SELAMAT DATANG

Selasa, 07 Juli 2015

AMPUNKAN LAH DOSA KAMI YA ALLAH

Semenjak dari 1 Ramadhan sehinggalah saat ini, berapa ramai dikalangan kita membiarkan kesempatan dan peluang ini berlalu begitu sahaja, peluang untuk bertaubat dan meminta ampunan terhadap dosa yang telah dilakukkan!!, tak terasa terhadap dosa yang dilakukan!! sedangkan diri kita tak lekang dan sunyi dari terbuat dosa, dosa itu sering sahaja terjadi.
Dosa zahir dan mungkin sahaja dosa batin.. bagi sesiapa yang ia tidak terasa ia mempunyai dosa, ia seorang pendosa!!.. kerana tiada siapa pun yang boleh merasakan ia maksum dari terbuat dosa kecuali ia nabi dan rasul.. kita sering melakukan dosa!!
Marilah sama sama kita memulakan penghujung Ramadhan ini dengan mengakui terhadap dosa lalu kita bertaubat diatas dosa itu.. kita masih diberi kesempatan dan peluang berada di penghujung Ramadhan.. mungkin sahaja ini merupakan Ramadhan yang terakhir di kehidupan kita!! Allah sahaja yang mengetahuinya..
Ya Allah keampunan Mu Kami harapkan..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar