SELAMAT DATANG

Rabu, 14 Januari 2015

PASCA BANJIR : YAB MENTERI BESAR KELANTAN DAN KEMURAHAN HATI KEPADA RAKYAT

Setiap detik berlalu, YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob sentiasa memikirkan tentang keadaan rakyatnya yang berada dalam kesusahan dilanda banjir besar tempohari. Selepas banjir beliau hanya berkesempatan ke Kuala Lumpur pada 4 Januari 2015 bagi membincangkan pemulihan semula rumah-rumah musnah dan pada 11, 12 Januari 2015 kerana menghadiri mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kemudian Majlis Syura dan keesokannya bersama duta Qatar bagi membincangkan bantuan mangsa banjir Kelantan. Beliau kemudian bergegas balik ke Kota Bharu kerana katanya " rakyat susah, tak boleh tinggal lama".
Rutinnya setiap hari, turun ke lokasi-lokasi dilanda banjir bagi menyampaikan bantuan, meninjau tapak tanah sesuai untuk bina rumah kekal kepada mangsa banjir yang kehilangan rumah dan turut membersih serta membuang sampah bersama rakyat walaupun kadang-kadang beliau juga kurang sihat dan tidak cukup masa untuk rehat. Setiap hari jadualnya terlalu padat sama ada di pejabat mahupun luar pejabat. Apabila berada di pejabat beliau sering berkata " jika dah tiada orang yang nak berjumpa, ana nak keluar tinjau permasalahan rakyat diluar pula" dan apabila berada di luar seringkali beliau bertanya " apa lagi kerja utama yang tidak selesai di pejabat dan ada temujanji dengan siapa lagi ?".
Begitulah kerisauan beliau dalam memikul amanah sebagai Menteri Besar. Pernah satu ketika sejurus solat asar, beliau bertanya saya "Agaknya dengan keadaan ana sekarang yang masih tidak sempat turun di semua rumah-rumah rakyat dalam Negeri ini, boleh lepaskah ana di akhirat nanti?" Saya agak kelu untuk menjawabnya hanya sempat mengucapkan "insya-Allah" dan pada ketika itu beliau baharu sahaja genap setahun pentadbirannya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Pasca banjir, beliau telah banyak mengumumkan kemudahan-kemudahan kepada rakyat. Hari ini, beliau sekali lagi mengumumkan di atas kemurahan hati bahawa Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan seluruh saff Exco Kerajaan Negeri untuk tidak mengambil sebulan gaji bagi dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan. Beliau juga turut menggesa seluruh Adun, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara serta Speaker Kerajaan Negeri agar menyumbang sebulan elaun kepada tabung tersebut. Itulah keprihatinan dan kemurahan hati seorang Menteri Besar yang mengutamakan kesusahan rakyat.
MOHD ASRI BIN MAT DAUD
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 23 Rabiul Awwal 1436/ 14 Januari 2015


MAJLIS PENYAMPAIAN ELAUN GURU PASTI KAWASAN MACHANG DI PASTI AS SALAM, KG BATU 30

















PAKAIAN SERAGAM PERCUMA 2015,,,DAFTAR SEKARANG


Pendaftaran PASTI Di Area Machang Bagi Tahun 2015 Masih Dibuka,,,InsyaAllah Mana-Mana Pelajar Yang Berdaftar Bagi Tahun 2015 Akan Memperolehi Pakaian Seragam Secara Percuma,,"Melahirkan Generasi Bertaqwa",,Terima kasih kerana memilih PASTI !

SELAMAT KEMBALI KE PASTI 2015


Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada murid-murid 4, 5 dan 6 tahun yang mendaftar di seluruh PASTI cawangan dalam kawasan Machang ini. Semoga menjadi generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak, penyejuk mata buat kedua ibu bapa, Insya-Allah, kepada Ibu Bapa, Terima kasih kerana memilih PASTI !

PESAN SEORANG MURABBI

Pesan seorang Murabbi, "Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud). ..Bila kita punya hati yg sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran. Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya. Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar. ..Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah). Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'. Dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.."

Rabu, 07 Januari 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Persekolahan sesi baru akan bermula pada 11 januari 2015 ini, anak-anak pelajar akan kembali ke sekolah masing-masing, namun kemungkinan besar suasana tidak seperti sebelum ini. Banyak kelengkapan sekolah musnah dan keadaan sekitar masih berdebu akibat banjir tempohari. Walaubagaimana keadaan sekalipun, anak-anak terpaksa menghadapinya dengan sabar, bina semangat dan kejayaan dalam kehidupan itu biasanya melalui sebuah dugaan.
Pihak Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah meluluskan bantuan persekolahan RM 50 ribu melalui YAKIN dan diserahkan kepada Adun juga Penyelia Dun masing-masing bagi membantu meringankan beban kemiskinan dan persekolahan. Diharapkan mangsa-mangsa banjir yang kehilangan rumah kediaman agar bersabar, Kerajaan Negeri sudah pastikan tapak tanah untuk penempatan mangsa dan akan menyewa premis perniagaan melalui rundingan antara tuan milik premis dan Ketua Jajahan dilokasi terbabit khususnya bagi meringankan beban ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.
Kepada anak-anak yang buat pertama kali menjejaki kaki ke alam persekolahan di darjah satu dan daripada darjah enam ke tingkatan satu, hadapilah hari-hari persekolahan dengan riang dan gembira kerana dapat mempelajari ilmu disamping saling kenal-mengenali antara rakan-rakan dari tempat lain. Jaga kesihatan masing-masing khasnya selepas banjir ini kerana amat mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.
Saya menyeru kepada seluruh dermawan untuk terus menghulurkan bantuan persekolahan sama ada penyediaan pakaian sekolah serta kelengkapannya ataupun bantuan kewangan untuk urusan pembayaran yuran khususnya sebelum 11 januari 2015 kepada anak-anak yang menjadi mangsa banjir. Sama-sama kita hidup bermuwafakat dan berkebajikan insya-Allah masyarakat dan Negeri sentiasa mendapat keberkatan.
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 16 Rabiul Awwal 1436/ 7 Januari 2015

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BANTUAN BANJIR KEPADA GURU PASTI KAWASAN MACHANG







Menyampaikan Sumbangan Bantuan Banjir Kepada Guru PASTI Kawasan Machang Yang Terlibat Dengan Banjir Baru-Baru Ini,,,Seramai 13 Orang Guru Terlibat... Sumbangan Anda Boleh Disalurkan Kedalam Akaun TABUNG KEBAJIKAN PASTI MACHANG (BANK ISLAM : 03-045-01-004008-2)..Terima Kasih Atas Keprihatinan Bersama

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PASTI AS SOLIHIN, KG BAGAN



Gotong Royong Membersihkan PASTI As Solihin, Kg Bagan Yang Terlibat Dalam Kejadian Banjir Baru-Baru Ini ..Terima Kasih Muslimat Dari Negeri Kedah Kerana Sudi Membantu Kami,,,Sumbangan Anda Boleh Disalurkan Kedalam Akaun TABUNG KEBAJIKAN PASTI MACHANG (BANK ISLAM : 03-045-01-004008-2)..Terima Kasih Atas Keprihatinan Bersama

Senin, 29 Desember 2014

NASIHAT UNTUK MANGSA BANJIR

Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.
Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV , peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.
Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.
Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.
2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.
4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.
5. Pasangkan balik back cover atau penutup.
6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.

Mudah2an kita membantu ......

MB KELANTAN BANTU BELI BARANG UNTUK MANGSA BANJIR


PENGUMUMAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN PASTI TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

KENYATAAN MEDIA
PASTI MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN
SESI PERSEKOLAHAN PASTI TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Banyak negeri di Malaysia kini dilanda musibah banjir yang agak luar biasa, khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Banyak PASTI dibeberapa buah negeri masih ditenggelami air dan sebahagiannya pula rosak teruk.
Sehubungan itu, PASTI Malaysia menangguhkan permulaan sesi persekolahan PASTI di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat bersesuaian dengan penangguhan permulaan sesi persekolahan sekolah-sekolah awam di Malaysia.
PASTI Malaysia menyeru rakyat Malaysia agar sama-sama berdoa dan menghulurkan sumbangan serta bantuan untuk mangsa-mangsa musibah banjir.
Terima kasih.
Ketua Pengarah
PASTI Malaysia

Senin, 22 Desember 2014

AYUH KITA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN!!!



"Barangsiapa memberi kemudahan kepada orang didalam kesulitan, maka Allah akan memudahkan dia di dunia dan akhirat"(hadith sahih) 

AL KISAH SEBUAH PERAHU

Sekumpulan anak muda sedang mencari kegembiraan. Namun, yang mendatang adalah masalah, kebimbangan dan juga kesengsaraan.

Kebuntuan, sekumpulan anak muda ini mencari Ustaz Aziz. 

“Wahai tuan guru, di manakah kami dapat mencari kegembiraan?”

Lantas Ustaz Aziz pun menjawab, “Kamu semua bantu ana buat sebuah perahu dahulu.”

Sekumpulan anak muda pun pergi mencari bahan-bahan membuat sebuah perahu.

Untuk 49 sehari, anak-anak muda ini berjaya menukar sebatang balak menjadi sebuah perahu.

Akhirnya, perahu ditolak ke sungai dan menjemput Ustaz Aziz untuk mencubanya.

Sambil mereka berdayung, mereka menyanyi-nyanyi di atas perahu bersama Ustaz Aziz.

“Gembirakah kamu semua?” tanya Ustaz Aziz.

“Sangat gembira!” jawab sekumpulan anak muda itu.

“Itulah kegembiraan. Ia selalu datang mengetuk tatkala kamu sibuk melakukan sesuatu dengan sepenuh hati,” kata Ustaz Aziz.

(BANJIR)....TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA MAYBANK : 5640 2540 0100


Bantuan kepada mangsa banjir masih diperlukan di seluruh negeri Kelantan
. Terutamanya di Rantau Panjang.. 
Bantuan yg sgt diperlukan adalah makanan, air bersih, lilin bg keperluan mlm hari (bekalan letrik terputus) keperluan asas (tikar dll), peralatan kebersihan dll..


BANJIR DAN BANTUAN DI KAWASAN MACHANG











Jabatan PASTI Kawasan Machang mengharapkan agar mangsa banjir dapat bersabar di atas ujian Allah ini dan yakinlah bahawa setiap ujian serta musibah itu adalah cara Allah mengangkat martabat hambaNya. Berhati-hatilah dimusim ini dengan menjaga anak-anak kecil sebaiknya termasuk memaklumkan dalam kadar segera kepada pihak berwajib jika berlaku apa jua kemalangan jiwa.