SELAMAT DATANG
Rabu, 15 Oktober 2014
PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (7)
Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan
hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya
semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu
mengerti.”
."MENANG TAPI KALAH" .
Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.
Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.
Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang
Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Langganan:
Postingan (Atom)