Pelajar 4 tahun PASTI As Syakirin, Kg Pek melihat hasil yang diperolehi dan mulai tumbuh,,pada 25hb Februari 2016
SELAMAT DATANG
Selasa, 12 April 2016
PENYERAHAN KERUSI PELAJAR KEPADA PASTI AL BARAKAH, TUALANG KUDUNG
Menyampaikan Sumbangan Kerusi Pelajar Kepada PASTI Al Barakah, Kg Tualang Kudung Oleh Sdr Khairul Khalid (Pengerusi PASTI Kawasan Machang),,,Mana-Mana Pihak Atau Individu Yang Ingin Menghulurkan Sumbangan Bolehlah Hubungi Kami Atau Masukkan Wang Sumbangan Ke Dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 03045010011990 (PASTI Kawasan Machang)
Senin, 11 April 2016
DARI PASTI KE ARGENTINA
Tatkala mendapat berita seorang anak muda tanah melayu mengharumkan nama negara di litar moto3 Argentina, tentunya kita sebagai rakyat berkongsi kegembiraan. Bukan mudah anak melayu untuk bersaing dengan bangsa lain di peringkat antarabangsa.
Namun yang lebih mengujakan bagi saya ialah saat beliau lari dari podium ketika pelumba-pelumba lain meraikan dengan semburan arak. Hampir menitis airmata kebanggaan.
Anak muda ini bukan sahaja mengharumkan nama negara, tetapi nama Islam juga. Umurnya belum mencecah 18 tahun, tetapi sudah tahu halal haram melebihi kebanyakan orang dewasa.
Tentu sekali reaksi spontan beliau adalah hasil didikan yang diatur oleh ibubapanya sejak kecil. Tanpa ilmu agama, masakan beliau sanggup lari dari pentas juara itu disaat sedang kegirangan meraikan kemenangan dengan disaksikan seluruh dunia.
Ibubapa Khairul Idham Pawi sedar kepentingan agama untuk anaknya. Dari kecil lagi, mereka telah menyediakan ilmu agama buat cahaya mata yang dikasihi. Tahukah anda, rupa-rupanya anak muda ini adalah lepasan pelajar PASTI Nurul Iman di Kg Gajah, Perak. Bukan sahaja dia, malah adiknya yang juga pelumba cubprix profesional juga dihantar ke PASTI.
Sebut sahaja PASTI, semua orang tahu inilah antara pusat asuhan kanak-kanak berasaskan Islam paling lama bertapak di Malaysia. Ianya milik parti PAS. Di PASTI, sebelum mumayyiz lagi pelajar sudah diajar kenal tuhan. Mereka sudah dibiasakan dengan al-Quran, dipenuhi dengan hafalan hadis-hadis dan doa serta dididik dengan halal haram yang asas. Maka tidak mustahil reaksi Khairul Idham itu adalah hasil didikan yang diperolehi semenjak PASTI dahulu.
PASTI menjadi bukti, PAS bukan sekadar parti yang memperjuangkan politik. PAS hakikatnya adalah gerakan Islam, yang meletakkan perjuangannya di atas tiga paksi utama iaitu tarbiyah, dakwah dan politik. Cuma nama sahaja 'parti' kerana berdaftar untuk membolehkan gerakan ini memasuki pilihanraya.
Kalaulah matlamat PAS sekadar berpolitik, mustahil ahli PAS sanggup berhabis jutaan ringgit membangunkan PASTI yang wujud di seluruh Malaysia. Apa yang boleh anak 6 tahun ke bawah sumbangkan kepada PAS dalam pilihanraya? Mereka hanya boleh mengundi 15 tahun akan datang. PAS tidak pernah buat akujanji kepada pelajar Pasti, untuk wajib undi PAS apabila mencapai umur 21 nanti.
Yang PASTI berikan kepada mereka hanyalah ilmu agama. Ini kerana PAS juga adalah parti tarbiah dan dakwah. Walaupun merugikan politik, PAS tetap lakukan. Seandainya politik saja yanh dofikir, baik PAS gunakan duit tersebut untuk biayai deposit untuk bertanding di setiap kerusi Parlimen dan Dun.
