SELAMAT DATANG

Selasa, 25 November 2014

AL KISAH PETUA KEJAYAAN

Seorang penjual terkenal dijemput memberikan sebuah taklimat mengenai cara-cara mencapai kejayaan.

Ramai yang datang melihat ucapan beliau. Dewan penuh melimpah ke luar. Penjual itu naik ke pentas dan senyum.

Semua memberikan tepukan gemuruh dan menanti penjual untuk berkata sesuatu. Namun penjual hanya bersenyum.

Tetiba ada empat lelaki perkasa membawa naik satu bola besi yang berat dan meletakkannya di tengah pentas bersebelahan tempah cerun ke bawah.

Penjual terkemuka itu tidak berkata apa-apa lalu cuba menolak bola besi itu dari tengah pentas untuk gelungsur ke bawah pentas melalui cerun tangga.

Akan tetapi, bola besi itu terlalu berat untuk digerakkan. Namun, penjual tidak berhenti mencuba. Setiap lima saat, penjual itu menolaknya sekali.

Setelah sejam mencuba, hadirin terasa bosan dan mula meninggalkan dewan. Penjual masih tidak berkata apa-apa dan terus mencuba menolak bola besi tersebut.

Akhirnya, apabila dewan hanya penuh hanya tinggal belasan hadirin, penjual berjaya menggerakkan bola besi tersebut.

Perlahan-lahan bola besi itu digerakkan dan susah dihentikan. Bola besi itu menggelungsur ke bawah pentas sehingga terhantuk pintu dewan.

“Itulah petua sahaja. Mencuba tanpa putus berulang-kali sehingga jadi. Apabila kejayaan datang, tiada siapa yang dapat menghalangnya sebagaimana bola besi tadi. Terima kasih kerana menunggu sampai penghujung majlis,” kata penjual terkemuka itu sebelum menutup majlis.

Wahai anakku,
Kuasa manusia terbesar ialah tabiatnya. Di dunia benda paling berharga untuk manusia juga ialah tabiatnya. Kejayaan ialah membina tabiat untuk berjaya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar