SELAMAT DATANG

Minggu, 03 Januari 2016

TIGA JENIS KAWAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1 - Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita.
Imam Al- Ghazali kata, jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.
2 - Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.
Imam al-Ghazali kata, jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.
3 - Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia abaikan ilmu dan nasihat yang kita bagi.
Imam al-Ghazali kata, jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar