SELAMAT DATANG

Sabtu, 08 Maret 2014

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN


KEJAYAAN,,


DUIT,,?

Nama aku DUIT, kadang org panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi. (Sape tak baca rugi, dan sila share dgn kenalan anda) 

Rupa aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku. 
Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana manusia mengidolakan aku. 

Ramai orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan, memutuskan persaudaraan, menjual maruah, malahanmeninggalkan keyakinan imannya, demi aku!

Aku tak mengerti perbezaan orang senang dgn orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat, menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.

Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.

Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku. Sangat jelas juga aku bukan tuhan, tapi manusia menyembah aku seperti tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali kita diingatkan supaya jgn sesekali menjadi hamba duit.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun tetapi ramai orang yang rela mati demi aku.

Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat tetapi aku tidak mampu untuk memanjang kan jangka hayat hidup seseorang.

Sedarkah anda, aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya.

Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam. Walhal, tidakkah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.

Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu. Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya.

Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.

Yang benar,

Duit..

BANGKEL CADANGAN MENGAJAR GURU PASTI KAWASAN MACHANG, DI PASTI AL JIHAD








AL KISAH SEORANG PENGUKIR DINDING

Rahim seorang pemuda melawat sebuah sekolah agama Islam di mana dia melihat seorang pengukir dinding sedang bekerja.

Pengukir dinding sedang mengukir ayat-ayat Quran yang mempunyai kalimah Allah.

Akan tetapi Rahim mendapati ada dua ukiran yang sama di atas meja yang belum dipasangkan ke dinding.

“Mengapa buat dua yang sama?” tanya Rahim.

“Tidak. Hanya perlukan satu,” kata pengukir dinding. “Yang satu itu rosak bila hampir nak siap tadi.”

Rahim mengambil ukiran itu untuk melihat – tiada kesilapan pada ayat Quran yang diukir pada papan yang dikatakan rosak itu.

“Mana rosaknya?” tanya Rahim.

“Ada kotoran pada kalimah Allah, terkena cat hitam sikit tadi. Cuai,” jawab pengukir dinding.

Rahim nampak satu bintik kecil hitam pada kalimah Allah.

“Nak pasang mana papan ini di dinding?” tanya Rahim.

“Di bahagian paling atas itu,” jawab pengukir dinding sambil menunjuk tempatnya.

“Kalau tinggi begitu, tiada siapa yang nampak bintik hitam tu lah,” kata Rahim.

Pengukir dinding itu menghentikan kerja dan memandang ke arah Rahim.

“Saya tahu. Allah tahu!”

Wahai anakku,
Kerana Allah sayangkan kamu, maka setiap gerak-gerimu diketahuinya. Kadang-kala kamu terlupa pada Allah, tapi jangan sesekali kamu anggap Allah akan melupakan kamu walau kamu bersendirian di dalam satu bilik yang gelap.

Ingatlah itu sentiasa. Begitu juga ketika kamu melakukan dosa, bertaubatlah dan jangan sesekali ingat kamu boleh larikan diri daripada dihisab dosamu di akhirat nanti.
Senyum.

MESYUARAT JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG KALI KE 4, SESI 2013/2015


Di Wisma PAS Kawasan Machang

13 KATA “JANGAN MENUNGGU” YANG PERLU DIHINDARI:-

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.


3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.


4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….


5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.


6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.


7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.


8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.


9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.


10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.


11. Jangan menunggu sukses baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu.


12. Jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh! 


13. Jangan menunggu waktu luang untuk membaca Alqur'an,
Tapi luangkan waktu untuk membaca Alqur'an,


Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk menyebarkan tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar ….

Salam Cinta Silaturahmi dan Salam Santun Ukhuwah Fillah.

LAWATAN DAN PENYAMPAIAN ALAT TULIS DARIPADA JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG KEPADA PASTI AR RAHMANIAH, KG LIMAU HANTU



LAWATAN DAN PENYAMPAIAN ALAT TULIS DARIPADA JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG KEPADA PASTI AR RAWI, KG PALOH RAWA