SELAMAT DATANG
Selasa, 14 Januari 2014
SEKADAR BERKONGSI....
Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi
لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia
لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali
لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!
و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan
لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu
ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

SALAM MAULIDUR-RASUL 1435H
BIODATA RASULULLAH Sallallahu alaihi wa sallam.
NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin, 12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib, Maakah al-Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama: Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua:
Halimah AsSaadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

LAWATAN JABATAN PASTI MACHANG KE PASTI KG BERANGAN MEK NAB.... 13HB JANUARI 2013
Sdr Bendahari Jabatan PASTI Machang (Afzan Arif)
Menyampaikan Alat Tulis Percuma Kepada
Guru PASTI Kg Berangan Mek Nab
SALAM MAULIDUR-RASUL 1435H
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21).
Wahai anakku,
Ayat di atas menyeru kita mencontohi Rasulullah dalam segala amal hidup kita. Kamu sudah tentu tahu bulan Rabiul Awal ialah bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pada setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.
Wahai anakku,
Nabi Muhammad adalah pembawa agama Islam, Baginda mengajar kita segala ajaran agama dan meminta kita terus berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Baginda dipilih untuk menerima al-Quran untuk baginda menyampaikan kepada kita semua kandungan Al-Quran sebagai panduan untuk semua umat manusia. Sudah 1400 tahun, Baginda meninggal, yang ada kini adalah sunnahnya. Al-Quran dan As-Sunnah adalah peninggalan Baginda bagi kita.
Wahai anak kesayanganku,
Bukan itu sahaja, Baginda turut meninggalkan keturunannya serta orang-orang yang beriman. Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah kita mengikut selalu bagi memastikan kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman. Itu yang terpenting bagi kita yang beragama Islam.
Ingatlah, Al-Quran adalah ibu segala petunjuk dan panduan bagi menjamin hidup kita semua tidak terkeluar daripada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. As-Sunnah pula adalah untuk kita mengikuti apa yang dicontohkan oleh Nabi kerana Baginda merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.
Oleh itu, wahai anakku, setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi model dengan mencontohi kepimpinan Nabi.
Malah, paling baik apabila seorang pemimpin itu sendiri berani berkata, aku ni mencontohi Nabi Muhammad SAW terutamanya bagi pemimpin dan perjuang Islam.
Ini kerana, atas sebab hendak mencontohi Nabi, kita akan cekalkan hati untuk melengkap diri dengan ilmu-ilmu Islam. Kita akan bertekad untuk mengamalkan ilmu itu, agar kita menjadi pemimpin yang berilmu dan berakhlak serupa dengan kealiman dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin ummah.
Salam sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1435 Hijrah buat wahai anakku.
Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa.

Langganan:
Postingan (Atom)