Assalamualaikum Wrh. Wbt.
Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah Tuhan
Sekalian Alam, Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W. Dan
Kaum Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda Serta Para Pejuang Islam Yang Tidak
Jemu-Jemu Menyebarkan Dakwah Keseluruh Alam.
Hari Ini 14hb Oktober 2013 Bersamaan 09 Zulhijjah
1434h, Jabatan Pasti Machang Telah Berjaya Membina Blog Ini Bagi Menyampaikan
Maklumat Atau Berita – Berita Terkini Mengenai Pasti Di Kawasan Machang Ini.
Sebaran Maklumat Ini Amat Penting Bagi Mengetahui Perkembangan Terkini Pasti Di
Machang Ini, Kerana,,,
Sejak Akhir - Akhir Ini, Pasti Telah Menjadi
Pilihan Utama Kepada Ibubapa Bagi Mendapat Pembelajaran Yang Sempurna Bagi Anak
– Anak Mereka Ini. Sehubungan Dengan Itu, Dalam Memberikan Pendidikan Kepada
Anak-Anak, Kebanyakan Ibubapa Tidak Berkira Kerana Yang Penting Anak-Anak
Mendapat Pembelajaran Yang Sempurna Dan Terbaik.
Oleh
Itu, Dalam Era Globalisasi Dan Dunia Tanpa Sempadan Ini Anak-Anak
Semestinya Dipersiapkan Dengan “Iq” (Intelligent Quality) Dan “Eq” (Emotional
Quality) Yang Tinggi. Dari Itu Keputusan Ibubapa Menghantar Anak Mereka Untuk Mendapatkan
Pendidikan Di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Di Kawasan Machang Ini Adalah
Merupakan Langkah Yang Paling Bijak.
Pasti Kawasan Machang Menyediakan Kedua-Dua Kualiti
Yang Diperlukan Oleh Anak-Anak Dengan Menambah Dengan Satu Lagi Kualiti Yang
Tidak Ada Pada Tadika Bukan Islam Iaitu “Spiritual Quality”.
Dalam Membentuk “Intelligent Quality”, Pasti Telah Menyediakan
Bidang Akademik Yang Meliputi Pelbaga Mata Pembelajaran Asas Seperti Bahasa
Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Jawi Dan Lain – Lain Lagi.
Pelajar Pasti Juga Akan Didedahkan Dengan Pengajaran Kreatif, Riadah, Nasyid
Dan Rehlah Bagi Melahirkan “Emotional Quality” Mereka Dalam Masa Mereka
Melakukan Aktiviti Ini Bersama Teman Yang Lain. Ini Amat Penting Untuk
Anak-Anak Pra-Sekolah Bagi Persediaan Ke Alam Persekolahan Yang Sebenar.
“Spiritual Quality” Adalah Elemen Terpenting Untuk Membentuk Sakhsiah Dan Peribadi Mulia Anak-Anak. Dengan Alunan Zikir Harian, Hafazan Surah, Maklumat Sirah -Sirah Nabi Dan Praktikal Solat Akan Menjuruskan Anak-Anak Kepada Kelembutan Hati Dan Kekebalan Untuk Tidak Terjerumus Melakukan Maksiat. Ini Sebenarnya Yang Diimpikan Oleh Setiap Ibubapa Iaitu Menginginkan Anak-Anak Yang Soleh Dan Solehah, Cemerlang Di Dunia Dan Cemerlang Di Akhirat.
Dalam Kesempatan Ini, Jabatan PASTI Machang
Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Di Atas Kepercayaan Yang Diberikan Kepada Pihak
Pasti Untuk Mendidik Anak-Anak Tuan/Puan Dan Sesungguhnya Ini Merupakan Amanah
Yang Amat Berat Bagi Semua Warga Kerja Pasti Kawasan Machang.
Bersama
Mendukung Amanah Allah Bagi Melahirkan Generasi Yang Bertaqwa Sekian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar