Antara perkara yang menjadi ujian kepada manusia adalah harta dan kemewahan. Ia boleh menjadi nikmat dan boleh juga menjadi ujian kepada kita. Harta dan kemewahan kalau dapat membawa kita ke arah kebaikan dan ketakwaan, itulah harta yang menjadi kenikmatan. Tapi, jika membawa kita semaki daripada rahmat Allah, maka bimbang menjadi fitnah pula.
Begitu juga dalam bab mendidik anak-anak. Antara pendidikan langsung yang boleh kita laksanakan adalah dengan tidak membiasakan anak-anak dengan kemewahan.Bukan tidak boleh, sesekali boleh. Tapi, kalau selalu sangat menuruti kehendak mereka untuk membeli barangan yang mahal, ini perlu ditegah kerana bimbang akan menerbitkan rasa ingin sentiasa bermewah-mewahan.
Pendidikan secara langsung ini penting agar kelak mereka tidak akan menghabiskan usia dengan hanya mencari duit, harta dan kemewahan. Jika perkara ini terjadi, kita bimbang ia hanya akan merosakkan mereka sampai bila-bila. Ini bermakna, sekiranya kita telah mendidik mereka sedari kecil lagi untuk menggunakan dan memakai barangan mahal-mahal, esok-esok apabila kita telah meninggal dunia, apa yang akan terjadi pada mereka?
(Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Bicara Ini Demi Ilahi)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar