Apakah sebenarnya pengertian akhlak? Akhlak dari segi bahasa ialah tabiat dan kebiasaan. Tetapi dari segi agama ia adalah satu keadaan jiwa atau rohani yang kukuh, kemudian daripadanya keluar perbuatan, percakapan dan tindakan yang baik dengan mudah tanpa perlu berfikir atau angan-angan. Natijah yang baik itu terpapar dengan sendiri tanpa dibuat-buat, sesuai dengan fitrah, hasil daripada kekuatan iman yang terbentuk dalam diri. Akhirnya terjelma watak seorang yang beragama.
Imam Ghazali RA menegaskan bahawa segala perilaku manusia adalah bertepatan dengan apa yang ada di kalbunya (imannya). Kata Imam Ghazali, “Semua sifat yang terdapat dalam kalbu, pasti pengaruhnya akan terlihat pada perilaku, sehingga manusia tidak berperilaku, melainkan sesuai dengan apa yang ada dalam kalbunya.” Ertinya, seluruh tingkah laku kita menjadi gambaran terhadap nilai iman yang telah tertanam dan diyakini oleh setiap orang.
(Tuan Guru Hashim Jasin)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar