Oleh: Dato Seri Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang
Tajuk:ISRA’ MIKRAJ DAN
KEMULIAAAN ISLAM
15 April 2016
15 April 2016
الْحَمْدُ لِلَّهِ
الَّذِى أَنْزَلَ
عَلَى عَبْدِهِ
الْكِتَبَ وَلَمْ
يَجْعَل لَّهُ,
عِوَجَا. أَشْهَدُ
أَن لَّا
إِلهَ إِلَّا
اللهُ وَحْدَهُ
لَا شَرِيكَ
لَهُ ،
لَهُ المُلْكُ
وَلَهُ الحَمْدُ
وَهُوَ عَلَى
كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ
أَن مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ,، الْمَبْعُوثُ رَحْمَةً
لِلْعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ
وَبَارِكْ عَلَى
حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا
وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا
مُحَمَّدٍ ،
نَبِيِّ الَّرحْمَةِ
وَشَفِيعِ الأُمَّةِ
وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُ, وَنَصَرَهُ,
وَوَالَاهُ,.
أَمَّا بَعْدُ
:
فَيَا عِبَادُ
اللهِ، اتَقُوا
اللهَ. وَتَزَوَّدُوا
فَإِنَّ خَيْرَ
الزَّادِ التِّقْوَى،
فَقَدْ فَازَ
المُتَّقُونَ.
Wahai hamba-hamba Allah,
bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan
meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik
bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang
yang bertakwa.
Saudaraku muslimin yang
dirohmati Allah,
Marilah kita mengambil
pengajaran daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj yang disambut oleh umat Islam di
seluruh dunia, kebiasaannya pada bulan Rejab ini. Peristiwa ini dirakamkan oleh
Allah di dalam Al-Quran Karim:
سُبْحَانَ الَّذِي
أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ
لَيْلًا مِنَ
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
إِلَى الْمَسْجِدِ
الْأَقْصَى الَّذِي
بَارَكْنَا حَوْلَهُ
لِنُرِيَههُ مِنْ
آيَاتِنَا ۚ
إِنَّهُ هُوَ
السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha suci Allah Yang
telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di
Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.
Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. ( Surah Isra’
:1)
Allah SWT menunjukkan
kekuasaan-Nya kepada seluruh alam dengan menjemput Nabi pilihan-Nya, Muhammad
SAW, Nabi yang diutuskan untuk seluruh manusia alam ini sehingga hari kiamat.
Berbeza dengan Nabi-nabi yang lebih dahulu darinya diutuskan pada zaman masanya
sahaja, di negerinya sahaja dan kepada bangsanya sahaja. Adapun Nabi Muhammad
SAW diutuskan kepada seluruh dunia sehinggan ahari kiamat.
Bagaimana Nabi yang
diutuskan di Mekah al-Mukarramah di bumi yang kering, bumi yang tidak ada harta
dan kekayaan, bumi yang payah rezekinya mengikut zahirnya, ketika awal lagi
sudah ditentang oleh kaumnya, belum lagi menghadapi kuasa besar dunia Parsi, Rom,
China, India dan seterusnya. Semuanya akan menentang Islam. Bagaimana
Rasulullah yang seperti ini boleh menyampaikan ajarannya kepada seluruh
manusia.
Maka Allah SWT
menjemput Rasul-Nya Muhammad SAW untuk menjadi tetamu dalam perjalanan yang
jauh dan memakan masa yang panjang, tetapi didekat dan dipendekkan masanya oleh
Allah SWT. Perjalanan kehidupan manusia sejak Nabi Adam AS sehingga hari kiamat
ditunjukkan kepadanya. Alam bumi dan alam langit ditunjukkan kepadanya. Alam
yang nyata dapat dilihat dan alam yang ghaib yang tidak dapat dilihat oleh
manusia ditunjukkan semuanya. Perjalanan yang tidak mampu diukur oleh ukuran
mnausia. Jarak diantara bumi dengan bintang-bintang cakrawala sahaja memakan
masa tribiliun tahun mengikut kelajuan perjalanan cahaya. Allah menyebut :
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
[سورة الملك:5]
Dan Demi sesungguhnya!
Kami telah menghiasi langit Yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) Dengan
bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap
Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka Yang menjulang-julang.
(Surah al-Mulk: 5).
Perjalanan Nabi SAW
mengatasi langit dunia sehinggan langit yang ketujuh. Perjalanaan yang tidak
mampu diukur oleh akal manusia. Allah SWT boleh membuat segala-galanya.
