SELAMAT DATANG

Senin, 02 Mei 2016

SOLAT TIANG AGAMA


Hukama berkata, ““Apabila kamu merasa hidup kamu tidak baik, maka ketahuilah sesungguhnya kerana solat kamu masih belum baik”.Dalam solat, hati yang penat akan tersambung dan terhubung kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuat. Pada ketika itulah hati belajar ‘melepaskan’ segala kekusutan yang membelenggunya. Pada Allah jualah diadukan segala keresahan, kerunsingan dan kelemahan diri. Solat ialah talian hayat bagi hati yang kelesuan dan kekeliruan apabila dihentam pelbagai ujian.

Let go, let God – belajar melepaskan dan menyerahkan segala urusan kepada Allah. Pada ketika itulah hati yang sendat dengan pelbagai masalah itu melepaskan segalanya kepada Allah yang Maha Perkasa. Ia akan kembali lapang dan tenang. Umpama setitik air yang dilepaskan kembali ke tasik yang luas dan dalam. Maka begitulah hati yang kembali kepada Allah. Ia kembali kepada asalnya. Ia kembali kepada fitrahnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar