SELAMAT DATANG

Rabu, 05 November 2014

JOM DAFTAR ANAK KE PASTI,,,SESI 2015


TAMBAHLAH ILMU DAN AMALKANNYA

Wahai sahabatku, 

Aku sangat tertarik dengan kenyataan hukama'


مثل القلب مثل البيت له ستة ابواب، فاحذر ان لا يدخل عليك احد من هذه الابواب شيأ فيفسد عليك البيت ، 
فالقلب هو البيت والابواب العين واللسان واللشفتان واليدان والرجلان والشم فمتى فتح باب من هذه الابواب الستة بغير علم ، ضاع البيت

Maksudnya:


"Perumpamaan seketul hati itu ibarat sebuah rumah yang mempunyai enam pintu, berhati-hatilah supaya tidak dimasuki oleh sesiapa pun melalui pintu- pintu tersebut kerana ia akan merosakkan rumah tersebut. Maka hati itu adalah rumah, maka pintu- pintunya ialah mata, lidah, dua bibir, dua tangan, dua kaki dan hidung. Apabila dibuka pintu- pintu yang enam itu tanpa ilmu, maka hancurlah rumah tersebut.”

Ilmu adalah pengawal yang paling ampuh bagi mengawal dirimu dari elemen yang akan merosakkan dirimu. Seandainya kamu tidak memelihara matamu, kedua tanganmu, lidah, kaki, hidungmu ia akan merosakkan terus dirimu.

Wahai sahabatku,


Kerana itu awasilah matamu dari melihat perkra yang diharamkan Allah, kerana pintu utama ialah matamu. Ia akan membangkitkan kemarahanmu, jua ketenanganmu. Ia mampu membangkitkan nafsumu atau menundukkan nafsumu, matamu akan menambah kasih sayangmu atau menambah kebencianmu, bahkan ia jua akan menundukkan jiwamu atau menambah egomu.

Pandulah matamu dengan ilmu, wahai sahabatku, agar engkau bukan hanya melihat dengan matamu yang zahir, bahkan kamu akan nampak dengan mata hatimu.

Demikianlah segala anggotamu yang lain. Ia hanya akan dapat memelihara segala pintu-pintumu dengan bimbingan ilmu.

Senin, 03 November 2014

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 DI PASTI AS SALAM, KG BATU 30.







AL KISAH LAYANG - LAYANG


Tiga remaja bersama menyaksikan seorang kanak-kanak bermain layang-layang.


Di minda masing-masing, lahir tafsiran tersendiri mengenai peristiwa tersebut.

Remaja pertama terfikir:
Layang-layang dapat terbang sebegitu tinggi semua kerana “angin”. Apabila layang-layang sudah tinggi, sudah pasti dia tak akan lupa jasa “angin”.

Remaja kedua pula terfikir:
Tinggi macammana pun layang-layang terbang, ia tetap di bawah kawalan kanak-kanak dengan seutas tali. Alangkah baiknya kalau kita sentiasa mendapat “tali” ketika berdepan dengan saingan kita… Hahaha…

Remaja ketiga pula terfikir:
Layang-layang boleh terbang sebegitu tinggi menjadi pemandangan yang sebegitu indah adalah hasil kerjasama angin, tali dan juga kanak-kanak tersebut. Nampaknya kerja berpasukan paling penting.

Beberapa tahun kemudian, ketiga-tiga remaja mempunyai nasib berbeza.

Remaja pertama naik pangkat dengan cepat dengan mengampu dan akhirnya dipecat kerana tidak berkebolehan.

Remaja kedua pula didakwa kerana mengintip.

Remaja ketiga, kerana yakin bahawa kerja berpasukan adalah perkara yang sangat penting, akhirnya menjadi seorang usahawan yang berpengaruh dan berjaya.

Wahai anakku,
Apa pula pandangan kamu terhadap layang-layang yang terbang tinggi? Jaga buah fikiran kamu, kerana ia akan menentukan siapa kamu pada akhirnya. 

PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (13)


Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

MENZIARAHI CIKGU ZUWAIDAH BT ABLLAH (PASTI DARUL QARAR, LABOK)








Menziarahi Cikgu Zuwaidah bt Abllah Di Kediaman Rasmi Beliau Yang Bercuti Rehat Kerana Baru Lepas Bersalin,,,Menerima Cahaya Mata Anak Lelaki,,,InsyaAllah Akan Menjadi Anak Yang Soleh Dan Perjuang Islam Satu Hari Nanti..29/10/2014

MENZIARAHI CIKGU ROHANI BT ABDULLAH (PASTI AL FATAH, JOH)





29/10/2014....Menziarahi Cikgu Rahani bt Abdullah (PASTI Al Fatah, Kg Joh) Yang Keuzuran,,,Sama - Sama Doakan Agar Beliau Cepat Sembuh Dengan Baik,,InsyaAllah