SELAMAT DATANG

Sabtu, 06 Desember 2014

RENUNGAN,,,


Rumah yg besar, kereta yg mewah dan pangkat atau gelaran yg duanugerahkan akan hapus juga satu hari nanti apabila kita meninggalkan dunia ini.
Namun jasa dan kebaikan kita insyaAllah akan senantiasa di kenang oleh generasi manusia.

19/11/2014,,(RABU)..MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN & PENYAMPAIAN HADIAH DI PASTI AL IMAM, BELUKAR









MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN & PENYAMPAIAN HADIAH DI PASTI AL IMAM, BELUKAR OLEH YBHG EN. MOHD ROMLI B. ISMAIL (TIMB. PENGERUSI PASTI MACHANG)

Rabu, 03 Desember 2014

17/11/2014 - ISNIN,,,MAJLIS IHTIFAL DI PASTI AS SYAKIRIN, KG PEK























AL KISAH BUAH TEMBIKAI


Harith pulang ke rumah awal selepas kerja. Cuaca sungguh panas. Memandangkan isterinya belum pulang, Harith bergegas ke peti sejuk.

Bagus. Ada separuh tembikai yang tidak dimakan lagi. Tanpa berlengah, Harith mengambil sudu dan terus menikmati tembikai tersebut sehingga habis.

Sejam kemudian, isteri Harith, Ayu pulang ke rumah. Kehausan, Ayu teringat separuh tembikai yang dibelinya semalam di peti sejuk.

Apabila membuka peti sejuk, Ayu kecewa melihat tembikainya hilang. Harith yang bersebelahan berkata, “Ayang sedang cari tembikai ke. Sore, abang dah habis makan.”

Ayu geram tidak berkata apa-apa. Ayu yang kehausan cuba menuang air daripada bekas air yang disimpan atas meja. Tiada air yang keluar.

“Tadi minum habis, lupa isi balik,” jawab Harith.

Ayu terus tidak menahan geram lalu meninggikan suara: “Abang ini kat rumah tak tahu isi air ke apabila tahu bekas air ini dah habis? Tembikai ayang beli, abang makan semua langsung tak tinggal.”

Perang dingin ini berlarutan seminggu. Melihat keadaan begitu, ibu Harith yang berumur 60 tahun menjemput kedua-dua Harith dan Ayu secara berasingan untuk makan malam bersama di rumahnya.

Pada hari itu, Harith tiba di rumah ibunya terlebih dahulu. Ibunya memberikan separuh tembikai untuk Harith.

“Makan ini dulu. Tinggal separuh untuk Ayu nanti di peti sejuk,” pesan ibu Harith. Selepas menikmati tembikai itu, ibu menyuruh Harith berehat di bilik atas rumahnya sambil menunggu waktu Maghrib.

Kemudian, Ayu pun tiba. Ibu Harith memberikan Ayu separuh tembikai yang satu lagi kepada Ayu.

“Ayu makan ini dulu. Tinggal separuh untuk Harith nanti di peti sejuk,” pesan ibu Harith.

Selepas solat Maghrib, Harith pun turun dari bilik atas. Ibunya meletakkan dua tembikai separuh yang telah dinikmati Ayu dan Harith di atas meja makan.

“Mari kamu berdua,” kata ibu Harith.

Terlihat separuh tembikai di kiri hanya tertinggal ruang tengah yang tidak disentuh lagi. Ayu menikmati separuh tembikai tadi dari tepi, dan meninggalkan bahagian tengah kepada Harith.

Separuh tembikai di kanan pula ada lubang besar di tengah. Harith menikmati separuh tembikai dari tengah, dan meninggalkan isi tepi untuk Ayu.

“Bahagian tengah tembikai ialah bahagian paling manis. Ayu meninggalkan kamu bahagian yang paling manis, dan Harith kamu pula makan yang paling sedap dan tinggal bahagian kurang sedap untuk Ayu.

Sekarang kamu faham mengapa Ayu merajuk? Ini kerana Ayu lebih menyayangi kamu daripada dirinya sendiri. Kalau dia terlihat ada separuh tembikai, tanpa siapa-siapa pesan, dia akan tinggalkan separuh yang terbaik untuk kamu. Harith, kalau kamu, tembikai itu kamu dah makan habis tanpa terfikir Ayu,” tegur ibu Harith pada anaknya.

Harith yang sedar kesilapannya terus mengangkat semangkuk sup untuk isterinya.

“Ayang minum dulu,” kata Harith, dan menyebabkan Ayu menitis air mata bahagia.

Wahai anakku,
Bukan mudah untuk mendirikan dan menjaga keutuhan sesebuah rumahtangga. Jagalah tingkahlaku kamu, jagalah mulutmu, jagalah egomu dan jagalah orang tersayangmu supaya orang yang kamu sayang dapat merasai kebahagiaan. Tiada makna sayang jika orang kamu sayang merasa dirinya di dalam derita.

PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (18)


Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

15/11/2014 (SABTU),,,MAJLIS IHTIFAL DI PASTI DARUL HUSAINI, KG KEPAS








Selasa, 02 Desember 2014

ALBUM AKHIR,,,KAMI PENDIDIK PASTI KAWASAN MACHANG MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA


KAMI PENDIDIK PASTI KAWASAN MACHANG MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TETAMU JEMPUTAN, PARA IBUBAPA,,AHLI JAWATANKUASA,,PELAJAR2 DAN SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN MACHANG 2014 PADA 14/11/2014 YANG LALU

AL KISAH SEBUAH KHABAR

“Ayah ayah. Anakanda nak cerita sesuatu pasal kawan ayah?” kata Naim.

