SELAMAT DATANG

Senin, 27 Juli 2015

MOHON SUMBANGAN DAN DERMA UNTUK TABUNG KEBAJIKAN PASTI MACHANG


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT CIKGU SITI FAZILAH AB RASHID (GURU PASTI AL BAROKAH, TUALANG KUDUNG)


Syawal 1436H...Jabatan PASTI Kawasan Machang Mengucapkan Selamat Pengantin Baru Buat Cikgu Siti Fazilah Ab Rashid (Guru PASTI Al Barokah, Tualang Kudung) Dengan Pasangannya Ahmad Abdillah Jusoh. Selamat Menempuh Hidup Baru, Semoga Jadi Keluarga Yang Saqinah, Mawaddah, Warrohmah, Mendapatkan Keturunan Yang Sholeh Serta Sholeha, Diberikan Rezeki Yang Berkat Dan Melimpah, Serta Selalu Didalam Lindungan Serta Kasih Sayang Allah SWT. InsyaAllah

FIKIRLAH DIRI


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT CIKGU NOR HARIAH SUHAIMI (GURU PASTI AL IMAM, KG BELUKAR)

Syawal 1436H...Jabatan PASTI Kawasan Machang Mengucapkan Selamat Pengantin Baru Buat Cikgu Nor Hariah Suhaimi (Guru PASTI Al Imam, Kg Belukar) Dengan Pasangannya. Selamat Menjalani Kehidupan Di Alam Baru, Mudah-Mudahan Allah Memberkati Kalian Berdua, Baik Ketika Senang Maupun Susah Dan Selalu Mengumpulkan Kalian Berdua Pada Kebaikan.

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :


1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
Sahabat sekalian, Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah

Rabu, 15 Juli 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG


Sempena menyambut bulan syawal yang menjelang tiba, saya bagi pihak Jabatan PASTI Kawasan Machang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, maaf zahir dan batin kepada anda semua dan kepada warga perantau yang pulang ke tanah air, berhati-hati ketika memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MACHANG


PEMBERIAN DUIT RAYA KEPADA SEMUA PELAJAR PASTI AL FIRDAUS, KEDAI PULAI CHONDONG




Pemberian duit raya kepada semua pelajar PASTI Al Firdaus, Kedai Pulai Chondong daripada pihak pengurusan PASTI Al Firdaus, Kedai Pulai Chondong serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..MAaf zahir dan batin....

DIJEMPUT SEMUA KE MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT DUN KEMUNING BERTEMPAT DI PERKARANGAN MASJID KUWAIT AYER HIJAU PADA 21/7/2015 BERSAMAAN 5 SYAWAL 1436 HIJRAH




DIJEMPUT TUAN/PUAN KE RUMAH TERBUKA IDUL FITRI DUN TEMANGAN DI KK5/1 KG KAABAH, MACHANG, KELANTAN PADA HARI ISNIN 4 SYAWWAL BERMULA JAM 12 TGH HINGGA 5 PTG.


DIJEMPUT SEMUA KE MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT DUN PULAI CHONDONG BERTEMPAT DI PERKARANGAN MASJID MARKAZ PANGKAL GONG PADA 19/7/2015 BERSAMAAN 3 SYAWAL 1436 HIJRAH



PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA WARGA PENDIDIK PASTI KAWASAN MACHANG DI PASTI AT TARBIYYAH, KG TOK BOK YANG DISAMPAIKAN OLEH KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MACHANG ....10/7/2015