SELAMAT DATANG

Rabu, 14 Desember 2016

SOLAT HAJAT DI BANGUNAN BARU PASTI AL JIHAD, LORONG RISDA MACHANG










GOTONG ROYONG DI PERSEKITARAN BANGUNAN BARU PASTI AL JIHAD, LORONG RISDA MACHANG



ERTI KEHIDUPAN YANG BAIK

Imam Ahmad bin Hanbal hidup bahagia, padahal pakaian putih yang dipakainya penuh dengan tampalan yang dijahitnya dengan tangannya sendiri. Tempat tinggal yang dihuninya diperbuat daripada tanah liat yang hanya memliki 3 bilik. Makanan yang dimakannya pun hanya sepotong roti dengan dilumuri minyak zaitun.

Adapun kasutnya sebagaimana yang diperkatakan oleh para penulis biografinya telah berusia 17 tahun, yang dibuat dan dijahitnya sendiri. Ia memakan daging hanya sekali dalam sebulan. Dia sendiri lebih banyak berpuasa. Dia datang dan pergi menjelajahi dunia dalam rangka mencari hadith.

Sekalipun demikian, dia merasa kesenangan, tenang, mantap, hidup tanpa bebanan dan memperolehi ketenangan kerana dia memiliki hati yang kukuh, cita-cita yang tinggi, mengetahui kesudahannya, mencari pahala dari Allah, meraih imbalan dan beramal untuk akhirat dan merindukan syurga.

(Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni - Laa Tahzan)

BERSAMA PENERIMA ANUGERAH-ANUGERAH DI MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN MACHANG 2016






Selasa, 13 Desember 2016

HARTA DAN KEMEWAHAN

Antara perkara yang menjadi ujian kepada manusia adalah harta dan kemewahan. Ia boleh menjadi nikmat dan boleh juga menjadi ujian kepada kita. Harta dan kemewahan kalau dapat membawa kita ke arah kebaikan dan ketakwaan, itulah harta yang menjadi kenikmatan. Tapi, jika membawa kita semaki daripada rahmat Allah, maka bimbang menjadi fitnah pula.

Begitu juga dalam bab mendidik anak-anak. Antara pendidikan langsung yang boleh kita laksanakan adalah dengan tidak membiasakan anak-anak dengan kemewahan.Bukan tidak boleh, sesekali boleh. Tapi, kalau selalu sangat menuruti kehendak mereka untuk membeli barangan yang mahal, ini perlu ditegah kerana bimbang akan menerbitkan rasa ingin sentiasa bermewah-mewahan.

Pendidikan secara langsung ini penting agar kelak mereka tidak akan menghabiskan usia dengan hanya mencari duit, harta dan kemewahan. Jika perkara ini terjadi, kita bimbang ia hanya akan merosakkan mereka sampai bila-bila. Ini bermakna, sekiranya kita telah mendidik mereka sedari kecil lagi untuk menggunakan dan memakai barangan mahal-mahal, esok-esok apabila kita telah meninggal dunia, apa yang akan terjadi pada mereka?

(Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Bicara Ini Demi Ilahi)

YB HJ ZULKIFLI BIN MAMAT (ADUN PULAI CHONDONG) MENYAMPAIKAN ANUGERAH PELAJAR AL GHAZALI




YB HJ ZULKIFLI BIN MAMAT (ADUN PULAI CHONDONG) MENYAMPAIKAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 6 TAHUN




YB HJ ZULKIFLI BIN MAMAT (ADUN PULAI CHONDONG) MENYAMPAIKAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 5 TAHUN



TAZKIRAH HARI INI (14.12.2016)

Allah memberikan pelbagai kebaikan kepada manusia berupa harta, ilmu, kuasa, kesihatan, iman dan sebagainya. Dengan segala yang baik itu, Allah inginkan hamba-Nya melakukan kebaikan kepada orang lain. Maksudnya, kebaikan yang diberikan kepada kita bertujuan untuk kita memberi kebaikan kepada orang lain.

" Antara pengertian manusia sebagai khalifah (mengikut setengah ulama) ialah memberi kebaikan kepada diri, orang lain dan persekitarannya."

Allah berikan kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan kita ilmu agar kita mengajar dan berdakwah kepada masyarakat. Diberikan kita iman agar kita berbaik-baik, berkasih sayang dan berukhuwah sesama manusia, kepada haiwan, tumbuhan bahkan kepada alam semesta. Tegasnya, Allah bukan sahaja memerintahkan kita menjadi orang yang baik tetapi mesti memberi kebaikan!

(Ust Pahrol Mohd Juoi - Mukmin Profesional)

YB HJ ZULKIFLI BIN MAMAT (ADUN PULAI CHONDONG) MENYAMPAIKAN SIJIL KEPADA SEMUA PELAJAR 6 TAHUN PASTI CAWANGAN DALAM DUN PULAI CHONDONG