Tuhan yang Maha Suci
yang Maha Berkuasa tidak ada bandingan dengan segala makhluknya, yang tiada
bandingan dan tandingannya, tuhan yang Maha Suci inilah yang telah membawa
RasulNya Muhammad SAW untuk menjadi tetamuNya pada malam yang bersejarah itu.
Ditemukan dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul AS.
Ditemukan dengan makhluk
yang baik semulia-mulia malaikat, makhluk yang paling jahat sejahat-jahatnya
iblis dan syaitan, ditunjukkan syurga dan neraka, ditunjukkan orang-orang yang
baik yang mati dalam keadaan beriman dan mengerjakan amal yang soleh di dalam
syurga serta ditunjukkan mereka yang zalim dan jahat yang dihumban ke dalam
neraka.
Ditemukan denga
Rasul-rasul AS, sembahyang berjemaah di Baitul Maqdis, sembahyang satu.
Menunjukkkan semua Rasul adalah Islam. Hanya Islam sahaja agama Nabi-nabi dan
Rasul-rasul. Tidak ada agama Yahudi, Kristian dan agama Musyrikin yang
berbagai-bagai namanya. Semua agama yang lain ditolak oleh Allah SWT :
أَفَغَيْرَ دِينِ
اللَّهِ يَبْغُونَ
وَلَهُ أَسْلَمَ
مَنْ فِي
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
طَوْعًا وَكَرْهًا
وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
قُلْ آمَنَّا
بِاللَّهِ وَمَا
أُنْزِلَ عَلَيْنَا
وَمَا أُنْزِلَ
عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ
وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ
وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ
وَمَا أُوتِيَ
ممُوسَىٰ وَعِيسَىٰ
وَالنَّبِيُّونَ مِنْ
رَبِّهِمْ لَا
نُفَرِّقُ بَيْنَ
أَحَدٍ مِنْهُمْ
وَنَحْنُ لَهُ
مُسْلِمُونَ
وَمَنْ يَبْتَغِ
غَيْرَ الْإِسْلَامِ
دِينًا فَلَنْ
يُقْبَلَ مِنْهُ
وَهُوَ فِي
الْآخِرَةِ مِنَ
الْخَاسِرِينَ
[سورة ال
عمران: 83-85]
83. Patutkah sesudah
(mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah?
padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk Yang ada di langit dan di
bumi, sama ada Dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka
dikembalikan.
84. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa Yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa Yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa Yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah Kami berserah diri (Islam)".
85. dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi. (Surah Ali-Imran: 83-85)
Islam adalah ajaran
Allah yang merangkumi seluruh kehidupan manusia dari dunia sehingga akhirat,
dalam perkara ibadat, dalam perkara makan minum, dalam perkara rumah tangga
dalam perkara perniagaan, dalam perkara memerintah Negara, dalam perkara
undang-undang dan dalam semua perkara hendaklah Islam kepada peraturan yang
ditetapkan oleh Allah SWT.
Itulah ajaran yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang wajib diikut oleh seluruh manusia, dan Allah
SWT telah membuktikan apabila kalangan Muhajirin dan Ansar yan pertama masuk
Islam daripada kalangan orang Arab yang asalnya buta huruf, mereka diasuh,
ditunjuk dan diajar oleh Al-Quran Karim. Mereka yang hidup di padang pasir ini
dimuliakan oleh Allah SWT boleh menakluk dunia, menjatuhkan kuasa besar Parsi
dan Rom. Islam berkembang di seluruh pelusuk dunia sehingga hari ini walaupun
musuh-musuh Islam Berjaya menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam, mereka tidak
boleh memadamkan cahaya agama Islam kerana Islam adalah dari Allah SWT.
أَعُوذُ بِاللهِ
مِنَ الشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ.
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
[سورة الصف:8]
Mereka sentiasa
berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka,
sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak
suka (akan Yang demikian).(Surah AsSaff : 8)
بَارَكَ اللَّهُ
ولَكُمْ فِي
الْكِتَابِ والسُّنَةِ.
وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ
بِالْآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ.
أَقُولُ قَولِى
هَذَا وَاَسْتَغفِرُ
الله العَظِيمَ
لِى وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ المُسْلِمِينَ
وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ،
هُوَ الْغَفُورُ
الرَّحِيمُ.