Alhamdulillah, dengan ketulusan PASTI memdidik manusia mengenal ajaran tuhan, pelajar PASTI kini tidak hanya terdiri dari kalangan anak ahli PAS, malah orang Umno, atas pagar, bukan melayu, bukan Islam serta orang-orang asli di pedalaman hutan turut menghantar anak mereka menerima tarbiah dari PAS.
Walaupun bukan 100% lepasan PASTI berjaya, namun dengan berkat kesungguhan mendidik anak-anak ini, ada alumni PASTI yang sudah bergelar doktor, engineer, peguam, jutawan, atlet, wakil rakyat dan sebagainya. Ini menjadi bukti pusat pendidikan tidak diiktiraf kerajaan juga boleh berjaya.
PASTI diasaskan atas kesedaran dakwah, bukan untuk perniagaan dan mencari untung. Segala pujian saya terhadap PASTI ini tidak dijanjikan sesen pun habuan. Sebaliknya pula, PASTI sentiasa merayu sumbangan untuk menampung kos penubuhan satu demi satu PASTI yang tumbuh merata tempat dek permintaan yang tinggi. Juga untuk meningkatkan taraf PASTI yang telah sedia ada bagi memenuhi kehendak semasa.
Inilah PASTI. Inilah PAS. Maka beruntunglah mereka yang pernah menyumbang untuk perjuangan PAS. Jika benar tercatit di sisi tuhan bahawa apa yang dilakukan oleh Khairul Idham adalah hasil didikan PASTI, semua yang terlibat membantu PAS dan PASTI akan beroleh saham yang sama di akhirat insyaAllah.
Dengan bangganya saya ingin katakan, saya ahli PAS, bekas pelajar PASTI dan kini memilih PASTI untuk anak. Anda pula?
Kepada Khairul Idham Pawi, semoga anda kekal istiqamah mempertahankan jati diri Islam. Anda kini bukan hanya ikon kebanggaan anak muda negara, malah anda juga lambang kebanggaan umat Islam sedunia yang cintakan syariat tuhan.
PENYERAHAN KERUSI MEJA KEPADA PASTI AS SALAM, KG BATU 30
Menyampaikan Sumbangan Kerusi Pelajar Kepada PASTI As Salam, Kg Batu 30 Oleh Sdr Khairul Khalid (Pengerusi PASTI Kawasan Machang),,,Mana-Mana Pihak Atau Individu Yang Ingin Menghulurkan Sumbangan Bolehlah Hubungi Kami Atau Masukkan Wang Sumbangan Ke Dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 03045010011990 (PASTI Kawasan Machang)
PENYERAHAN PERALATAN PEMBELAJARAN KEPADA PASTI AS SYAKIRIN, KG PEK
Menyampaikan Sumbangan Kelengkapan Pengajian Seperti Meja, Kerusi Dan Lain-Lain Lagi Kepada PASTI As Syakirin, Kg Pek Oleh Sdr Khairul Khalid (Pengerusi PASTI Kawasan Machang),,,Mana-Mana Pihak Atau Individu Yang Ingin Menghulurkan Sumbangan Bolehlah Hubungi Kami Atau Masukkan Wang Sumbangan Ke Dalam Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 03045010011990 (PASTI Kawasan Machang)
Rabu, 23 Maret 2016
18 FEBRUARI 2016,,,,PEMANTAUAN SESI PELAJARAN AWAL TAHUN 2016 SERTA PENYAMPAIAN UNIFORM PASTI KEPADA SEMUA PELAJAR PASTI AL FIRDAUS, KG KEDAI PULAI CHONDONG
Pemantauan sesi pelajaran awal tahun 2016 serta penyampaian uniform PASTI kepada semua pelajar PASTI Al Firdaus, Kg Kedai Pulai Chondong Secara Percuma yang disampaikan oleh Sdr Hamzam (Ketua Pemuda Dun Pulai Chondong),.
MENJUAL DIRI KEPADA ALLAH
“Dan sebahagian dari manusia ada yang menjual dirinya kerana mengharapkan keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hambaNya.” (al-Baqarah:207)
Menjual diri kepada Allah ertinya adalah menyerahkan diri secara mutlak kepada Allah,untuk menjunjung agamaNya,menerapkan hukum-hukumNya,mengikuti perintah dan meninggalkan laranganNya.Dia tidak mengharapkan balasan apa-apa selain ingin memperoleh keredhaan Allah.
Orang yang telah menjual diri kepada Allah tidak banyak bermanis mulut.Dapat disimpulkan bahawa menjadi seorang Muslim,belum dikira lengkap kalau hidupnya semata-mata mencari makan, menunaikan solat,menjaga diri agar tidak berbuat dosa dan tidak menganggu orang lain.KeIslaman seperti itu menunjukkan keIslaman yang egoistik,mementingkan diri sendiri.
Menolong agama Allah dan nahi mungkar termasuk salah satu usaha menjual diri kepada Allah.Hal itu terjadi jika dalam hati kita didukung oleh semangat dan ghairah terhadap ajaran Islam.
(Dr Asmaji Muchtar - Seruan dari Mimbar Islam)
18 FEBRUARI 2016,,,,PRA PENAZIRAN DAN PEMANTAUAN SESI PELAJARAN AWAL TAHUN 2016 SERTA PENYAMPAIAN UNIFORM PASTI KEPADA SEMUA PELAJAR PASTI AR RAHMAN, KG BANDAR
Pra penaziran dan pemantauan sesi pelajaran awal tahun 2016 serta penyampaian uniform PASTI kepada semua pelajar PASTI Ar Rahman, Kg Bandar Secara Percuma yang disampaikan oleh Sdr Hamzam (Ketua Pemuda Dun Pulai Chondong),. Penaziran secara rasmi akan diadakan selepas cuti penggal pertama bulan Mac ini.
18 FEBRUARI 2016,,,,PRA PENAZIRAN DAN PEMANTAUAN SESI PELAJARAN AWAL TAHUN 2016 SERTA PENYAMPAIAN UNIFORM PASTI KEPADA SEMUA PELAJAR PASTI AS SOLIHIN, KG BAGAN
Pra penaziran dan pemantauan sesi pelajaran awal tahun 2016 serta penyampaian uniform PASTI kepada semua pelajar PASTI As Solihin, Kg Bagan Secara Percuma yang disampaikan oleh Sdr Hamzam (Ketua Pemuda Dun Pulai Chondong),. Penaziran secara rasmi akan diadakan selepas cuti penggal pertama bulan Mac ini.
INDAHNYA KEIKHLASAN
Imam Hasan al-Banna pernah menyebut :
" Perkara yang paling menjadi kebanggaan Ikhwan adalah al-jundiy al-majhul (tentera yang tidak dikenali), dia mengerah seluruh kekuatannya, menginfaqkan lebih dari apa yang ada di dalam koceknya, mengorbankan waktu- waktunya yang paling berharga. Dia tidak dikenali dan kehilangannya tidak dirasai, dia menjauhkan diri dari kemasyhuran dan cahaya terang, sedikit dia berkata-kata tetapi amalnya rancak, dia beriman bahawa dia punya Allah yang selalu akan mengingatinya. Dari keramaian manusia dia adalah yang terbaik dalam kalangan mereka di dunia dan seisinya, dia cinta akan amal selagi ia ikhlas."
18 FEBRUARI 2016,,,,PRA PENAZIRAN DAN PEMANTAUAN SESI PELAJARAN AWAL TAHUN 2016 SERTA PENYAMPAIAN UNIFORM PASTI KEPADA SEMUA PELAJAR PASTI AT TAQWA, KG BUKIT
Pra penaziran dan pemantauan sesi pelajaran awal tahun 2016 serta penyampaian uniform PASTI kepada semua pelajar PASTI At Taqwa, Kg Bukit Secara Percuma yang disampaikan oleh Sdr Hamzam (Ketua Pemuda Dun Pulai Chondong),. Penaziran secara rasmi akan diadakan selepas cuti penggal pertama bulan Mac ini.
Rabu, 09 Maret 2016
Langganan:
Postingan (Atom)









































