SELAMAT DATANG
Senin, 22 September 2014
KARNIVAL ALAM RIA PASTI NEGERI KELANTAN 2014
KETIBAAN ROMBONGAN PASTI MACHANG DI KARNIVAL ALAM RIA PASTI NEGERI KELANTAN 2014 DI PERDANA RESORT, KOTA BHARU
AIR LIUR?
Wahai anakku,
Aku ingin memulakan surat ini dengan bertanya
soalan ini. Apakah kamu sedar mengapa manusia sering menelan air liur? Semasa
kita mendengar, melihat, makan, bercakap (mengumpat mahupun memuji) dan
bersolat, manusia sentiasa menelan air liur?
Apa tujuan manusia menelan air liur? Air liur
adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari
oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk
molekul yang akan berubah sebagaimana air lain.
Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat,
dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik,
demikian sebaliknya. Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan
berdasarkan air liur yang ditelannya.
Wahai anakku,
Pernahkah terlintas pada minda anakanda mengapa
kita diwajibkan untuk menunaikan solat, doa, zikrullah, membaca Quran, berfikir
dan mengambil iktibar? Begitu juga ketika kita senyum, orang yang melihat
senyuman kita akan berasa riang kerana air liur yang dihasilkan adalah baik.
Sebaliknya sekiranya kita mengumpat seseorang,
mendengar dan melihat benda yang tidak baik, air liur beracun akan dihasilkan
sehingga minda kita terkena racun dengan buruk sangka, takut, dengki, benci dan
cemburu.
Wahai anakku,
Kamu sungguh bertuah kerana dilahirkan di zaman
internet. Setelah subuh, anakanda membaca berita melalui internet – samada di
Facebook atau mana-mana laman lain. Membeli surat khabar sudah dianggap sebagai
satu pembaziran. Maklumat kini hanya di jari. Maka, awasilah setiap apa yang
kamu baca dan tonton kerana ia menyumbang ‘racun’ kepada pemikiran dan dirimu.
Setiap maklumat memerlukan tapisan, sebaik-baik tapisan ialah iman.
Wahai anakku,
Betapa ramai yang rosak minda dan jiwa melihat dan
membaca sesuatu yang tidak baik, samada dari pelbagai media baru atau lama
kerana rosaknya ‘penapisan atau filter’ dalam diri mereka. Untuk itu, wahai
anakku, jadilah kamu sentiasa membersihkan imanmu dengan membaiki amalanmu
dengan Allah. Nescaya air liurmu menjadi penawar kepada racun yang cuba
merosakkan kamu.
Wahai anakku,
Awasilah apa yang kamu lihat dan dengar, kerana
sesungguhnya pendengaranmu, penglihatanmu dan perasaan dalam hatimu, semuanya
akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti.
Minggu, 21 September 2014
WARGA PASTI KAWASAN MACHANG ; ALAM RIA PASTI MACHANG 2014
Terima Kasih Kepada Semua Ahli Jawatankuasa Dan Guru - Guru Yang Bertungkus Lumus Dalam Menjayakan Majlis Alam Ria Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PASTI Kawasan Machang 2014.
PESANAN UNTUK KITA SEMUA
Wahai
anakku,
Kalau engkau suka Allah ampunkan dosamu, maaflah kesalahan orang lain padamu. Kerana kemaafanmu di dunia jauh lebih mudah berbanding engkau memohon keampunan dari manusia di akhirat. Aku sangat takut akan golongan yang muflis di akhirat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah, mereka adalah golongan yang banyak amalan, namun semasa di dunia banyak melakukan penaniayaan terhadap manusia; lalu mereka menuntut darinya di akhirat sehingga habis segala pahalanya dan diganti pula dengan dosa.
Wahai anakku,
Janganlah engkau terikut kehendak nafsu burukmu yang dihasut oleh syaitan, untuk tidak memaafkan kesalahan manusia lain, kerana itu puncak keegoaan yang memusnahkan. Apalah erti engkau menyimpan dosanya atau dendammu. Yang penting wahai anakku, keinsafan terhadap kesalahan dan kekesalan terhadap apa yang berlaku, lalu ia menitis air mata taubat memohon pengampunan Allah. Kalaulah Allah sedia mengampuni dosa hambaNya, janganlah engkau menjadi makhluk yang lebih sombong dariNya.
Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W Bersabda "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka di akhirat. Mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga malam kerana memperjuangkan agama Allah." Menangislah kerana dosamu, kerana tangisan itu akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, walaupun terlalu sukar manusia menangis kerana dosanya. Dan berjaga malamlah demi memper-juangkan agama Allah. Sabarlah wahai anakku di atas kepenatanmu sehingga tengah malam, di saat semua orang sedang tidur lena dibuai mimpi, kamu masih berada di atas jalanraya menahan kepenatan dan keletihan memperjuangkan agama Allah.
Wahai anakku,
Aku sering mengingati pesanan Tuan Guru Nik Aziz, biarlah kita penat di dunia, semoga kita tidak penat nanti di akhirat. Salam perjuangan buat semua. Senyum.
JOHAN KESELURUHAN : ALAM RIA PASTI MACHANG 2014
Tahniah Buat Warga PASTI Al Barokah, Kg Tualang Kudung Kerana Berjaya Dan Dinobatkan Sebagai Johan Keseluruhan Di Program Alam Ria PASTI Kawasan Machang Bagi Tahun 2014,,Hadiah Telah Disampaikan Oleh YB Hj Zulkifli b. Mamat (ADUN Pulai Chondong / Yang Di Pertua PAS Kawasan Machang),,Syabas
JOHAN PERTANDINGAN NASYID DAN ASMA AL HUSNA : ALAM RIA PASTI MACHANG 2014
Peserta Daripada PASTI Al Rawi, Kg Paloh Rawa Dinobatkan Sebagai Johan Pertandingan Nasyid Pilihan Serta Asma Al Husna Dalam Pertandingan Alam Ria Peringkat PASTI Kawasan Machang Dan Seterusnya Mewakili PASTI Kawasan Machang Ke Program Alam Ria Peringkat Negeri Kelantan,,Tahniah
JOHAN PERTANDINGAN SAJAK (L) : ALAM RIA PASTI MACHANG 2014
Peserta Daripada PASTI Al Barokah, Kg Tualang Kudung Dinobatkan Sebagai Johan Pertandingan Sajak (L) Dalam Pertandingan Alam Ria Peringkat PASTI Kawasan Machang Dan Seterusnya Mewakili PASTI Kawasan Machang Ke Program Alam Ria Peringkat Negeri Kelantan,,Tahniah
JOHAN PERTANDINGAN SAJAK (P) : ALAM RIA PASTI MACHANG 2014
Peserta Daripada PASTI Al Barokah, Kg Tualang Kudung Dinobatkan Sebagai Johan Pertandingan Sajak (P) Dalam Pertandingan Alam Ria Peringkat PASTI Kawasan Machang Dan Seterusnya Mewakili PASTI Kawasan Machang Ke Program Alam Ria Peringkat Negeri Kelantan,,Tahniah
JOHAN PERTANDINGAN AZAN ; ALAM RIA PASTI MACHANG 2014
Peserta Daripada PASTI At Taqwa, Kg Bukit Dinobatkan Sebagai Johan Pertandingan Azan Dalam Pertandingan Alam Ria Peringkat PASTI Kawasan Machang Dan Seterusnya Mewakili PASTI Kawasan Machang Ke Program Alam Ria Peringkat Negeri Kelantan,,Tahniah
UCAPAN PERASMIAN PENUTUP ; YB YDP PAS KAWASAN MACHANG
Ucapan Perasmian Penutup Sempena Program Alam Ria Dan Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat PASTI Kawasan Machang Telah Disempurnakan Oleh YB Hj Zulkifli b. Mamat (ADUN Pulai Chondong Dan Yang Juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Machang)
UCAPAN OLEH KETUA PEMUDA PAS KAWASAN MACHANG
Ucapan Oleh En. Zainul Amin b. Mat Zin (Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang) Di Majlis Perasmian Penutup Program Alam Ria Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PASTI Kawasan Machang Bagi Tahun 2014
TEGUR BIARLAH BERADAB
Wahai
anakku,
Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat
menegur engkau. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat
menegur tersebut. Jika niatmu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju
dengan kamu, batalkanlah niat menegur itu. Jika niatmu adalah untuk memalukan
orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu. Jikalau niatmu adalah untuk
menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niatmu.
Jikalau niatmu untuk merendahkan pihak lawan, batalkanlah juga niatmu. Jikalau
niatmu untuk lawan, untuk menunjukkan kebodohan, batalkan niatmu. Jikalau
engkau tidak pasti kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu, tangguhkan
dulu teguran kamu.
Wahai anakku,
Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah
teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan
menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas
mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi
tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana manusia dan maruahmu.
Wahai anakku,
Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur. Tegurlah
pada isu yang ada di tangan. Jangan sesekali engkau cuba membangkitkan perkara
yang lepas-lepas kerana ia akan merosakkan teguran yang diniatkan baik oleh
engkau.
Wahai anakku,
Semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini
tidaklah sempurna walaupun sempurna ciptaan Allah. Ingatlah manusia depanmu itu
pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa
buruk sangka pada manusia di depanmu. Buangkan segala buruk sangka pada manusia
di depanmu. Tunjukkan belas kasihan-mu. Tunjukkan sifat penyayangmu. Tutupilah
egomu. Dan jagalah kata-katamu dan ayat-ayatmu.
Wahai anakku,
Jangan pula engkau ingat hanya kau yang layak
menegur orang dan orang yang ditegurmu itu mesti akur dan terima teguranmu. Jangan
engkau ingat mereka akan membisu menerima segala teguran kamu tanpa dijawab.
Jangan engkau ingat engkau sahaja betul dalam teguranmu. Bersedialah berlawan
dengan hujah. Jika engkau kasar dalam bahasa teguranmu, bersedialah menerima
balik kekasaran yang serupa atau lebih buruk.
Wahai anakku,
Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah.
Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi akibat bisikan syaitan dan egomu
kamu sering terlupa yang menerima teguranmu itu juga seorang manusia ciptaan
Allah.
Bisikan syaitan menyebabkanmu merasakan diri lebih
tinggi ketika menegur. Egomu menyebabkan kamu terasa diserang tanpa sebab
ketika ditegur sebelum menilai teguran yang diterima samada benar mahupun
palsu.
Wahai anakku,
Beradablah ketika menegur. Dan bersabarlah ketika
ditegur kerana engkau akan saling memainkan watak ini dalam hidup kamu.
Pentingkan membimbing dan memberi harapan daripada mencari salah dan menghukum
dalam teguranmu. Dan pentingkan kebenaran dan nilai bersyukur ketika ditegur
kerana ada yang sanggup memberi pandangan untuk membaiki diri.
Langganan:
Postingan (Atom)





































.jpg)
.jpg)













