SELAMAT DATANG

Sabtu, 13 September 2014

HULURKAN SUMBANGAN KE AKAUN BANK ISLAM ATAS NAMA : PASTI KAWASAN MACHANG (03045010011990)

PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN BARU PASTI AS SALAM, KG BATU 30....TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG DAN SESIAPA INGIN MENYUMBANG BOLEHLAH DISALURKAN KE DALAM AKAUN BANK ISLAM ATAS NAMA : PASTI KAWASAN MACHANG (03045010011990)





HULURKAN HARAPAN JANGAN PATAHKAN SEMANGAT


AL KISAH SEORANG PELARI

Seorang pelari marathon berasa sungguh bersemangat.

Setelah berlatih insentif beberapa bulan, akhirnya tiba hari kejohanan marathon yang pertamanya di Jambatan Pulau Pinang yang baru.

“Pang” – Marathon bermula. Pelari muda itu memulakan langkah dengan penuh keyakinan. Setiap langkahnya berirama dengan penuh bersemangat.

Setelah tiga kilometer, pelari muda itu mula berasa letih dan terasa ingin berhenti.

“Jangan henti. Kalau tak boleh lari, cuba jogging,” kata satu suara di minda pelari muda itu.

Pelari muda itu meneruskan lariannya untuk dua kilometer lagi. Sekali lagi, kakinya terasa amat berat untuk bertahan dan dia terasa ingin berhenti.

“Jangan henti. Kalau tak boleh lari, cuba jalan,” kata suara yang sama.

Pelari itu meneruskan lariannya, meskipun jauh lebih lambat dan peserta lain mula memotongnya, pelari terus menuju ke arah garisan penamat.

Tidak lama selepas itu, kaki pelari mulai terasa ada kekejangan dan sakit. Kali ini, dia terasa betul-betul ingin berputus asa.

“Jangan henti. Kalau tak boleh lari, cuba lompat satu kaki,” bisik suara itu lagi.

Pelari itu meneruskan perjalanan dalam keadaan terincut-incut ke arah garisan penamat.

Kaki pelari semakin sakit, garisan penamat dalam lingkungan 200 meter sahaja. Keinginan untuk berhenti sukar dihalang tatkala kaki semakin sakit.

“Jangan henti. Kalau terpaksa merangkak,” kata suara itu.

“Itu dah melampau. Malulah kalau merangkak di depan orang ramai ini,” bisik hati pelari muda itu.

“Kalau tak boleh lari, tak boleh jogging, tak boleh jalan, tak boleh lompat, tak boleh incut… tapi masih mahu tiba di garisan penamat, buatlah apa sahaja yang patut untuk sampai ke garisan penamat,” bisik suara itu lagi.

Dengan melupakan rasa malu, pemuda itu mula turun dengan tangannya dan merangkak ke garisan penamat.

Sejurus melepasi garisan penamat, pelari muda berbaring di atas jalan sehinggalah ada petugas datang membantunya.

“Kamu ok?” tanya petugas itu.

“YA. Saya sangat gembira kerana saya berjaya menghabiskan marathon ini. Sungguh gembira,” kata pelari muda itu sambil bangun melompat meraih kejayaannya.

“Aduh sakit…,” pelari terlupa bahawa kakinya masih sakit. Tapi tak apa, ia berbaloi dan cukup manis pengalaman ini baginya.

Wahai anakku,
Kadang-kala kamu akan hilang semangat, hilang keyakinan dan hilang tenaga untuk meneruskan matlamat mencapai hasratmu kerana pelbagai perkara. Tapi, jika kamu tetap meneruskan perjalanan, insha-Allah kamu akan terkejut dengan pengalaman yang kamu akan dapat.

Aku tidak tahu apa masalah yang kamu sedang hadapi tatkala ini. Walau apa jua, aku berharap kamu bertahan, wahai anak kesayanganku, kerana setiap hari yang kamu berusaha kamu menghampiri matlamatmu.

Biarpun kamu terpaksa merangkak untuk melepasi garisan penamat tapi jangan kamu menyesal seumur hidup kerana berputus asa di tengah jalan.

CIKGU ROSNANI MENERIMA ANUGERAH PDP TERBAIK NEGERI KELANTAN


ANUGERAH GURU KHIDMAT PALING LAMA DI KAWASAN MACHANG


MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI KELANTAN 2014



SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT CIKGU YUMNI HASSAN (PASTI AT TARBIYYAH, KG RENGAS MACHANG)


APA ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin Ibu Lebih kerap Menelefon Utk Menanyakan Keadakan Kita Setiap Hari.....
Tapi Tahukah Kita, Sebenarnya Ayahlah Yang Mengingatkan Ibu Untuk Menelefon Kita? Ayah Selalu Tanya," Telefon Kah Anak Kita Tu Tanya Dia Macam Mana Kerja..."

Semasa Kecil,Ibu Lah Yang Lebih Mendukung Kita....Tapi Tahukah Kita Bahawa Sebaik Saja Ayah Pulang Bekerja Dengan Wajah Yang Letih Ayahlah Selalu Menanyakan Apa Yg... Kita Lakukan Seharian

Saat Kita Sakit Atau Demam, Ayah Sering Membentak"Kan Ayah Dah Kata Jangan Main Hujan?? Kan Ayah Dah Bagitau Jangan Minum Air Sejukk??".Tapi Tahukah Kamu Bahawa Ayah Sangat Risau..??

Kita Kita Remaja,Kita Meminta Izin Keluar Malam.Ayah Dengan Tegas Berkata"Tidak Boleh!"..Sedarkah Kita Bahawa Ayah Ingin Menjaga Kita? Kerana Bagi Ayah, Kita Adalah Sesuatu Yang Sangat Berharga.

Saat Kita Dipercayai, Ayah Pun Melonggarkan Peraturanya.Maka Kita Telah Melanggar Kepercayaannya...Maka Ayahlah Yang Sentiasa Menunggu Kita Di Ruang Tamu Dengan Rasa Sangat Risau...Ayah Marah Kita...Tahukah Kita Yang Ayah Tak Nak Apa2 Terjadi Dkt Kita Bila Keluar Lewat Malam?

Setelah Kita Dewasa, Ayah Telah Menghantar Kita Ke Sekolah Atau Kolej Untuk Belajar...
Disaat Kita Memerlukan Macam-Macam, Untuk Keperluan Kuliah Kita, Ayah Hanya Mengerutkan Dahi.Tanpa Menolak, Beliau Memenuhinya.. Saat Kamu Berjaya...Ayah Adalah Orang Pertama Yang Berdiri Dan Bertepuk Tangan Untukmu..Ayah Akan Tersenyum Dengan Bangga.. Walaupun Kadang2 Ayah Macam Buat Tak Tahu Tapi Tahukah Kamu Sebaik Kamu Pergi, Ayah Ceritakan Dekat Ibu Kekaguman Dia Terhadap Kita ? 

Sampai Ketika Jodoh Kita Telah Datang Dan Meminta Izin Untuk m
Mengambil Kita Dari Ayah..Ayah Sangat Berhati-hati Mengizinkan Nya..Dan Akhirnya.. Saat Ayah Melihat Kita Duduk Di Atas Pelamin Bersama Pasangan Kita..Ayah Pun Tersenyum Bahagia..

Apa Kita Tahu, Bahawa Ayah Sempat Pergi Ke Belakang Dan Menangis? 

Ayah Menangis Kerana Ayah Sangat Bahagia..Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik..
Bahagiakah Lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita.. Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JAGALAH SOLAT,,,


MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN MACHANG 2014
















Rabu, 10 September 2014

BANNER SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN MACHANG


KERATAN SINAR HARIAN,,,26/5/2014


YA ALLAH AMPUNILAH DOSA HAMBA MU INI


MENZIARAHI CIKGU NORMAH MOHAMAD DI HOSPITAL TANAH MERAH,,,20/5/2014


Pengerusi PASTI Kawasan Machang Bersama Ahli Jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan Machang Menziarahi Cikgu Normah Mohamad (Guru PASTI Rr Rawi Paloh Rawa) Di Wad ICU, Hospital Tanah Merah Yang Masih Tak Sedarkan Diri Kerana Jangkitan Kuman Dan Kencing Manis Tahap Tinggi,,,Dan Juga Menyampaikan Sumbangan Daripada Jabatan PASTI Kawasan Machang Yang Diwakili Oleh Anaknya,,,Pohon Semua Sahabat Mendoakan Kesejahteraan Beliau,,

AL KISAH SEORANG TUKANG MASAK

Pada zaman raja-raja, terdapat seorang pelajar namanya Ali. Ali seorang yang gigih belajar tapi malangnya, dia tidak pernah berjaya melepasi ujian terakhir untuk 19 kali berturut-turut.

