SELAMAT DATANG

Rabu, 23 Oktober 2013

SEBUAH RUMAH DI DALAM SYURGA

Mahukah kita mendapatkan ganjaran yang besar apabila memasuki pasar, supermarket dan sebagainya? Ganjarannya ialah SEBUAH RUMAH DI DALAM SYURGA. Caranya ialah membaca zikir ini setiap kali memasuki pasar :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ

Ini kerana di dalam sebuah hadis dinyatakan :
عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ فِي السُّوقِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَبَنَى لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Yang bermaksud : Daripada Salim bin Abdullah bin Umar (Al-Khattab) daripada bapanya daripada datuknya : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang membaca ketika berada di kedai :
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
ditulis kepadanya sejuta kebaikan, dihapuskan daripadanya sejuta kesalahan dan dibina kepadanya rumah di dalam syurga. - Hadis riwayat Timrizi. Al-Imam Nasiruddin al-Bani menyatakan hadis ini Hasan (Sahih wa Dhoif al-Jami' al-Saghir)

Tidak kurang para muhaddithin yang mendhaifkan hadis ini berikutan kecacatan di perawi kemudiannya ditambah syak kerana amalan yang kecil meraih pahala yang begitu besar. NAMUN, kedhaifan ini tidak menghalang zikir ini untuk diamalkan apabila berapa di kedai / pasar.

Jom amalkan, semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar