SELAMAT DATANG
Rabu, 15 Oktober 2014
PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (7)
Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan
hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya
semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu
mengerti.”
."MENANG TAPI KALAH" .
Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.
Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.
Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang
Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Rabu, 01 Oktober 2014
Senin, 29 September 2014
PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (6)
Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut
( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat
ALLAH.”
Sabtu, 27 September 2014
PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (5)
Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (4)
Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”
SELAMAT PENGANTIN BARU ; SETIAUSAHA PASTI MACHANG
Pengerusi PASTI Kawasan Machang Muhammad Khairul Menghadiri Majlis Perkahwinan Setiausaha PASTI Kawasan Machang NasIr Ab Rahman
Selasa, 23 September 2014
PERINGATAN : SUNAT BAGI YANG AMBIL BAHAGIAN DALAM IBADAT KORBAN
1 Zulhijjah bersamaan Jumaat ni.
Peringatan brsama:
1Zulhijjah=26/9/2014
Hari Jumaat.
*Khusus kepada yang mengambil bahagian korban
PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (3)
Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih
dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”
PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA (2)
Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari
ALLAH juga.”
Langganan:
Postingan (Atom)









































