SELAMAT DATANG

Rabu, 19 Agustus 2015

AL KISAH CICAK

Ketika makan di kedai, ada seekor cicak jatuh ke atas bahu seorang wanita. Wanita itu menjerit ketakutan dan melompat-lompat panik menyapu cicak itu daripada bahunya sehinggakan semua pelanggan yang ada turut dapat merasa kepanikan wanita tersebut.
Cicak itu kemudiannya tercampak ke makanan seorang wanita di meja sebelah. Wanita itu turut menjerit panik dan marah-marah.
Pembantu kedai berlari untuk menyelamatkan keadaan.

Dalam keadaan kucar-kacir menghalau cicak tadi, wanita itu terpukul cicak ke arah badan pembantu kedai yang datang membantu.
Namun, pembantu kedai itu tidak menjerit.
Dalam keadaan tenang, pembantu itu menangkap cicak yang separuh pengsan itu di dalam tangan dan membuangnya keluar daripada kedai.
Melihat keadaan ini bersama anak angkatnya, Ustaz Fahmi bertanya:
“Apakah cicak itu bermasalah atau wanita itu bermasalah?”
Anak angkat itu menjawab: “Siapa tak terkejut dengan cicak yang tetiba jatuh ke bah?”
Ustaz Fahmi menjawab: “Jika cicak itu bermasalah, mengapa pembantu kedai itu tidak terkacau dengan cicak yang tercampak di badannya?”
“Ia bukan cicak itu. Ia adalah kegagalan manusia menguruskan gangguan yang disebabkan cicak itu, yang menyebabkan wanita-wanita tadi panik.”
Anak angkat tersenyum.
“Rupanya bukan jeritan bapa saya atau bos saya atau isteri saya yang mengganggu saya, tapi kegagalan saya menguruskan gangguan yang disebabkan jeritan mereka yang mengganggu saya.
Rupanya bukan trafik jam yang mengganggu saya, tapi kegagalan saya menguruskan gangguan yang disebabkan trafik jam yang mengganggu saya. Betul tak ayah?”
Ustaz Fahmi tersenyum lalu menjawab:
“Masalah itu bukan masalah. Tapi reaksi kamu pada masalah yang menjadi masalah dalam hidup. Jangan memberikan reaksi kepada apa yang berlaku tapi bertindaklah ke apa yang berlaku dengan sewajarnya.”
Wahai anakku,
Kegembiraan datang bukan kerana semua perkara adalah betul di dalam hidup kamu. Kegembiraan datang kerana sikap kamu terhadap semua perkara adalah betul.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar