SELAMAT DATANG

Sabtu, 14 Maret 2015

AL QURAN


🎊Selamat pagi semua..dh baca QURAN pagi ni? klu belum baca,silakan baca,sekurang kurangnya sehelai.

QURAN wahyu Allah,panduan Allah kpd kita,cuba kita bayangkan klu kita baca QURAN jarang jarang,bagaimana nak rasa dekat dgn pesanan,teguran,panduan dan amaran Allah ini? 

Klu paper,ada sesetengah org x leh miss baca,risau klu ketinggalan maklumat dll,bagaimana dgn Quran?tak risau ketinggalan pesanan Allah kpd kita?

Alangkah malangnya kita klu sedemikian,kita nak kan keberkatan n segalanya baik dlm hidup seharian?

jom baca QURAN dan maknanya 💫

andai selepas baca QURAN terus dpt hitung betapa banyak pahala n kebaikannya,nescaya kita akn habiskan seharian dgn baca n memahami QURAN !! 

SESI LATIHAN BAGI MENGHADAPI SUKAN PASTI KAWASAN MACHANG 2015








Sebelum Cuaca Panas,,,,Sesi Latihan Bersama PASTI Al Hidayah, Pangkal Changgong...PASTI As Salam, Batu 30...PASTI As Syakirin, Kg Pek...PASTI Nurul Mardiyyah, Berangan Mek Nab Pagi Ini Di Padang PASTI Nurul mardiyyah, Kg Berangan Mek Nab

ILMU


1/3/2015.....JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG MENZIARAHI SUAMI CIKGU RAIHAN MUSA (PASTI AR RAHMAN, KG BANDAR) DI HOSPITAL TANAH MERAH,,YANG TERLIBAT KEMALANGAN BARU - BARU INI



Minggu, 08 Maret 2015

INGAT MATI


Syukur padaMu ya Rabb kerana masih memberiku peluang untuk bernafas di hari ini .. Syukur dengan rahmat yang dikurnia...


“Apabila kita hidup setiap pagi, ingat bahwa Allah menghidupkan kita pagi ini kerana banyak dosa dan Allah beri kesempatan untuk bertaubat kepada Allah kerana esok belum tentu lagi Allah hidupkan kita. ”

[Imam Ghazali.]


MESYUARAT KHAS JABATAN PASTI KAWASAN MACHANG BERTEMPAT DI PASTI AL HIDAYAH, KG PANGKAL CHANGGONG


Mesyuarat Khas Jabatan PASTI Kawasan Machang Bertempat Di PASTI Al Hidayah, Kg Pangkal Changgong Yang Membincangkan Sukan Tahun 2015,,,InsyaAllah Sukan PASTI Kawasan Machang 2015 Akan Diadakan Pada 14hb Mac 2015 (Sabtu) Ini.




MESYUARAT AGUNG JIBG PASTI AS SALAM, KG BATU 30 DAN PENYAMPAIAN UNIFORM PASTI








,Disempurnakan Oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli b. Hj Hassan ( YB Adun Temangan) Dan Turut Hadir Sdr Muhammad Khairul (Pengerusi PASTI Kawasan Machang)

BERBAIK SANGKALAH

Wahai anakku,
Sehebat-hebat matamu, ia terlepas pandang hidung dan mulutmu ketika engkau memandang. Banyak komplikasi dan alasan di sebalik sesuatu yang sulit sering disalah erti kerana matamu.
Oleh itu wahai anakku, janganlah kamu hanya melihat di luar dan terusmu menjadi hakim sedangkan kamu belum mengetahui apa yang sebenarnya…
Wahai anakku,
Jangan kamu berprasangka buruk pada mereka yang sering membayar untuk orang lain. Ia mungkin bukan bererti mereka kaya, tapi hanya kerana mereka lebih menghargai hubungan daripada wang duit.
Wahai anakku,
Janganlah kamu panggil mereka yang bekerja tanpa ada yang menyuruh itu bodoh, kerana mungkin mereka lebih mengerti dan menghargai konsep tanggungjawab.
Wahai anakku,
Janganlah kamu pandang serong mereka yang mendului minta maaf duluan setelah bertengkar. Ini tidak bererti mereka bersalah, tapi kerana mereka lebih menghargai orang lain.
Wahai anakku,
Jangan pula kamu timbul syak pada mereka yang mengulurkan tangan untuk menolongmu. Mereka membantu mungkin bukan kerana mereka merasa berhutang, tapi kerana ikhlas menganggap kamu adalah sahabat.
Wahai anak kesayanganku,
Janganlah pula kamu terasa tersinggung pada mereka yang sering menghubungimu, ia mungkin bukan kerana mereka tidak punya kesibukan, tapi kerana engkau ada di dalam hati mereka.
Berbaik-sangkalah selalu, wahai anakku, sebagaimana Rasulullah pun mengingatkan kita, "Janganlah seseorang diantara kamu meninggal dunia kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah" (HR. Muslim)

Selasa, 03 Maret 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PASCA BANJIR DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA DI SYABAB POINT KOTA BHARU






IJTIMA’ ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH KALI KE-3 (2015)



TENTATIF PROGRAM

# 19 Mac 2015 ( Khamis )

10:00 am : Pendaftaran Ijtima’

07:15 pm : Solat Maghrib
: Solat Hajat
: Kuliah Maghrib oleh Pimpinan Gerakan Islam.
: Solat Isya`

09.00 pm : Program Pra Ijtima`
: Ucapan Pelancaran ‘Gema Tadahan Wahyu’ oleh :
YAB Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yakob (Menteri Besar Kelantan)
: Selawat Pembukaan ( Soutul Amal & Seedrain )
: Pelancaran Lagu Tema Ijtima’. (Soutul Amal)
: Persembahan Artis Jemputan GAZA (Abd Fatah Owainat)

10.15 pm : Bicara Tadahan Wahyu Bersama
1. Dato’ Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man
2. Ustaz Azhar Idrus
3. IM Fakhrurazi (Moderator)
: Kutipan Derma & Pelancaran Pertandingan Fotografi Ijima’ dilancarkan Oleh Ustaz Azhar Idrus
: Pengumuman dan Penyampaian Hadiah Pemenang Bertuah

11.50 pm : Bacaan Asma Al-husna

12.00 am : Bersurai

20 Mac 2015 ( Jumaat )

06:00 am : Solat Subuh
: Kuliah Subuh Oleh YB Dato’ Mohd Nassuruddin bin Haji Daud

08.45 am : Majlis Perasmian Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke 3
: Ketibaan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
: Pemeriksaan Pembarisan Jabatan Amal Malaysia
: Alunan Lagu Amal dan Menaikkan Bendera Unit Amal
: Mengumumkan Ketibaan Tuan Guru Presiden Ke Pentas Utama
: Alunan ayat Suci Al-Quran oleh Ustaz Haji Tarmizi Ali
: Lagu Negaraku Dan Lagu Tema Ijtima’ Oleh Soutul Amal
: Ucapan Pengerusi JK Induk Ijtima’ : Dato’ Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man
: Ucapan Aluan oleh Sheikh Rashid Al-Ghannousi
( An-Nahdah Tunisia )
: Rakaman Ucapan Oleh : Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi ( Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia )
: Ucapan Perasmian Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
(Naib Ketua kesatuan Ulama Islam Sedunia Merangkap Presiden PAS)


12.00 pm : Lawatan ke Tapak Pameran dan Expo
Jamuan Tetamu

01:15 pm : Khutbah di masjid-masjid pilihan oleh pimpinan gerakan Islam

02:30 pm : ( Pentas Utama )
: Persembahan Kalam Jamaie 3 bahasa.
: Ekspresi anak muda : Solidariti buat Palestin.
: Pentas Muslimat bersama Pemimpin Muslimat Gerakan Islam
Antarabangsa.
1) Ibu Illiza Sa`aduddin Djamal ( Wali Kota Banda Acheh )
2) Pimpinan Muslimat Partai PKS, Indonesia
3) YB Siti Zailah Mohd Yusuf ( Ketua DMPP )

02:30 pm : ( Di Pantai Rusila )
: Pertandingan memanah anjuran Pemuda PAS.
: Pertunjukan Jet Ski

04:30 pm : Solat Asar
: Tazkirah Asar oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia.

