SELAMAT DATANG

Sabtu, 14 Februari 2015

ANTARA YANG HADIR DI PENGKEBUMIAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT











"MENYAMBUNG WARISAN ALMARHUM TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ"

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kehilangan tokoh penting yang kembali mengadap Pencipta, Allah azza wajalla iaitu al-Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sesungguhnya pemergian Almarhum kerahmatullah adalah satu kehilangan yang sukar dicari ganti khususnya kepada PAS dan amnya kepada negara serta seluruh umat Islam.
Almarhum adalah pemimpin, guru, bapa dan sahabat yang telah mendamba dan memperhambakan diri kepada al-Khaliq dengan teguh menyambung usaha Rasulullah SAW dan para Nabi menegakkan risalah agama ini.
Dunia dan umat kurun ini telah menyaksikan, bahawa Almarhum telah meletakkan bumi Serambi Makkah yakni Kelantan ke peta dunia dalam istiqamahnya beliau memartabatkan Islam di negeri itu.
Almarhum juga negarawan di mana telah melakar sejarah sejak usia mudanya bersama PAS untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, sebagaimana nyata di dalam Perlembagaan PAS.
Tuan Guru Dato' Nik Aziz juga seorang ulama yang tekun menyebar aqidah Islam dan bertegas terhadap semua idealogi asing.
Pemergian Almarhum telah meninggalkan tapak kukuh dan jasa yang mesti dilangsungkan oleh generasi Islam hari ini dengan itqan sebagaimana telah diteladaninya.

Antaranya untuk melaksanakan Enakmen Syariah dalam perundangan negeri Kelantan, menjadi amanah dan warisan yang wajib disambung.
Semoga roh Almarhum berbahagia di sisi Allah dan dipertemukan dengan roh Rasulullah yang dicintanya sepanjang hidup.
Saya merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta para pendokong dan penyokong PAS semoga kita redha dan sama-sama bersabar menghadapi saat-saat sukar ini.
DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

BERSEMADILAH DENGAN TENANG WAHAI MURABBI UMMAH

Firman Allah Taala:
Maksudnya: Di kalangan orang yang beriman itu adanya pejuang hebat yang benar terhadap janjinya kepada Allah. Dikalangan mereka ada yang telah syahid dan dikalangan mereka ada yang masih menunggu sebagai syuhada’ dan mereka sesekali tidak menukar prinsip perjuangan mereka. (Al-Ahzab: 23)
Hari ini terasa sangat hiba, baharu sehari rakyat di Negeri Kelantan kehilangan sosok Rijal yang agung dalam harakah islamiyah dan pengasas Kerajaan Membangun Bersama Islam. Saya pernah diamanahkan sebagai Timbalan Menteri Besar oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Pada 23 Mac 2004. Tok Guru banyak mengajar serta memberi pengalaman kepada saya dan hari ini saya sangat terasa kehilangan beliau dengan pemergian buat selamanya ini. Dialah bapa dialah sahabat saya dalam mengemudi bahtera Kerajaan Kelantan.
Masih saya ingat ketika Tok Guru meminta saya menjadi wakil rakyat pada tahun 1995 bagi sama-sama membantu beliau dalam menegakkan perjuangan Islam di Kelantan, saya terus meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru siswazah selama 15 tahun hanya matlamat saya semata-mata untuk berbakti kepada perjuangan islam yang diperjuangkan oleh PAS. Sebelum itu saya telah diberi amanah untuk menjawat jawatan Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang dan juga Bendahari PAS Kawasan Tumpat pada tahun 1986 demi untuk mengurus tentang kewangan kawasan secara lebih teratur.
Tok Guru kemudian meminta saya bersama berjuang dengan beliau dan sahabat-sahabat pada masa itu untuk membangunkan pentadbiran Negeri Kelantan secara lebih menepati kehendak islam dan Tok Guru memberi mandat kepada saya untuk menumpukan kepada bahagian pengurusan dan tadbir urus Kerajaan Negeri. Jawatan saya yang pertama ditugaskan oleh Tok Guru sebagai Exco Kerajaan Negeri ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia iaitu pada tahun 1997.
Saya amat tenang dan rasa lapang berkhidmat dibawah kepimpinan Tok Guru kerana beliau tersangat unik dan begitu hikmah dalam memimpin kerajaan negeri tambahan pula dengan kehebatan ilmu yang dimiliki dan bertaraf seorang Tuan Guru dapat memimpin sebuah Kerajaan adalah satu peristiwa terpenting yang dicatat dalam sejarah politik Negeri Kelantan. Latar belakang pendidikannya yang berkemahiran dalam bidang tafsir, bahasa arab dan juga perundangan islam tidak sama dengan Menteri-Menteri Besar lain. Beliau sering menekankan soal mendaulatkan islam dan beliau tidak bertindak serta tidak melakukan sesuatu kecuali untuk kepentingan islam semata-mata.
Pesanannya sentiasa terngiang-ngiang ditelinga saya betapa beliau seorang murabbi yang tidak lekang daripada memberi nasihat dan tazkirah walau dimana berada. Teringat saya kepada ‘kuliah senafas’ yang sentiasa mendidik rohani dan memberi thaqafah di kalangan pimpinan parti, pegawai dan kakitangan kerajaan serta rakyat jelata. ‘Kuliah senafas’ ini sentiasa diberikan oleh beliau sejurus solat subuh setiap hari di masjid beliau di Pulau Melaka juga sebelum bermulanya mesyuarat perhubungan Negeri dan lain-lain mesyuarat.
Setiap pagi Jumaat, akan kedengaran suaranya menyapa masyarakat di sekitar Bandar Kota Bharu dan selepas ini saya dan pasti seluruh rakyat akan sangat terasa dengan kehilangan sosok besar perjuangan. Rasa hormat dan rasa sayang kepada Tok Guru ini sentiasa mekar disanubari kami dan beruntunglah Tok Guru kerana Allah telah mengambilnya ketika beliau sudah mencapai taraf kekasih Allah sebagaimana sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah apabila kasih kepada seseorang hamba-Nya lantas Allah memanggil Jibril seraya menyatakan: Sesungguhnya Aku kasih kepada si fulan maka kasihilah dia. Lalu Jibril mengasihinya dan mengumumkan kepada para penduduk langit bahawa Allah mengasihi si fulan maka kasihilah kalian semua akan dia, maka semua penduduk langit mengasihinya seraya berkata: kemudian letakkanlah rasa kasih sayang ini juga kepada semua penduduk bumi. (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya Tok Guru amat dikasihi oleh rakyat, walaupun terdapat rakan politik yang tidak sehaluan pandangan, mereka akhirnya tetap menghormati dan tidak berdendam kepada Tok Guru. Hari pemergiannya, lautan manusia dari seluruh negeri dan negara luar turut hadir, daripada sekecil-kecil pangkat manusia hinggalah sebesar-besar pangkat dan daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama hadir memberi penghormatan terakhir kepadanya. Allahlah yang meletakkan rasa hormat dan kasih ini kepada hamba-Nya yang bagi saya telah mencapai keahlian ‘Kekasih Allah’ yang sentiasa diimpikan oleh kita semua dan Tok Guru telah melaksanakan dengan penuh amanah terhadap segala janjinya kepada Allah. Bersemadilah dengan tenang wahai Murabbi Ummah.
USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Selasa, 10 Februari 2015

