SELAMAT DATANG

Minggu, 03 Januari 2016

MARI CONTOHI NABI ﷺ

Rasulullah ﷺ tidak memilih sangat dalam perkara makan dan minum. Baginda sentiasa bersyukur dengan apa sahaja rezeki daripada Allah.
Baginda ﷺ suka memakan madu (‘asal), cuka (khal), daging terutama daging kambing di bahagian lengan atau kaki depan kambing, labu, roti berkuah daging, labu, minyak zaitun dan lain-lain.
Baginda ﷺ juga pernah memakan daging burung yang ditangkap oleh orang lain kerana Baginda tidak menangkap atau memburu burung.
Baginda ﷺ tidak memakan makanan yang panas. Baginda akan membiarkannya terlebih dahulu supaya sejuk sebelum dimakan.
Minuman yang Baginda suka termasuklah susu, air sejuk, air sejuk yang manis seperti air yang dicampur madu atau nabiz (buah tamar yang direndam).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar