SELAMAT DATANG
Rabu, 08 Januari 2014
LAWATAN KE PASTI AT TAQWA, KG BUKIT PULAI CHONDONG
Sdr. Mohd Romli Ismail (Timbalan Pengerusi PASTI Machang) Menyampaikan
Sebahagian Alat Tulis Kepada Guru At Taqwa, Kg Bukit
Dalam Lawatan Jabatan PASTI Kawasan Machang
Ke PASTI Tersebut Hari Ini,,,09hb Januari 2014
Sdr. Muhd Khairul Che Khalid (Pengerusi Jabatan PASTI Machang) Bertanya
Khabar Ke Guru PASTI At Tarbiyyah, Kg Bukit
TIPS UNTUK IBUBAPA BAPA (ANAK YANG BEREMOSI)
10 tips untuk menjadi ibu bapa yang lebih aman ketika berdepan dengan anak-anak yang beremosi:
1. Kita perlu sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa anak-anak memerlukan bimbingan dan sokongan kita untuk menangani emosi mereka.
2. Tanya diri kita, “Apa perasaan saya jika orang lain perlakukan saya sebagaimana saya perlakukan anak-anak saya? "
3. Ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum bertindak balas.
4. Cuba untuk tidak terasa hati (atau mengambil kelakuan anak-anak secara peribadi) kerana kebiasaannya kelakuan negatif anak-anak bukanlah petanda kepada kegagalan kita dan bukan juga satu serangan kepada peribadi kita.
5. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anak-anak melepaskan ledakan emosi mereka tanpa ada penghakiman (judgement) daripada kita.
6. Berikan anak-anak ruang untuk bersendirian dan bertenang (jika itu yang mereka inginkan) tetapi kita harus sentiasa bersedia (available) jika mereka memerlukan pelukan dan galakan.
7. Galakkan anak-anak untuk bercakap tentang perasaan mereka, mengakui dan menerima emosi mereka walaupun kita tidak bersetuju dengan cara mereka melepaskan perasaan ketika itu.
8. Jika kita telah terlepas cakap atau menyebut perkataan yang kasar dan tidak sopan ketika sedang marah, minta maaf daripada anak-anak secara jujur dan beri penjelasan apabila kita telah tenang.
9. Ingatlah bahawa kita mampu membuat perubahan (ke arah menangani emosi dengan cara yang lebih positif) dan mengingatkan anak-anak bahawa mereka juga boleh berubah.
10. Tanya diri sendiri, "Adakah saya bertolak ansur, menghormati dan membantu? "

LAWATAN JABATAN PASTI MACHANG KE PASTI AT TARBIYYAH, KG RENGAS,,,,,,09HB JANUARI 2014
Sdr. Mohd Romli Ismail (Timbalan Pengerusi PASTI Machang) Menyampaikan
Sebahagian Alat Tulis Kepada Wakil PASTI At Tarbiyyah, Kg Rengas
Dalam Lawatan Jabatan PASTI Kawasan Machang
Ke PASTI Tersebut Hari Ini,,,09hb Januari 2014
Sdr. Muhd Khairul Che Khalid (Pengerusi Jabatan PASTI Machang) Bertanya
Khabar Ke Sdr Alias (Setiauasaha PASTI At Tarbiyyah, Kg Rengas)
BERSYUKURLAH,,
Apa juga yang berlaku kepada kamu, jangan sesekali kamu berputus asa. Walaupun semua pintu nampak tertutup, satu jalan rahsia akan tetap ujud di sana untuk kamu yang tidak ada siapa yang tahu. Kamu belum boleh melihatnya lagi tetapi yakinlah ada 'syurga' di akhir jalan ini (jalan untuk mereka orang yang inginkan memperbaiki hubungan dengan Allah (hablum minallah)).
Bersyukurlah! Adalah mudah untuk mengucapkan syukur selepas kamu mendapat apa yang kamu mahu, (lebih penting) bersyukurlah walaupun sebelum mendapat apa yang kamu mahukan.

INI MASA UNTUK BERAMAL
"Beramallah dengan ilmu yang ada. Yakinlah bahawa ilmu tanpa amal tidak akan menyelamatkan kamu di akhirat. Bayangkan seorang lelaki gagah yang masuk ke dalam hutan, membawa bersama-samanya berjenis- jenis senjata. Apakah kau fikir senjatanya dapat menyelamatkan dirinya sekiranya ia tidak mengangkat dan menggunakan senjata tersebut? Jelas sekali senjata tadi tidak berguna kalau tidak digunakan. Begitulah keadaan seseorang yang membaca dan mengetahui banyak perkara, tetapi tidak langsung menggunakannya pengetahuannya tadi. Ilmunya tidak akan memberi manfaat, tanpa dia sendiri beramal dengan ilmu tersebut." - Imam Al-Ghazali
Minggu, 05 Januari 2014
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA WAKIL PASTI DARUL QARAR, KG LABOK
Sdr Muhd Khairul Che Khalid (Pengerusi Jabatan PASTI Machang)
Menyampaikan Sumbangan Kepada Pihak PASTI Darul Qarar Kg Labok
Pada 03hb Januari 2013
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA WAKIL PASTI KG BERANGAN MEK NAB OLEH KETUA DPPK MACHANG
Sdr. Zainul Amin b. Mat Zin (Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang)
Menyampaikan Sumbangan Kepada Wakil PASTI Kg Berangan Mek Nab
Langganan:
Postingan (Atom)