SELAMAT DATANG

Sabtu, 05 April 2014

ALKISAH SEEKOR BURUNG KECIL DI DALAM SARANG…

Burung kecil hendak belajar terbang, tapi sayap masih tidak kuat, masih tidak dapat terbang dengan tinggi.

Burung kecil terpaksa kena belajar terbang dengan cepat kerana satu hari sarang yang dibuat ibu burung akan menjadi sasaran pemburu.

Tapi apabila burung kecil berjaya terbang ke langit, baru dia tersedar mulai hari itu dia tiada lagi tempat bergantung.

Ketika malam, burung kecil yang baru mahir terbang tidak dapat melelapkan mata kerana tidur di luar sarang.

Kerana burung kecil terfikirkan apakah besok tidak akan menjadi lebih baik.

Burung kecil mengeluh – “Siapalah tahu masa depan akan macam mana?”

Hari-hari burung kecil mencari jawapan kepada keresahan hidupnya.

Hari-hari burung kecil merasakan dunia di luar sukar berbanding hari-hari yang ibu burung menyuapkan makanan ke mulutnya.

Akhirnya tiba masa burung kecil bertelur dan menjadi ibu. Burung kecil dengan sendirinya membuat sarang.

Setelah sarang dibuat, burung kecil akhirnya berehat di dalam sarang untuk bertelur.

“Inilah yang saya cari selama ini. Satu tempat selesa yang boleh berteduh daripada hujan and matahari panas. Rupa-rupanya saya berpusing-pusing selama ini adalah untuk mencari perkara yang saya tinggalkan selepas saya dapat terbang dengan jauh. Ah, kehidupan,” kata burung kecil di hati.

Wahai anakku,
Kelak, kamu akan terbang jauh seperti burung kecil. Namun sejauh manapun, kamu akan merindui keluarga dan kasih sayang mereka. Oleh itu, jagalah hubungan kamu dengan keluarga sebaik mungkin.

Berapa lama tak call balik rumah untuk bertanya khabar dengan bonda dan aku? Bagaimana dengan nenek dan atuk dan pakcik saudara? Kami semua amat merinduimu, wahai anak kesayanganku.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar