SELAMAT DATANG

Rabu, 05 Agustus 2015

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

 


Memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi menjalankan pertandingan alam ria pasti kawasan machang 2015 dan sumbangan untuk pembangunan pasti Kawasan machang RM5/RM10/RM50/RM100/RM…….. Bolehlah disalurkan ke dalam akaun PASTI KAWASAN MACHANG : 03045010011990 (Bank Islam Malaysia Berhad) atau menyerahkan wang sumbangan tuan/puan kepada Pengerusi PASTI Machang (En. Khairul : 0105417841), Bendahari PASTI Machang (En. Afzanizan : 0135596573) atau menyerahkan kepada mana-mana guru pasti di kawasan machang ini. Sekian terima kasih atas sumbangan tuan/puan hulurkan.

Senin, 03 Agustus 2015

MAKLUMAN ALAM RIA PASTI KAWASAN MACHANG TAHUN 2015


DOA UNTUK MENANGANI ANAK NAKAL

  1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
  2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
  3.  Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
  4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati
  5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
  6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
  7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
  8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
  9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
  10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang  bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
  11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

  • Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
  • Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
  • Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
  • Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
  • Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik


30/7/2015 (KHAMIS),,,,SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI PASTI AL JIHAD, KG KOLAM ABU













7 TIP BUAT ANAK GEMBIRA BERSOLAT


“Aiman, dah Maghrib. Boleh solat!
Ok Ma!”
Selang beberapa minit, Aiman masih tak bergerak juga. Mama suruh Aiman solat, dan Aiman pun kata Ok. Perbualan ini berulang lagi seperti alarm handphone yang disnoozekan.
Sebenarnya, Mama pun dari tadi asyik menonton slot Akasia sahaja.
Anak-anak kecil kita dari usia 5-8 tahun biasanya telah diajar asas solat fardhu di sekolah. Di sana, mereka melakukannya kerana arahan guru. Tetapi, apabila kembali ke rumah, kitalah yang akan mencorakkan budaya bersolat si dia.
Kitalah yang akan mencorakkan budaya bersolat si dia.
Kitalah yang akan mencorakkan budaya bersolat si dia.
Ia tidak mudah, tetapi kita boleh cuba 7 tip ini untuk buatkan si kecil kita lebih gembira untuk bersolat.

1. “Comelnya anak Mama pakai telekung ni!”

Hadiahkan anak kita telekung, ketayap serta sejadah yang comel dan berwarna-warni. Biarkan jika si dia ingin memakainya sewaktu berangan-angan di rumah.
Koleksi pakaian solat untuk si kecil ini istimewa kerana kita dapat melatih si dia untuk menutup aurat juga. Jangan lupa sentiasa puji si dia sangat comel danhandsome bila mengenakannya.

2. Ini surau kecil kita

Pilih satu sudut di rumah sebagai surau kecil kita. Letakkan hamparan yang selesa untuk kita sekeluarga solat dan berehat sebentar. Solat bersama-sama dan ajarnya mengaji di sini. Jadikan surau ini sangat selesa untuknya dengan kusyen besar, dan kotak berisi buku cerita, alatan mewarna serta projek kraf mudah yang diimpikannya.

3. Inspektor Solat

Lantik si dia menjadi Inspektor Solat. Tugasnya seperti pengawas yang mengingatkan semua orang apabila waktu solat tiba. Cipta satu ayat kod seperti“Warning, warning, dah azan! Nak Allah sayang kita tak?”.Inspektor Solat sangat dihormati dan berkuasa menutup televisyen serta menyorokkan semua gajet di rumah.

4. “Jom solat! 5 minit aje”

Beritahu si kecil kita solat ini mudah, 5 minit sahaja. Walaupun keluar shopping atau bercuti, kita boleh berhenti solat di mana-mana asalkan pakaiannya sesuai dan tempatnya bersih. Kanak-kanak memang tidak sabar untuk berjalan-jalan dan bermain tetapi pujuk si dia, 5 minit sahaja. Kita juga bersiap dengan segera setelah selesai solat.

5. “Congratulations. You did it!”

Beli stiker comel di kedai buku untuk menghargai usaha si dia bersolat. Ia boleh berbentuk bintang, kereta, atau pun tulisan “Sangat Baik”. Gunakan kalendar, atau diari untuk menampal stiker ini dengan kreatif setiap hari. Beri hadiah istimewa kesukaannya jika si dia solat dengan konsisten, dan lebih istimewa, jika tanpa perlu disuruh lagi.

6. Hugs and kisses

Kanak-kanak akan sentiasa menjadi kanak-kanak. Kadangkala, mereka akan menjadi moody jika letih dan merajuk. Jika si dia enggan bersolat, berikan pelukan dan ciuman untuknya. Ucapkan terima kasih kerana rajin bersolat sebelum ini. Kita akan tunggu si dia menjadi rajin semula. Minta si dia berehat di tepi dan tunggu kita bersolat sebentar.

7. Solat itu doa

Sekiranya anak kita inginkan sesuatu seperti permainan, buku dan sebagainya, beritahu si dia untuk minta terus pada Allah. Jika hajatnya tercapai, beritahu si dia ia adalah kerana solatnya.
Begitu juga jika si dia merasa sedih atau takut, minta dia dating dan bercerita dengan Allah selepas solat nanti. Bukan mudah membuatkan anak kecil kita gembira dan rela hati untuk bersolat.
Tetapi, hati kecil mereka ini sangat penyayang, suci dan sentiasa mahu membuat kita ketawa dan gembira. Beritahu si dia, dengan bersolat, si dia akan menghantarkan kotak-kotak berisi hadiah istimewa kepada kita, setelah kita tiada nanti.
Jadikan saat kita solat bersamanya, satu kenangan yang sangat manis untuk dikenang.

Jadi, sudahkah kita buatkan anak kecil kita gembira untuk bersolat hari ini?

29/7/2015 (RABU),,,,SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI PASTI AL HIDAYAH, KG PANGKAL CHANGGONG







29/7/2015 (RABU),,,,SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI PASTI AR RAWI, KG PALOH RAWA







TAZKIRAH HARI INI,,,,4/8/2015

Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

(Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi)

Sahabatku, sesulit apapun hidup anda, sepedih apapun penderitaan anda, jangan pernah meninggalkan Allah, jangan pernah meninggalkan sholat, datanglah pada Allah, yakinlah padaNya. Hanya Allah yang bisa menyelamatkan hidup kita, merubah derita menjadi kebahagiaan -Ust. Muhamad Agus Syafii-

Dari Abu Musa r.a., "Rasulullah ﷺ pernah ditanya mengenai seorang laki-laki yang berperang supaya dikatakan ia pemberani (seorang yang berani), berjuang kerana membela kesukuan (bangsa) dan berjuang kerana ingin dipuji, maka manakah yang disebut berjuang di jalan Allah?" Rasulullah ﷺ lalu bersabda: "Barangsiapa berjuang untuk menegakkan kalimah Allah setinggi-tingginya, maka itulah yang disebut berjuang di jalan Allah." (Muslim:3525)

Rasulullah saw bersabda:
3 golongan umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7x umur bumi:
1. org yg gemuk tapi kurus
2. org yg berpakaian tapi telanjang
3. org yg alim tapi jahil
--> gemuk tapi kurus: sihat tubuh badan tapi kurg ibadat
--> pakai tapi telanjang: memakai pakaian tapi tak ikut syariat
--> alim tapi jahil:org agama yg halalkan yg haram utk kepentingan peribadi