MACHANG – Program Alam Ria Pusat
Asuhan Tunas-tuan Islam (PASTI) peringkat Kawasan Machang tahun 2016 yang
berlangsung dengan meriah, telah melabuhkan tirainya pada 13hb Ogos 2016 Di
SMU(A) Ahmadiah, Banggol Judah.
Pengarahnya, Firdaus b. Radzulan
mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua waga PASTI kawasan Machang yang
telah bekerja keras mendidik anak-anak kecil, sehigga berjaya mempersembahkan
yang mengkagumkan.
“Penat lelah masih terasa, namun
terubat dengan memori indah dan segar dengan suasana riang dan meriah dek
pelbagai ragam dan telatah anak-anak kecil (PASTI).
“Persembahan mereka mengagumkan walaupun pada usia yang masih terlalu muda. Mereka berbakat serta berani ke hadapan menampilkan persembahan yang terbaik hasil didikan, tunjuk ajar dan latihan guru-guru dengan kerjasama ibu bapa,”ujarnya.
Oleh itu katanya, sanjungan tinggi
sewajarnya dianugaerahkan kepada para guru PASTI yang yang penuh berkhidmat
dengan penuh dedikasi.
Katanya anak-anak kecil itu, akan
menjadi dewasa dan menjadi pemimpin masa hadapan bagi mengisi ‘lompang’ yang
ditinggalkan generasi sekarang .
Justeru beliau mengucapkan tahniah
kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut samada secara langsung atau
tidak secara langsung.
“Pada kesempatan ini, saya
mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pihak iaitu AJK Jabatan PASTI Kawasan
Machang, AJK Pelaksana Alam Ria, Warga SMU(A) Ahmadiah Banggol Judah, Dewan Pemuda
PAS Kawasan Machang, Jabatan Amal Machang, Guru-guru PASTI dan Ibu bapa yang
sangat berjasa dalam membantu dan menjayakan Alam Ria bagi tahun ini,”
“sesungguhnya tiada ungkapan yang
layak untuk diluahkan. Semoga Allah memberi ganjaran yang lumayan ‘di sana’
nanti,”kata beliau
Tidak ada komentar:
Posting Komentar