdiri di bawah panas terik dan berpeluh-peluh dan kelihatan bibirmu yang kekeringan, aku menyuruh kamu minum sup dahulu. Akan tetapi, kamu lantas menjawab: “Cepat minum, bonda tidak dahaga!” Itu adalah pembohongan keempat kamu kerana kamu ingin memastikan aku mendapat makanan yang sebaiknya sebelum peperiksaan.
Ketika aku menghadap SPM, kamu mengambil cuti datang menghantarku makanan dan sup. Berdiri di bawah panas terik dan berpeluh-peluh dan kelihatan bibirmu yang kekeringan, aku menyuruh kamu minum sup dahulu. Akan tetapi, kamu lantas menjawab: “Cepat minum, bonda tidak dahaga!” Itu adalah pembohongan keempat kamu kerana kamu ingin memastikan aku mendapat makanan yang sebaiknya sebelum peperiksaan.
Wahai ibuku,
Ketika aku mula-mula bekerja di kota, kamu secara senyap-senyap mengambil kerja sambilan waktu malam di sebuah kedai runcit 24 jam untuk menyara hidup. Apabila aku mendapat tahu berita tersebut, aku cuba mengirimkan duit balik kepadamu. Akan tetapi, setiap kali aku balik kampung menjengukmu, kamu akan memulangkan segala duit yang dikirim lalu berkata: “Bonda cukup duit…” lalu mengusap kepalaku bagaikan anak kecil. Rupa-rupanya, itu pembohongan kelima kamu kerana kamu tidak ingin menjadi beban kepadaku.
Wahai ibuku,
Ketika hidupku bertambah baik di luar negara, aku cuba menjemputmu untuk datang tinggal bersama menikmati kehidupan yang lebih baik. Namun kamu berkata, “Bonda tak dapat sesuaikan diri.” Sekarang aku baru sedar, itu ada pembohongan kamu yang keenam kerana kamu hanya tidak mahu menganggu kehidupan peribadiku.
Wahai ibuku,
Ketika kamu dimasukkan ke hospital kerana sakit, aku pulang menjengukmu. Kelihatan kamu menjadi lebih tua, dan bagaimana kamu terpaksa menahan kesakitan menyebabkan mata airku mengalir. Bagaimanapun kamu masih sempat berkata: “Jangan menangis. Bonda tak rasa susah.” Barulah aku sedar itu adalah pembohongan kamu yang terakhir kerana kamu tidak sanggup melihatku susah hati keranamu.
Wahai ibuku,
Aku baru sedar segala pembohonganmu adalah sekadar alasan untuk menutup pengorbanan murnimu atas kesayanganmu pada anak-anakmu. Wahai ibuku, maafkan anakandamu yang lambat tersedar ini
AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM CIKGU TUAN OMAR RAJA SENIK
Cikgu Hj Tuan Omar bin Raja Senik (Ajk PASTI AS Syakirin, Kg Pek) - pemergiannya satu kehilangan besar kepada Warga PASTI Kg Pek dan masyarakat Kampung Raja, khususnya di DUN Temangan, Kembali kerahmatullah jam 12 malam (18/1/2015) tadi di Hospital Sultanah Zainab 2, solat jenazah telah disempurnakan jam 11 pagi di masjidnya sebentar tadi. Semuga roh nya ditempatkan bersama sama orang soleh..Al Fatihah..
Rabu, 14 Januari 2015
PASCA BANJIR : YAB MENTERI BESAR KELANTAN DAN KEMURAHAN HATI KEPADA RAKYAT
Setiap detik berlalu, YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob sentiasa memikirkan tentang keadaan rakyatnya yang berada dalam kesusahan dilanda banjir besar tempohari. Selepas banjir beliau hanya berkesempatan ke Kuala Lumpur pada 4 Januari 2015 bagi membincangkan pemulihan semula rumah-rumah musnah dan pada 11, 12 Januari 2015 kerana menghadiri mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kemudian Majlis Syura dan keesokannya bersama duta Qatar bagi membincangkan bantuan mangsa banjir Kelantan. Beliau kemudian bergegas balik ke Kota Bharu kerana katanya " rakyat susah, tak boleh tinggal lama".
Rutinnya setiap hari, turun ke lokasi-lokasi dilanda banjir bagi menyampaikan bantuan, meninjau tapak tanah sesuai untuk bina rumah kekal kepada mangsa banjir yang kehilangan rumah dan turut membersih serta membuang sampah bersama rakyat walaupun kadang-kadang beliau juga kurang sihat dan tidak cukup masa untuk rehat. Setiap hari jadualnya terlalu padat sama ada di pejabat mahupun luar pejabat. Apabila berada di pejabat beliau sering berkata " jika dah tiada orang yang nak berjumpa, ana nak keluar tinjau permasalahan rakyat diluar pula" dan apabila berada di luar seringkali beliau bertanya " apa lagi kerja utama yang tidak selesai di pejabat dan ada temujanji dengan siapa lagi ?".
Begitulah kerisauan beliau dalam memikul amanah sebagai Menteri Besar. Pernah satu ketika sejurus solat asar, beliau bertanya saya "Agaknya dengan keadaan ana sekarang yang masih tidak sempat turun di semua rumah-rumah rakyat dalam Negeri ini, boleh lepaskah ana di akhirat nanti?" Saya agak kelu untuk menjawabnya hanya sempat mengucapkan "insya-Allah" dan pada ketika itu beliau baharu sahaja genap setahun pentadbirannya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Pasca banjir, beliau telah banyak mengumumkan kemudahan-kemudahan kepada rakyat. Hari ini, beliau sekali lagi mengumumkan di atas kemurahan hati bahawa Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan seluruh saff Exco Kerajaan Negeri untuk tidak mengambil sebulan gaji bagi dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan. Beliau juga turut menggesa seluruh Adun, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara serta Speaker Kerajaan Negeri agar menyumbang sebulan elaun kepada tabung tersebut. Itulah keprihatinan dan kemurahan hati seorang Menteri Besar yang mengutamakan kesusahan rakyat.
MOHD ASRI BIN MAT DAUD
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 23 Rabiul Awwal 1436/ 14 Januari 2015
PAKAIAN SERAGAM PERCUMA 2015,,,DAFTAR SEKARANG
Pendaftaran PASTI Di Area Machang Bagi Tahun 2015 Masih Dibuka,,,InsyaAllah Mana-Mana Pelajar Yang Berdaftar Bagi Tahun 2015 Akan Memperolehi Pakaian Seragam Secara Percuma,,"Melahirkan Generasi Bertaqwa",,Terima kasih kerana memilih PASTI !
SELAMAT KEMBALI KE PASTI 2015
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada murid-murid 4, 5 dan 6 tahun yang mendaftar di seluruh PASTI cawangan dalam kawasan Machang ini. Semoga menjadi generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak, penyejuk mata buat kedua ibu bapa, Insya-Allah, kepada Ibu Bapa, Terima kasih kerana memilih PASTI !
PESAN SEORANG MURABBI
Pesan seorang Murabbi, "Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud). ..Bila kita punya hati yg sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran. Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya. Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar. ..Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah). Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'. Dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.."
Langganan:
Postingan (Atom)