Iman itu bukanlah hanya dengan angan-angan sahaja,tetapi ia adalah suatu yang terhunjam di dalam hati dan dibuktikan oleh perbuatan.Di dalam firman Allah selalu sahaja mengaitkan antara iman dan amal.Di antaranya:
“Apakah kamu menyuruh manusia lain berbuat baik sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al-Kitab.Maka tidakkah kamu berfikir.” (Surah Al-Baqarah 2:Ayat 44)
“Amatlah besar kemurkaan disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan.” (Surah As-Saff 61:Ayat 3)
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali berkata: “Dua orang lelaki telah memberi musibah ke atas diriku,pertama orang ‘alim yang melanggar larangan agama dan kedua orang jahil yang beribadah.Si jahil memperdayakan orang ramai dengan ibadahnya manakala si ‘alim pula memperdaya orang ramai dengan pelanggaran terhadap agama.” Rasulullah berwasiat kepada seluruh umat Islam supaya berjaga-jaga:
“Jadilah kamu orang-orang yang memelihara ilmu dan janganlah kamu menjadi tukang riwayat.” (Riwayat Abu Nu’aim)
(Fathi Yakan - Apa Ertinya Saya Menganut islam)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar