Pada zaman raja-raja, terdapat seorang pelajar namanya Ali. Ali seorang
yang gigih belajar tapi malangnya, dia tidak pernah berjaya melepasi ujian
terakhir untuk 19 kali berturut-turut.
Ketika Ali berusia 40 tahun, Ali tetap memasuki sekolah semula untuk mengajar. Cita-cita Ali ialah untuk menjadi seorang pegawai di istana raja. Oleh itu, Ali tidak mengerti kalah meskipun dia terpaksa menelan rasa ego diri untuk menghadapi ujian terakhir tersebut bersama-sama pelajar lain yang masih muda.
Isteri dan anak tunggal Ali yang berusia 7 tahun dibawa bersamanya ke sekolah. Isteri Ali bekerja sebagai pembersih sekolah. Ali pula bekerja secara sambil sebagai tukang masak di sekolah.
Masakan Ali memang sedap. Oleh itu, pengetua sekolah itu membiarkan Ali bekerja sebagai tukang masak kepada pelajar sambil belajar di sekolah.
Satu hari, kedengaran raja telah jatuh sakit dan telah beberapa hari tidak makan. Istana mengeluarkan kenyataan kepada rakyat: “Sesiapa yang boleh masak satu hidangan yang boleh membuat raja makan, dia akan diberi ganjaran lumayan.”
Melihat isteri dan anaknya hidup susah, Ali mengambil peluang untuk mencuba nasib meskipun tarikh ujian terakhir dah dekat. Ali curi-curi masuk ke istana pada waktu malam dan menyediakan satu makanan istimewa buat raja.
Pada besok paginya, sekolah didatangi beberapa orang pegawai istana yang datang membawa Ali masuk ke istana. Ali terkejut. Apakah hidangannya semalam telah menyebabkan raja makin sakit?
Sejurus, di dalam istana, permaisuri raja bertanya kepada Ali apakah bahan yang digunakan untuk hidangan raja. Menurut permaisuri, raja telah menghabiskan hidangan tersebut.
Setelah Ali menerangkan cara membuat hidangan tersebut, permaisuri mengeluarkan arahan kepada Ali untuk berkhidmat sebagai tukang masak di istana dengan serta-merta.
Ali merayu-rayu menolak arahan tersebut. Permaisuri terkejut.
“Wahai permaisuriku, sudah 19 tahun saya berusaha untuk lulus ujian terakhir di sekolah. Saya tak sanggup putus asa pada masa ini. Hanya seminggu sahaja lagi. Saya tak nak jadi tukang masak, itu bukan cita-cita saya. Jika saya putus asa sekarang, bermakna saya telah membazirkan usaha saya 19 tahun ini. Bagaimana saya mahu berdepan dengan isteri dan anak saya yang sanggup bersusah demi cita-cita saya selama ini?” rayu Ali.
“Kalau kamu jadi tukang masak diraja, kehidupan kamu akan ubah. Hidup kamu dan isteri dan anak kamu akan bertambah baik. Kamu dah gagal 19 kali dalam ujian terakhir. Apa kemungkinan kamu akan berjaya kali ini? Lebih baik kamu jangan buang masa di sekolah dan bekerja di sini segera. Raja perlukan kamu sekarang dan kesihatan raja lebih penting daripada cita-cita kamu,” kata permaisuri.
“Wahai permaisuriku, kalau sebegitu mudah untuk putus asa, ia tidak layak dipanggil cita-cita saya. Disebabkan saya dah berusaha 19 tahun, saya lagi tidak boleh untuk berputus asa. Jika saya nak putus asa, dah lama saya putus asa. Ini impian saya. Saya nak lulus ujian dan jadi pegawai istana. Jadi, saya harap permaisuri boleh tarik semula arahan ini,” kata Ali.
Mendengar kata-kata Ali, permaisuri mengalirkan air mata. Terlalu kejam untuknya meminta Ali meninggalkan cita-citanya. Akhirnya permaisuri membuat keputusan mengarahkan sekolah untuk membiarkan Ali mengambil ujian di istana sambil memasak kepada raja sepertimana yang Ali sedang buat di sekolah, belajar sambil memasak untuk para pelajar yang lain.
Ali akhirnya lulus ujian dan menjadi tukang masak berpangkat pegawai istana yang pertama di zaman itu.
Wahai anakku,
Di sebalik awan mendung, ada kilauan perak… Kamu tidak akan tahu sudah betapa dekatnya kamu dengan kejayaan meskipun ia nampak jauh dari kedua matamu.
Oleh itu, wahai anak kesayanganku, bertarunglah ketika kamu diuji dengan ujian terberat.
Pada waktu sesuatu perkara yang sangat tidak diingini berlaku, pada ketika itulah kamu tidak boleh berputus asa, lebih-lebih lagi kalau itu adalah cita-cita impianmu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar