SELAMAT DATANG
Sabtu, 28 Desember 2013
RAYUAN SUMBANGAN PEMBANGUNAN PASTI KAWASAN MACHANG
1.Syukur kepada Allah,tuhan yang menjadikan seluruh alam. Dengan penuh hormat, sempena awal tahun 2014 yang bakal menjelma. Jawatankuasa Pasti Kawasan Machang, ingin merayu dan membuka peluang kepada YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan membuat amal jariah bagi membantu pembangunan pasti-pasti di sekitar Machang yang mempunyai 18 cawangan dan mempunyai hampir 700 orang pelajar.
2. Untuk makluman, YBhg Dato'/Datin/Tuan/ Puan, kami amat berbesar hati menerima sumbangan kewangan @ pelbagai bantuan peralatan sekolah dan juga makanan (beras,roti,biskut,susu,gula,milo dll)
3. Segala sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah di salurkan ke BIMB :-
PASTI KAWASAN MACHANG :-
03045010011990
Atau menghubungi saya..khairul (010-5417841)
4.Sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan hulurkan, kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh sebagaimana Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud 'Apabila mati seseorang manusia terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan doa anak yang soleh'. Hadis Riwayat Al-Imam Muslim
Sekian,terima kasih.
(MUHAMMAD KHAIRUL B. CHE KHALID)
Pengerusi
Jabatan Pasti Kawasan Machang
26 Disember 2013
2. Untuk makluman, YBhg Dato'/Datin/Tuan/
3. Segala sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah di salurkan ke BIMB :-
PASTI KAWASAN MACHANG :-
03045010011990
Atau menghubungi saya..khairul (010-5417841)
4.Sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan hulurkan, kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh sebagaimana Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud 'Apabila mati seseorang manusia terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan doa anak yang soleh'. Hadis Riwayat Al-Imam Muslim
Sekian,terima kasih.
(MUHAMMAD KHAIRUL B. CHE KHALID)
Pengerusi
Jabatan Pasti Kawasan Machang
26 Disember 2013
KISAH PAKCIK JUAL LAKSA BERAS
Suatu hari sedang saya membersihkan halaman,
lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh
kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat.
Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa
berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini,
bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.
Saya melaung
bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan
laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna
saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya
laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang
pelanggan sediakan.
Zaman ini, kebanyakan
penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik
bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap
pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa
pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.
Setelah membeli
laksa beras, pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama
keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan
plastik atau pembaziran bekas.
Setelah membayar
harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit
yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3
ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan
itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka
terus saya bertanya, “Pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”
Pakcik itu pun
menjawab, "Duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan
dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan
duit yang masuk laci untuk infak.
Dalam setiap rezeki
yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi
sama. Saya menggilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk
rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari
berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan
ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah,
saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula
berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba di mana-mana kampung, menjelang
waktu solat sama ada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah
di mana-mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit
hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.
Walaupun cuma
menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara
berjemaah. Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan
orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di
mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat. Saya pernah
dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi
saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, di sini, di
sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat
di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak
untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki
yang Allah berikan kepada saya setiap hari.
Duit dalam tabung
pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5
rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika
rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika
rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan
rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana
mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar."
Terpegun saya
dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang
penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.
“Pakcik, bukankah
mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut
untuk mengerjakannya.”
“Bagaimana boleh
mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung,
bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita
sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak
usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi
meluaskan perniagaan?”
MasyaAllah, begitu
jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila
membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal
menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi
tidak beramal.
Siapa yang sangka
dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat
agama Islam ini.
Kisah ini saya
abadikan bagi mengingatkan keenakan laksa beras yang selalu saya beli dari
seorang penjual laksa beras yang bermotosikal mengelilingi kampung. Tidak pasti
adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang
enak.
Sama-samalah kita
mengambil iktibar darinya untuk kebaikan diri kita sendiri.
Rabu, 25 Desember 2013
Langganan:
Postingan (Atom)