SELAMAT DATANG

Senin, 22 September 2014

AIR LIUR?

Wahai anakku,

Aku ingin memulakan surat ini dengan bertanya soalan ini. Apakah kamu sedar mengapa manusia sering menelan air liur? Semasa kita mendengar, melihat, makan, bercakap (mengumpat mahupun memuji) dan bersolat, manusia sentiasa menelan air liur?

Apa tujuan manusia menelan air liur? Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain. 

Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya. Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya. 

Wahai anakku,


Pernahkah terlintas pada minda anakanda mengapa kita diwajibkan untuk menunaikan solat, doa, zikrullah, membaca Quran, berfikir dan mengambil iktibar? Begitu juga ketika kita senyum, orang yang melihat senyuman kita akan berasa riang kerana air liur yang dihasilkan adalah baik.

Sebaliknya sekiranya kita mengumpat seseorang, mendengar dan melihat benda yang tidak baik, air liur beracun akan dihasilkan sehingga minda kita terkena racun dengan buruk sangka, takut, dengki, benci dan cemburu.

Wahai anakku,


Kamu sungguh bertuah kerana dilahirkan di zaman internet. Setelah subuh, anakanda membaca berita melalui internet – samada di Facebook atau mana-mana laman lain. Membeli surat khabar sudah dianggap sebagai satu pembaziran. Maklumat kini hanya di jari. Maka, awasilah setiap apa yang kamu baca dan tonton kerana ia menyumbang ‘racun’ kepada pemikiran dan dirimu. Setiap maklumat memerlukan tapisan, sebaik-baik tapisan ialah iman.

Wahai anakku,


Betapa ramai yang rosak minda dan jiwa melihat dan membaca sesuatu yang tidak baik, samada dari pelbagai media baru atau lama kerana rosaknya ‘penapisan atau filter’ dalam diri mereka. Untuk itu, wahai anakku, jadilah kamu sentiasa membersihkan imanmu dengan membaiki amalanmu dengan Allah. Nescaya air liurmu menjadi penawar kepada racun yang cuba merosakkan kamu.

Wahai anakku,



Awasilah apa yang kamu lihat dan dengar, kerana sesungguhnya pendengaranmu, penglihatanmu dan perasaan dalam hatimu, semuanya akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar