SELAMAT DATANG

Rabu, 13 April 2016

10HB MAC 2016,,,PEMERIKSAAN DAN TAKLIMAT PENJAGAAN GIGI DENGAN BAIK KEPADA PELAJAR PASTI AT TARBIYYAH, KG TOK BOK



EMPAT AMALAN MUDAH MENCAPAI REDHA ALLAH.

📖
 Tazkirah Ringkas 
📖
Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.
Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…


Pertama : 
Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu redha Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

Kedua : 
Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.

Ketiga : 
Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.

Keempat : 
Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.

Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun KERANA ENGKAU TIDAK AKAN TAHU AMALAN MANA yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

"TANPA ILMU PASTI LAYU, TANPA TARBIYAH PASTI REBAH"

08HB MAC 2016,,,PEMERIKSAAN DAN TAKLIMAT PENJAGAAN GIGI DENGAN BAIK KEPADA PELAJAR PASTI AS SYAKIRIN, KG PEK






07HB MAC 2016,,,PEMERIKSAAN DAN TAKLIMAT PENJAGAAN GIGI DENGAN BAIK KEPADA PELAJAR PASTI AS SALAM, KG BATU 30




07HB MAC 2016,,,PEMERIKSAAN DAN TAKLIMAT PENJAGAAN GIGI DENGAN BAIK KEPADA PELAJAR PASTI AR RAWI, PALOH RAWA





Selasa, 12 April 2016

HARGAI NIKMAT INI

Hargailah nikmatnya subuh pada pagi ini dengan amal yang terbaik , kerana belum tentu kita akan bertemu subuh pada esok hari. Hargailah kehidupan pertama yang Allah berikan ini dengan usaha untuk menjadi hambanya yang terbaik kerana yang pasti inilah peluang kita yang pertama dan terakhir.

06HB MAC 2016 DIADAKAN MESYUARAT KHAS PERSIAPAN MAJLIS CERAMAH DAN PERASMIAN PASTI BATU 30



Turut hadir pengerusi PASTI Kawasan Machang dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Machang



06HB MAC 2016,,,ADIK UZAIR PELAJAR 5 TAHUN PASTI AS SYAKIRIN, KG PEK MENGIMAMI ZOLAT ZOHOR BERJEMAAH BERSAMA RAKAN-RAKAN




PERJUMPAAN BULANAN GURU PASTI KAWASAN MACHANG BAGI BULAN MAC 2016 PADA 5HB MAC 2016 DI WISMA PAS KAWASAN MACHANG




KEMANISAN IMAN


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiga perkara yang sesiapa ada (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain kedua-duanya (Allah dan Rasul),dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,dan dia juga benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari,Muslim dan lain-lain:hadis Sahih)
Apabila Allah telah hadiahkan cinta-Nya,kita akan rasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi.Inilah yang dimaksudkan dengan kemanisan iman.Dan kemanisan iman ini juga sangat berkait rapat dengan cinta.

PENYERAHAN SUMBANGAN KERUSI PELAJAR KEPADA PASTI AR RAWI, PALOH RAWA


Menyampaikan Sumbangan Kerusi Pelajar Kepada PASTI Ar Rawi, Kg Paloh Rawa Oleh Sdr Mustapha Zakaria,,,Mana-Mana Pihak Atau Individu Yang Ingin Menghulurkan Sumbangan Bolehlah Hubungi Kami Atau Masukkan Wang Sumbangan Ke Dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 03045010011990 (PASTI Kawasan Machang),,,sumbangan anda diperlukan,terima kasih

HASIL KERJA PELAJAR 4 TAHUN PASTI AS SYAKIRIN, KG PEK




Pelajar 4 tahun PASTI As Syakirin, Kg Pek melihat hasil yang diperolehi dan mulai tumbuh,,pada 25hb Februari 2016

PENYERAHAN KERUSI PELAJAR KEPADA PASTI AL BARAKAH, TUALANG KUDUNG



Menyampaikan Sumbangan Kerusi Pelajar Kepada PASTI Al Barakah, Kg Tualang Kudung Oleh Sdr Khairul Khalid (Pengerusi PASTI Kawasan Machang),,,Mana-Mana Pihak Atau Individu Yang Ingin Menghulurkan Sumbangan Bolehlah Hubungi Kami Atau Masukkan Wang Sumbangan Ke Dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 03045010011990 (PASTI Kawasan Machang)

Senin, 11 April 2016

DARI PASTI KE ARGENTINA

Tatkala mendapat berita seorang anak muda tanah melayu mengharumkan nama negara di litar moto3 Argentina, tentunya kita sebagai rakyat berkongsi kegembiraan. Bukan mudah anak melayu untuk bersaing dengan bangsa lain di peringkat antarabangsa.
Namun yang lebih mengujakan bagi saya ialah saat beliau lari dari podium ketika pelumba-pelumba lain meraikan dengan semburan arak. Hampir menitis airmata kebanggaan.
Anak muda ini bukan sahaja mengharumkan nama negara, tetapi nama Islam juga. Umurnya belum mencecah 18 tahun, tetapi sudah tahu halal haram melebihi kebanyakan orang dewasa.
Tentu sekali reaksi spontan beliau adalah hasil didikan yang diatur oleh ibubapanya sejak kecil. Tanpa ilmu agama, masakan beliau sanggup lari dari pentas juara itu disaat sedang kegirangan meraikan kemenangan dengan disaksikan seluruh dunia.
Ibubapa Khairul Idham Pawi sedar kepentingan agama untuk anaknya. Dari kecil lagi, mereka telah menyediakan ilmu agama buat cahaya mata yang dikasihi. Tahukah anda, rupa-rupanya anak muda ini adalah lepasan pelajar PASTI Nurul Iman di Kg Gajah, Perak. Bukan sahaja dia, malah adiknya yang juga pelumba cubprix profesional juga dihantar ke PASTI.
Sebut sahaja PASTI, semua orang tahu inilah antara pusat asuhan kanak-kanak berasaskan Islam paling lama bertapak di Malaysia. Ianya milik parti PAS. Di PASTI, sebelum mumayyiz lagi pelajar sudah diajar kenal tuhan. Mereka sudah dibiasakan dengan al-Quran, dipenuhi dengan hafalan hadis-hadis dan doa serta dididik dengan halal haram yang asas. Maka tidak mustahil reaksi Khairul Idham itu adalah hasil didikan yang diperolehi semenjak PASTI dahulu.
PASTI menjadi bukti, PAS bukan sekadar parti yang memperjuangkan politik. PAS hakikatnya adalah gerakan Islam, yang meletakkan perjuangannya di atas tiga paksi utama iaitu tarbiyah, dakwah dan politik. Cuma nama sahaja 'parti' kerana berdaftar untuk membolehkan gerakan ini memasuki pilihanraya.
Kalaulah matlamat PAS sekadar berpolitik, mustahil ahli PAS sanggup berhabis jutaan ringgit membangunkan PASTI yang wujud di seluruh Malaysia. Apa yang boleh anak 6 tahun ke bawah sumbangkan kepada PAS dalam pilihanraya? Mereka hanya boleh mengundi 15 tahun akan datang. PAS tidak pernah buat akujanji kepada pelajar Pasti, untuk wajib undi PAS apabila mencapai umur 21 nanti.
Yang PASTI berikan kepada mereka hanyalah ilmu agama. Ini kerana PAS juga adalah parti tarbiah dan dakwah. Walaupun merugikan politik, PAS tetap lakukan. Seandainya politik saja yanh dofikir, baik PAS gunakan duit tersebut untuk biayai deposit untuk bertanding di setiap kerusi Parlimen dan Dun.
Alhamdulillah, dengan ketulusan PASTI memdidik manusia mengenal ajaran tuhan, pelajar PASTI kini tidak hanya terdiri dari kalangan anak ahli PAS, malah orang Umno, atas pagar, bukan melayu, bukan Islam serta orang-orang asli di pedalaman hutan turut menghantar anak mereka menerima tarbiah dari PAS.
Walaupun bukan 100% lepasan PASTI berjaya, namun dengan berkat kesungguhan mendidik anak-anak ini, ada alumni PASTI yang sudah bergelar doktor, engineer, peguam, jutawan, atlet, wakil rakyat dan sebagainya. Ini menjadi bukti pusat pendidikan tidak diiktiraf kerajaan juga boleh berjaya.
PASTI diasaskan atas kesedaran dakwah, bukan untuk perniagaan dan mencari untung. Segala pujian saya terhadap PASTI ini tidak dijanjikan sesen pun habuan. Sebaliknya pula, PASTI sentiasa merayu sumbangan untuk menampung kos penubuhan satu demi satu PASTI yang tumbuh merata tempat dek permintaan yang tinggi. Juga untuk meningkatkan taraf PASTI yang telah sedia ada bagi memenuhi kehendak semasa.
Inilah PASTI. Inilah PAS. Maka beruntunglah mereka yang pernah menyumbang untuk perjuangan PAS. Jika benar tercatit di sisi tuhan bahawa apa yang dilakukan oleh Khairul Idham adalah hasil didikan PASTI, semua yang terlibat membantu PAS dan PASTI akan beroleh saham yang sama di akhirat insyaAllah.
Dengan bangganya saya ingin katakan, saya ahli PAS, bekas pelajar PASTI dan kini memilih PASTI untuk anak. Anda pula?
Kepada Khairul Idham Pawi, semoga anda kekal istiqamah mempertahankan jati diri Islam. Anda kini bukan hanya ikon kebanggaan anak muda negara, malah anda juga lambang kebanggaan umat Islam sedunia yang cintakan syariat tuhan.

25HB FEBRUARI 2016,,BELAJAR MEMASAK OLEH CHEF CILIK DI PASTI AS SYAKIRIN, KG PEK (PELAJAR 6 TAHUN)





TAKLIMAT DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN KEPADA SEMUA PELAJAR DI PASTI AR RAWI , KG PALOH RAWA PADA 22HB FEBRUARI 2016




PENYERAHAN KERUSI MEJA KEPADA PASTI AS SALAM, KG BATU 30



Menyampaikan Sumbangan Kerusi Pelajar Kepada PASTI As Salam, Kg Batu 30 Oleh Sdr Khairul Khalid (Pengerusi PASTI Kawasan Machang),,,Mana-Mana Pihak Atau Individu Yang Ingin Menghulurkan Sumbangan Bolehlah Hubungi Kami Atau Masukkan Wang Sumbangan Ke Dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 03045010011990 (PASTI Kawasan Machang)

PENYERAHAN PERALATAN PEMBELAJARAN KEPADA PASTI AS SYAKIRIN, KG PEK




Menyampaikan Sumbangan Kelengkapan Pengajian Seperti Meja, Kerusi Dan Lain-Lain Lagi Kepada PASTI As Syakirin, Kg Pek Oleh Sdr Khairul Khalid (Pengerusi PASTI Kawasan Machang),,,Mana-Mana Pihak Atau Individu Yang Ingin Menghulurkan Sumbangan Bolehlah Hubungi Kami Atau Masukkan Wang Sumbangan Ke Dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 03045010011990 (PASTI Kawasan Machang)