SELAMAT DATANG

Minggu, 25 Januari 2015

LAWATAN KERJA JABATAN PASTI MACHANG KE PASTI AR RAHMAN (KG BANDAR) DAN AS SOLIHIN (KG BAGAN)







SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN


Jemput hadir para dermawan dan hulurkan terus sumbangan kepada YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan, PASTI Kelantan masih memerlukan derma dan sumbangan. Atau boleh juga disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 03102010002868 di atas nama PASTI Negeri Kelantan.

BAJU PERCUMA UNTUK PELAJAR DI PASTI TERJEJAS AKIBAT BANJIR

Pihak pengurusan Jabatan Pendidikan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Negeri Kelantan telah membuat tinjauan terperinci ke seluruh cawangan-cawangan PASTI di negeri ini dan mendapati sebahagian daripadanya terjejas teruk akibat banjir yang melanda baru-baru ini. Sekalipun kadar kerosakannya berbeza-beza, namun hakikatnya ia menyukarkan proses pembelajaran untuk sesi 2015 yang sepatutnya dimulakan minggu lepas. Selain itu juga, rumah-rumah kediaman keluarga pelajar PASTI termasuk juga guru-guru di kawasan yang terjejas ini juga turut menghadapi situasi yang sama.
Menyedari hakikat ini, PASTI Negeri Kelantan telah melancarkan Tabung Pemulihan PASTI Kelantan dua minggu lepas yang bertujuan untuk membaikpulih PASTI yang terjejas termasuk juga menampung kerja-kerja kebajikan membantu warga PASTI yang menghadapi kesukaran akibat situasi ini. Ia boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 03102010002868 di atas nama PASTI Negeri Kelantan.
Berdasarkan jumlah sumbangan yang telah diterima setakat ini, PASTI Negeri Kelantan telah mengambil satu ketetapan untuk membekalkan secara PERCUMA sepasang baju seragam PASTI bagi setiap orang pelajar di semua 100 cawangan PASTI yang terlibat dengan banjir. Dianggarkan pemberian secara percuma uniform PASTI ini yang melibatkan hampir 3000 orang pelajar akan mengakibatkan kos sekitar RM100,000.00.
Diharapkan agar dengan keputusan ini, ia dapat meringankan beban pihak ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke PASTI. Bagi pihak pengurusan Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Kelantan, saya merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya.
Senarai cawangan PASTI yang terlibat boleh dirujuk di senarai yang dilampirkan bersama kenyataan ini. Semoga para dermawan di seluruh negara sentiasa bersama-sama PASTI Negeri Kelantan dengan terus menyumbang untuk pembangunan PASTI yang masih memerlukan dana yang banyak.
Sekian, wassalam.
TERUS BERISTIQAMAH
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Kelantan.
Bertarikh : 20 Januari 2015

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA DI PASTI AL IMAM, KG BELUKAR (BERHAMPIRAN UITM MACHANG)