Satu zaman dahulu, seorang petani fakir miskin mengalami kemalangan dan terpaksa berhutang dengan Ah Long kampung. Ah Long kampung itu seorang tua yang hodoh terpikat dengan anak gadis petani itu.
“Kalau kamu sanggup kahwinkan anak gadis kamu pada saya, hutang kamu tak perlu bayar,” kata Ah Long kampung kepada si petani.
Si petani dan anak gadisnya cukup terkejut dengan cadangan tersebut. Ah Long kampung terus mendesak dengan pelbagai cara.
Si petani cuba meminta bantuan ketua kampung. Namun, kerana jumlah hutang itu terlalu besar, ketua kampung tidak dapat membantu.
Kerana terlalu inginkan anak gadis itu, Ah Long kampung mencadangkan kepada ketua kampung agar biar takdir yang menentukan nasib si petani dan anak gadis.
Ah Long kampung mencadangkan agar dua biji batu kecil, warna hitam dan putih, dimasukkan di dalam bag dan meminta anak gadis untuk menentukan nasib dia sendiri.
Sekiranya anak gadis dapat batu hitam, dia akan berkahwin dengannya dan hutang bapanya dilangsaikan. Jika anak gadis dapat batu putih, dia tak perlu kahwin Ah Long kampung, dan hutang bapanya juga dilangsaikan.
Ketua kampung merasakan cadangan ini adil maka menyuruh seluruh kampung datang menyaksikan peristiwa ini.
Ketika upacara bermula, anak gadis terlihat Ah Long kampung bermain silap mata dan memasukkan dua batu berwarna hitam ke dalam beg, dan bukan sebagaimana yang dijanjikan satu warna hitam dan satu warna putih seperti yang ditunjukkan kepada hadirin yang datang.
Wahai anakku,
Apakah nasib yang bakal meminta gadis yang malang itu? Apakah yang kamu akan lakukan jikalau kamu adalah gadis tersebut? Apakah pula nasihat yang kamu boleh berikan?
Wahai anakku,
Apakah kamu terbayang anak gadis ini akhirnya terpaksa akur dengan nasib dia dan mengahwini Ah Long kampung yang hodoh dan tua itu demi hutang ayahnya? Apakah kamu akur sudah tiada jalan keluar bagi anak gadis yang malang ini?
Sebenarnya tidak. Anak gadis itu memasukkan tangannya dan mengeluarkan batu daripada beg. Sebelum batu itu sempat dilihat umum, anak gadis dengan sengaja jatuh dengan gelogoh menyebabkan batu di tangannya hilang di kalangan batu-batu lain yang ada di lantai.
Lalu anak gadis itu memohon maaf: “Maafkan saya. Saya kehilangan batu yang dipilih saya. Tapi tak apa. Kalau tuan lihat batu yang tinggal di dalam beg tersebut berwarna apa, maka mereka semua akan tahu warna apa yang dipilih saja.”
Ah Long kampung tidak berani mendedahkan kejujurannya lalu terpaksa membuka beg dan menunjukkan batu hitam yang bermaksud batu yang dipilih gadis itu berwarna putih.
Oleh itu, wahai anakku, setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuma kadang-kala kamu perlu berfikir dari arah yang lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar