Tiga remaja bersama menyaksikan seorang kanak-kanak bermain layang-layang.
Di minda masing-masing, lahir tafsiran tersendiri mengenai peristiwa tersebut.
Remaja pertama terfikir:
Layang-layang dapat terbang sebegitu tinggi semua kerana “angin”. Apabila layang-layang sudah tinggi, sudah pasti dia tak akan lupa jasa “angin”.
Remaja kedua pula terfikir:
Tinggi macammana pun layang-layang terbang, ia tetap di bawah kawalan kanak-kanak dengan seutas tali. Alangkah baiknya kalau kita sentiasa mendapat “tali” ketika berdepan dengan saingan kita… Hahaha…
Remaja ketiga pula terfikir:
Layang-layang boleh terbang sebegitu tinggi menjadi pemandangan yang sebegitu indah adalah hasil kerjasama angin, tali dan juga kanak-kanak tersebut. Nampaknya kerja berpasukan paling penting.
Beberapa tahun kemudian, ketiga-tiga remaja mempunyai nasib berbeza.
Remaja pertama naik pangkat dengan cepat dengan mengampu dan akhirnya dipecat kerana tidak berkebolehan.
Remaja kedua pula didakwa kerana mengintip.
Remaja ketiga, kerana yakin bahawa kerja berpasukan adalah perkara yang sangat penting, akhirnya menjadi seorang usahawan yang berpengaruh dan berjaya.
Wahai anakku,
Apa pula pandangan kamu terhadap layang-layang yang terbang tinggi? Jaga buah fikiran kamu, kerana ia akan menentukan siapa kamu pada akhirnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar