SELAMAT DATANG
Sabtu, 12 Desember 2015
SILATURRAHIMLAH
Berhubunglah dan bersilaturrahimlah..
umur ini di panjangkan oleh Allah di sebabkan doa yang tak putus putus dari
persaudaraan yang terjalin.. untuk apa lagi untuk bermasam muka?, sedangkan
wajah diciptakan untuk di jernihkan, bukan untuk di 'cuka'kan.. senyumlah!!
Rabu, 09 Desember 2015
JANGAN LUPA BERZIKIR
Setiap pagi, ulangi dan bacalah zikir ini, Allah menyediakan pahala berganda, menghapuskan dosa lama.. bacalah dan ulangilah sahaja, dibibir kita dan dihati kita.. hanya ada DIA.. Allah yang maha kuasa..
Selasa, 08 Desember 2015
ALKISAH EMAS YANG HILANG
Abu seorang merupakan CEO koperasi emas yang dilantik 5 tahun
sekali melalui undian ahli-ahli.
Ketika pengurusannya, Abu menubuhkan satu anak syarikat
pelaburan di bawah koperasi yang menggunakan jaminan emas koperasi untuk
mendapatkan pinjaman untuk memulakan aktiviti pelaburan.
Kerana
beberapa keputusan yang merugikan seperti membeli berjuta batu biasa yang
dijamin nilainya seperti emas di satu pulau, koperasi kini perlu menanggung
bebanan hutang anak syarikat pelaburan itu.
Melihat popularitinya menjunam dan pemilihan koperasi semakin
dekat, Abu memikirkan masa depannya - di mana jika dia tewaspun dia masih
mempunyai kekayaan untuk bersara.
Beberapa bulan sebelum pemilihan, Abu telah memindahkan 2600kg
emas daripada anak syarikat pelaburan yang rugi ke rumahnya tanpa pengetahuan
sesiapa termasuk timbalan CEO koperasi sebagai modal kempen dan jaminan masa
depan sendiri sekiranya Abu tewas.
Namun, Abu menang.
Kerana bisikan syaitan, Abu menjadi tamak dan bertindak terus
menyimpan 2600kg emas yang diambilnya daripada koperasi.
Satu hari, terbongkar rahsia rumah Abu mempunyai 2600kg emas.
Abu diam seribu bahasa. Namun, tekanan demi tekanan yang dibangkitkan ahli
menyebabkan Abu terpaksa menjawab.
"Itu derma dari seorang kaya yang inginkan saya terus
menerajui koperasi," terang Abu.
Timbalan CEO koperasi terkejut beruk dengan penjelasan Abu lalu
menyoalnya secara terbuka. Apabila keadaan menjadi hangat, Abu mengambil
tindakan memecat Timbalan CEO.
Kini, syarikat koperasi hilang keyakinan ahli-ahli dan juga para
pelabur. Nilai emas yang dijualnya makin tidak bernilai di pasaran. Bukan itu
sahaja, koperasi masih perlu menanggung kerugian anak syarikat pelaburannya.
Namun begitu, Abu tidak peduli asalkan tiada siapa yang dapat
menuduhnya mengambil 2600kg emas dari koperasi menerusi anak syarikat
pelaburannya. Keinginan Abu meneruskan kekuasaannya untuk menutup kesalahannys
berterusan. Mereka yang tidak bersetuju dengannya di koperasi sudah dinyahkan.
Siasatan terhadapnya sudah dibantutkan.
Tiada lagi siapa yang menyukai Abu. Namun, sistem yang rosak
memberi kelebihan kepada Abu untuk kekal.
Apakah nasib koperasi dan wang caruman para ahli koperasi?
Berapa lamakah para pengurusan koperasi akan mendiamkan diri? Apakah mereka
akan menyelamatkan diri dengan membuang Abu atau menyelamatkan Abu dengan
harapan koperasi tidak tenggelam bersama Abu?
Cerita tiada kaitan dengan yang hidup mahupun mati. Sekadar
renungan bagi yang memahami.
Langganan:
Postingan (Atom)