Ketika Ali berusia 40 tahun, Ali tetap memasuki sekolah semula untuk mengajar. Cita-cita Ali ialah untuk menjadi seorang pegawai di istana raja. Oleh itu, Ali tidak mengerti kalah meskipun dia terpaksa menelan rasa ego diri untuk menghadapi ujian terakhir tersebut bersama-sama pelajar lain yang masih muda.

Isteri dan anak tunggal Ali yang berusia 7 tahun dibawa bersamanya ke sekolah. Isteri Ali bekerja sebagai pembersih sekolah. Ali pula bekerja secara sambil sebagai tukang masak di sekolah.

Masakan Ali memang sedap. Oleh itu, pengetua sekolah itu membiarkan Ali bekerja sebagai tukang masak kepada pelajar sambil belajar di sekolah. 

Satu hari, kedengaran raja telah jatuh sakit dan telah beberapa hari tidak makan. Istana mengeluarkan kenyataan kepada rakyat: “Sesiapa yang boleh masak satu hidangan yang boleh membuat raja makan, dia akan diberi ganjaran lumayan.”

Melihat isteri dan anaknya hidup susah, Ali mengambil peluang untuk mencuba nasib meskipun tarikh ujian terakhir dah dekat. Ali curi-curi masuk ke istana pada waktu malam dan menyediakan satu makanan istimewa buat raja.

Pada besok paginya, sekolah didatangi beberapa orang pegawai istana yang datang membawa Ali masuk ke istana. Ali terkejut. Apakah hidangannya semalam telah menyebabkan raja makin sakit?

Sejurus, di dalam istana, permaisuri raja bertanya kepada Ali apakah bahan yang digunakan untuk hidangan raja. Menurut permaisuri, raja telah menghabiskan hidangan tersebut.

Setelah Ali menerangkan cara membuat hidangan tersebut, permaisuri mengeluarkan arahan kepada Ali untuk berkhidmat sebagai tukang masak di istana dengan serta-merta.

Ali merayu-rayu menolak arahan tersebut. Permaisuri terkejut.

“Wahai permaisuriku, sudah 19 tahun saya berusaha untuk lulus ujian terakhir di sekolah. Saya tak sanggup putus asa pada masa ini. Hanya seminggu sahaja lagi. Saya tak nak jadi tukang masak, itu bukan cita-cita saya. Jika saya putus asa sekarang, bermakna saya telah membazirkan usaha saya 19 tahun ini. Bagaimana saya mahu berdepan dengan isteri dan anak saya yang sanggup bersusah demi cita-cita saya selama ini?” rayu Ali.

“Kalau kamu jadi tukang masak diraja, kehidupan kamu akan ubah. Hidup kamu dan isteri dan anak kamu akan bertambah baik. Kamu dah gagal 19 kali dalam ujian terakhir. Apa kemungkinan kamu akan berjaya kali ini? Lebih baik kamu jangan buang masa di sekolah dan bekerja di sini segera. Raja perlukan kamu sekarang dan kesihatan raja lebih penting daripada cita-cita kamu,” kata permaisuri.

“Wahai permaisuriku, kalau sebegitu mudah untuk putus asa, ia tidak layak dipanggil cita-cita saya. Disebabkan saya dah berusaha 19 tahun, saya lagi tidak boleh untuk berputus asa. Jika saya nak putus asa, dah lama saya putus asa. Ini impian saya. Saya nak lulus ujian dan jadi pegawai istana. Jadi, saya harap permaisuri boleh tarik semula arahan ini,” kata Ali.

Mendengar kata-kata Ali, permaisuri mengalirkan air mata. Terlalu kejam untuknya meminta Ali meninggalkan cita-citanya. Akhirnya permaisuri membuat keputusan mengarahkan sekolah untuk membiarkan Ali mengambil ujian di istana sambil memasak kepada raja sepertimana yang Ali sedang buat di sekolah, belajar sambil memasak untuk para pelajar yang lain.

Ali akhirnya lulus ujian dan menjadi tukang masak berpangkat pegawai istana yang pertama di zaman itu.