AKTIVITI PELAJAR DARUL HUSAINI, KG KEPAS






5/2/2015 (Khamis)….Pelajar Menunaikan Solat Dhuha Dan Aktiviti Riadah Pagi Ini Di PASTI Darul Husaini, Kg Kepas

AL KISAH SEBATANG PEN

Saya mengenali seorang sahabat yang selalu mengadu pennya selalu salah letak dan hilang.
Oleh kerana itu, sahabat saya ini hanya menggunakan pen yang murah supaya dia tidak merasa sakit hati dan bimbang bila pennya hilang. Dia bimbang pada sikap cuainya.
Saya mencadangkan sahabat saya untuk membeli pen yang mahal dan melihat apakah pen tersebut akan hilang.
Dia bersetuju lalu membeli satu pen yang agak mahal. 
Selepas 6 bulan, saya bertanya pada dia apakah pennya masih selalu disalah letak dan hilang?
Dia berkata dia amat berhati-hati dengan pen mahalnya, dan dia terkejut pada perubahan yang dialaminya.
Saya menerangkan padanya nilai pen itulah yang menyebabkan dia berubah. Sebenarnya tiada sebarang masalah pada sikap dia.
Wahai anakku,
Itulah yang berlaku pada hidup kamu sepanjang masa. Kamu akan berhati-hati dengan benda-benda yang kamu rasa bernilai.
Jika kamu berasa kesihatan kamu bernilai, kamu akan berhati-hati dengan apa dan cara yang dibawa ke perut kamu.
Jika kamu rasa persahabatan kamu bernilai, kamu akan melayan sahabat dan kawanmu dengan penuh hormat.
Jika kamu sayang pada wang kamu, kamu akan menggunakannya dengan cermat.
Jika kamu mencintai masa, nescaya kamu tidak akan membazirkannya.
Jika kamu menghargai hubunganmu, kamu pasti tidak akan melakukan perkara yang merosakkannya.
Wahai anakku,
Cuai ialah sikap yang ada pada semua manusia. Semua manusia juga tahu bila untuk berhati-hati. Cuai akan datang pada perkara yang kita berasa tidak bernilai.
Hiduplah dengan berhati-hati kerana ini menandakan kamu sayang pada masa dan nyawa yang diberi Allah sebelum kembali berjumpa dengan-Nya.

MENYAMPAIKAN BAJU SERAGAM PASTI PERCUMA KEPADA PELAJAR PASTI AT TAQWA, KG BUKIT..4/2/2015







Sdr Muhd Khairul b. Che Khalid (Pengerusi PASTI Machang) Bersama Ahli Jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan Machang Mengadakan Lawatan Dan Menyerahkan Baju Seragam PASTI Percuma Kepada Semua Pelajar PASTI At Taqwa, Kg Bukit (Yang Diwakili Oleh Cikgu Faizah),,,,Baju Seragam Ini Adalah Sumbangan Daripada YB Hj Zulkifli b. Mamat (ADUN Pulai Chondong)

MENYAMPAIKAN BAJU SERAGAM PASTI PERCUMA KEPADA PELAJAR PASTI DARUL QARAR, KG LABOK..4/2/2015




Sdr Muhd Khairul b. Che Khalid (Pengerusi PASTI Machang) Bersama Ahli Jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan Machang Mengadakan Lawatan Dan Menyerahkan Baju Seragam PASTI Percuma Kepada Semua Pelajar PASTI Darul Qarar, Kg Labok (Yang Diwakili Oleh Cikgu Zuwaidah),,,,Baju Seragam Ini Adalah Sumbangan Daripada YB Hj Zulkifli b. Mamat (ADUN Pulai Chondong)