SELAMAT DATANG

Rabu, 16 Desember 2015

MUSIM CUTI SEKOLAH 2015

Berehatlah wahai guru
Rungkaikan lelah mu menyemak buku
Bersantailah wahai guru
Yang kering tekak melaung suara menumpah ilmu


Rehlah lah wahai guru rehatkan kakimu dari lenguh berdiri mengajar ilmu dibuku
Waktu itu rehat kita terisi 
Dengan rancangan misi
Dan visi tahun yang menanti




Waktu itu rehat kita mencari
Inti buat mengajar lebih kreatif
Waktu itu rehat kita 
Mungkin terisi dengan kursus
Yang hadir emergency


Gembiralah para ibubapa
Jaga anak 24 jam yang ada
Perhatikan mereka agar 
Tiada jatuh dan luka


Jangan dibiar menatap
TV dan komputer
Nanti malasnya berlemak
Bertimpa timpa

Sukarlah guru nak membakar kalorinya.

Pantaulah disiplin saat bersama
Agar tertib olah dan lakunya
Isikan masanya 
dgn perkara berguna
Ibadah dan solat tegaskan
Sentiasa.


Guru tiada sebulan lebih cuma
Awal tahun nanti kami
sambut semula

YB HJ ZULKIFLI B. MAMAT (ADUN PULAI CHONDONG) MELAWAT KHEMAH PAMERAN PASTI KAWASAN MACHANG DI CAKNO RAKYAT DUN PULAI CHONDONG BERTEMPAT DI MAAHAD TAHFIZ PULAI CHONDONG










PERSEMBAHAN NASYID DAN PERTANDINGAN MEWARNA PELAJAR PASTI DUN PULAI CHONDONG SEMPENA CAKNO RAKYAT DUN PULAI CHONDONG PADA 31HB OKTOBER 2015





PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DI PASTI - PASTI KAWASAN MACHANG BERMULA 26HB OKTOBER BARU INI





RAGAM GURU

Ragam cikgu... 
Ada yang kerja sikit, terlihat lebih di alam maya,
Ada yang kerja banyak, bila dapat anugerah... yang lain terpinga2, 
Ada yang kerja dari subuh, pulang lewat senja, 
Ada yang masuk sekolah waktu pekerja biasa tapi pulang ikut masa...
Ada yang macam Chipsmore...
Ada pula yang macam berumah di sekolah.

Ragam cikgu...
Yang sekolah di luar bandar,
Anak murid hanya ada 5, 
Kerja punyalah selesa...
Tapi di sekolah, Internet pun tiada.
Yang sekolah di bandar gaji sama juga,
Anak murid sekelas macam tauhu sumbat, 
Beban kerja bertingkat-tingkat,
Tapi sekolah, sebut apa saja semuanya dapat.

Ragam cikgu,
Ada yang mengajar macam nak pergi berniaga...
Ada yang mengajar hanya bawa sebatang pen saja... 
Ada yang mengajar macam anak sendiri,
Ada yang mengajar macam anak tiri,
Ada yang mengajar murid suka...
Ada yang mengajar nak berleter saja..


Itulah cikgu...
Pergi pasar, orang panggil cikgu.
Pergi hospital, orang panggil cikgu.
Pergi kenduri, orang panggil cikgu.
Dah mati pun, orang panggil "arwah cikgu"...
Buat baik orang panggil cikgu,
Buat jahat pun orang panggil cikgu, 
Mulianya kerja cikgu...
Hidup mati tetap cikgu!

YB UST HJ MOHD ROSELI B. ISMAIL (ADUN KEMUNING) MELAWAT KHEMAH PAMERAN PASTI KAWASAN MACHANG DI CAKNO RAKYAT DUN KEMUNING BERTEMPAT DI KG BERANGAN MEK NAB








BELAJAR MEMANAH WARGA PASTI MACHANG DI CAKNO RAKYAT DUN KEMUNING






Senin, 14 Desember 2015

SUKANEKA PELAJAR PASTI SEMPENA CAKNO RAKYAT DUN KEMUNING, DI KG BERANGAN MEK NAB














USRAH MAJLIS GURU PASTI KAWASAN MACHANG OKTOBER 2015



Usrah Majlis Guru PASTI Kawasan Machang Bulan Oktober 2015,,,,Ujian itu ada dimana mana, di sudut mana pun kita berada pasti sahaja ujian itu mendatangi kita, bertenang dan berlapang dadalah berhadapan ujian itu, kerana saat kita berhadapan ujian itu, syaitan sedang memerhati ruang untuk mengambil kesempatan atas kita saat kita kelemahan menghadapi ujian..