Sebelum anaknya sempat berkata bab seterusnya, Ustaz Kassim bertanya tunggu sekejap.

“Wahai anakku, sebelum ayahanda mendengar apa yang anakanda nak sampaikan, ayahanda nak tanya tiga soalan pada anakanda untuk mengelakkan dosa,” kata Ustaz Kassim.

“Apa dia, ayahanda?”

“Apakah yang anakanda nak bagitahu ini satu perkara yang sahih?”

“Tak pasti. Anakanda dapat berita ini daripada kedai kopi tadi. Ayahanda perlu tahu cerita ini.”

“Hmmm… memandangkan anakanda tidak tahu samada berita itu sahih ke tidak, apakah berita yang anakanda ingin sampaikan satu khabar yang baik?”

“Tidak ayahanda. Ia satu berita buruk. Tapi ayahanda perlu tahu.”

“Jadi, anakanda nak bagitahu sesuatu yang buruk pasal kawan ayahanda tapi anakanda tak pasti lagi samada berita itu perkara sahih ke tidak… Ok, apakah yang anakanda bagitahu ayahanda nanti berguna untuk ayahanda?”

“Tidak juga. Cuma anakanda rasa ayahanda perlu tahu.”

Ustaz Kassim tersenyum.

“Apakah berbaloi untuk memberitahu ayahanda sesuatu yang tidak sahih, buruk dan tidak berguna pasal kawan ayahanda? Jika ia satu fitnah, anakanda yang menanggung dosa. Sudi ke anakanda hanya kerana satu berita tidak sahih?”

Wahai anakku,
Ketahuilah mengumpat itu mudah dan mudah untuk mengumpat. Untuk mengelakkan apa yang diumpat itu disebar bersama meningkatkan dosa, sentiasa ingatkan diri dengan bertanya apakah berita yang ingin disampaikan itu sahih, buruk mahupun berguna pada orang yang ingin kamu sampaikan.

ALBUM 14....ANUGERAH PELAJAR TERBAIK 2014 SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN PASTI MACHANG 2014




ANUGERAH PELAJAR TERBAIK 2014 SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN PASTI MACHANG 2014 YANG DITERIMA OLEH ADIK ZAFRI AMIRUL MOHD ZAWAWI DARIPADA PASTI AS SYAKIRIN, KG PEK BAGI KATEGORI LELAKI. MANAKALA BAGI KATEGORI PEREMPUAN TELAH DITERIMA OLEH ADIK NIK UMMUL UMAIRAH NIK ROMZI DARIPADA PASTI AS SALAM, KG BATU 30...TAHNIAH..

AL KISAH SEEKOR SEMUT

Satu pagi, seekor semut terjumpa sehelai bulu yang besar. Semut amat menyukai bulu tersebut lalu berusaha membawanya pulang ke sarang.

Perjalanan semut tidak mudah, satu demi satu halangan terpaksa dilepasi dengan berjalan agak jauh.

Di satu halangan, tetiba semut itu berhenti. Rupanya, ada sebuah gaung sebesar 10mm yang tidak dilepasinya. Semut berulang-alik membawa bulu itu 
kebuntuan.

Akhirnya, semut terfikir penyelesaiannya. Ia meletakkan bulu tersebut untuk menutup gaung tersebut. Selepas ia lintasi gaung tersebut, semut mengambil bulu lalu meneruskan perjalanan ke arah sarangnya. Hebat sang semut ciptaan
Allah ini!

Akhirnya, sang semut tiba di pintu masuk sarangnya di bawah penjuru sebuah rumah. Sang semut berasa sangat gembira dan puas kerana berjaya membawa pulang bulu meskipun berdepan bermacam halangan.

Setibanya di pintu sarang, sang semut baru tersedar bahawa lubang ke sarangnya sebegitu kecil, macam mana bulu yang besar ini dapat dibawa masuk?

Akhirnya, semut terpaksa berputus asa. Tidak mungkin ia dapat melepasi halangan ini. Lantas, semut mengambil keputusan untuk meninggalkan bulu yang dibawanya kembali di depan pintu sarang, dan pulang ke sarangnya.

Wahai anakku,

Sang semut sebenarnya terlupa untuk berfikir mengenai masalahnya secara mendalam sebelum memulakan usaha membawa bulu itu pulang ke sarang.

Di akhir perjalanan, baru tersedar bulu yang disangka bernilai hanya satu beban yang tidak perlu.

Wahai anak kesayanganku, dalam kehidupan seharian kamu, ada kalanya kamu akan melalui apa yang dirasai semut. Kamu bimbang mengenai banyak perkara duniawi, seperti air muka, mengumpul duit dan harta, mencari pekerjaan lebih baik, risau keterlaluan pada keluarga dan sebagainya.

Namun, apabila tiba di penghujung jalan hidup kamu barulah engkau tersedar, segala yang dikejar dan dirisaukan kamu, sebenarnya tidak dapat dibawa bersama seperti bulu yang ditinggalkan sang semut.

ALBUM 13,,,JABATAN PASTI MACHANG MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YB HJH MUMTAZ MD NAWI KERANA MELUANGKAN MASA BAGI MERASMIKAN MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN MACHANG TAHUN 2014