Wahai anakku,

Di sebalik awan mendung, ada kilauan perak… Kamu tidak akan tahu sudah betapa dekatnya kamu dengan kejayaan meskipun ia nampak jauh dari kedua matamu. 

Oleh itu, wahai anak kesayanganku, bertarunglah ketika kamu diuji dengan ujian terberat.

Pada waktu sesuatu perkara yang sangat tidak diingini berlaku, pada ketika itulah kamu tidak boleh berputus asa, lebih-lebih lagi kalau itu adalah cita-cita impianmu.

AMPUNILAH KEDUA IBUBAPA KAMI,,YA ALLAH


SUMBANGAN WHITEBOARD KEPADA PASTI AT TAQWA, KG. BUKIT,,12/5/2014


Sdr Zaki b. Junoh (Ajk Jabatan PASTI Machang) Bersama Sdr Hamzam b. Ismail (Ketua Pemuda PAS Dun Pulai Chondong) Meluangkan Masa Bagi Menyampaikan Whiteboard Ke PASTI At Taqwa, Kg Bukit Pulai Chondong,,Sumbangan Daripada Jabatan PASTI Kawasan Machang Dan Orang Ramai

SUMBANGAN WHITEBOARD KEPADA PASTI AR RAHMAN, KG. BANDAR,,12/5/2014


Sdr Zaki b. Junoh (Ajk Jabatan PASTI Machang) Bersama Sdr Hamzam b. Ismail (Ketua Pemuda PAS Dun Pulai Chondong) Meluangkan Masa Bagi Menyampaikan Whiteboard Ke PASTI Ar Rahman, Kg Bandar,,Sumbangan Daripada Jabatan PASTI Kawasan Machang Dan Orang Ramai

SUMBANGAN WHITEBOARD KEPADA PASTI DARUL QARAR, KG. LABOK,,12/5/2014


Sdr Zaki b. Junoh (Ajk Jabatan PASTI Machang) Bersama Sdr Hamzam b. Ismail (Ketua Pemuda PAS Dun Pulai Chondong) Meluangkan Masa Bagi Menyampaikan Whiteboard Ke PASTI Darul Qarar, Kg Labok,,Sumbangan Daripada Jabatan PASTI Kawasan Machang Dan Orang Ramai

ANAKKU ENGKAU LAH HARAPAN ORANG TUA MU NANTI


SUMBANGAN WHITEBOARD KEPADA PASTI AL IMAM, KG. BELUKAR,,,8/5/2014


Lawatan Serta Menyampaikan Sumbangan Whiteboard Kepada PASTI Al Imam, Kg Belukar

MESYUARAT KHAS JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG,,,7/5/2014

MESYUARAT KHAS JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG BERSAMA YB HJ ZULKIFLI B. MAMAT (YDP PAS KAWASAN MACHANG)









Selasa, 09 September 2014

PERJALANAN MASIH JAUH,,PERSIAPKANLAH


Sahabat,

Usahlah dirisaukan hasil duniamu kerana segalanya telah berada didalam ketetapan Allah buatmu. Hanya yang diperlukan hanyalah usaha..

Namun,risaukanlah perjalanan akhiratmu kerana gelincirnya kamu dari landasannya, tiada lagi usaha yang kamu mampu lakukan untuk kembali ke dunia..

KERATAN SINAR HARIAN,,,5/5/2014


JANGAN CEPAT MENGELUH


SUMBANGAN KEPADA PASTI AL FATAH, KG JOH DIPERLUKAN


EN. MUHAMMAD KHAIRUL (PENGERUSI JABATAN PASTI MACHANG) MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DARIPADA PASTI KAWASAN MACHANG DAN ORANG RAMAI KE PASTI AL FATAH, KG JOH BAGI TUJUAN MENYIAPKAN RUANG SOLAT DI PASTI BERKENAAN,,,SUMBANGAN DATO’/DATIN/TUAN/PUAN BOLEHLAH DISALURKAN KE DALAM AKAUN BANK ISLAM ATAS NAMA : PASTI KAWASAN MACHANG (03045010011990)

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

SUMBANGAN DIPERLUKAN BAGI MENYIAPKAN RUANG SOLAT DI PASTI AL FATAH, KG JOH LABOK,,,SUMBANGAN BOLEHLAH DISALURKAN KE DALAM AKAUN BANK ISLAM ATAS NAMA : PASTI KAWASAN MACHANG (03045010011990)