05:00 pm : ( Pentas Utama )
: Pertandingan Pidato Pemuda Islam SeMalaysia.

05:00 pm : ( Dewan Banat )
: Pertandingan anjuran Muslimat.
1. Pertandingan Gubahan Kreatif.
2. Pertandingan Anyaman Antarabangsa.
3. Pertandingan Deco Kek Antarabangsa
4. Pertandingan Mewarna kanak kanak.
5. Xplorace

07:15 pm : Solat Maghrib
: Kuliah Maghrib oleh Pimpinan Gerakan Islam Asia.
: Solat Isya`

09.00 pm : Persembahan Byhaq : Persembahan Nasyid Antarabangsa.

09.45 pm : Pidato oleh PIMPINAN Gerakan Islam Antarabangsa

12.00 am : Bersurai

# 21 Mac 2015 (Sabtu )

05:00 am : Qiamullail
: Solat Subuh
: Kuliah Subuh oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia.

08:00 am : Talaqqi Kitab bersama Ulama Islam Tersohor Dunia

09:00 am : Pidato Pimpinan Gerakan Islam Sedunia

02:30 pm : Talk Show bersama keluarga Syuhada dari Palestin, Syiria dan Mesir.
: Persembahan Kanak kanak Palestin.

04:30 pm : Solat Asar
: Tazkirah oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia.

05:00 pm : 1. Pentomen “ Pilu Di Seluruh Dunia Islam “
: 2. Ceramah Khas oleh Penceramah Cilik dari Indonesia.

07:15 pm : Solat Maghrib
: Kuliah Maghrib Oleh Pimpinan Gerakan Islam Dunia
: Solat Isya`

09:00 pm : Persembahan Qasidah
: Pidato Kemuncak oleh :
1. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
2. Pemimpin Gerakan Islam Dunia

12.00 am : Bersurai

# 22 Mac 2015 (Ahad )

Seminar Tertutup untuk tetamu jemputan sahaja.

PROGRAM GOTONG ROYONG MENGECAT DI PASTI AL BARAKAH, KG TUALANG KUDUNG BERSAMA PEMUDA PAS DUN PULAI CHONDONG






AL KISAH POKOK BALAK

Di dalam satu kawasan lapang, jauh di dalam hutan, para pokok sedang mengadakan mesyuarat subuh.
“Binatang-binatang semua datang berehat dan berteduh di bawah kita tapi mereka sering meninggalkan kekotoran,” kata Cengal, salah sebatang pokok. “Bau itu kadang-kalanya tidak dapat di tahan.”
“Mereka tidak mempedulikan perasaan kita sebab kita tak bersuara,” kata Meranti, pokok yang berjiran dengan dengan Cengal.
“Aku dah tak tahan. Dah cukup! Aku dah buat keputusan untuk menghalau semua binatang yang datang ke tempat kita.”
“Tapi itu mungkin satu tindakan yang kurang bijak,” kata Ramin, pokok tertua dan terbesar di antara mereka.
“Binatang itu mungkin membawa sikit masalah pada kita, aku setuju, tapi mereka ada kebaikan juga. Semua benda di dunia ini saling bergantung - pokok, binatang dan manusia,” tambahnya lagi.
“Maafkan saya,” kata Meranti. “Saya amat menghormati pandangan Tuan, tapi dalam hal ini saya tidak akan mendengar kata-kata sesiapa. Saya tidak akan membenarkan sebarang binatang datang ke sini lagi.”
Meranti melakukan apa yang dijanjinya. Apabila seekor kucing hutan datang berteduh, Meranti menggoyangkan batangnya dengan ganas kiri-kanan sehingga kucing hutan tersebut lari ketakutan. Meranti menakutkan semua binatang
yang datang pada hari itu dan hari-hari seterusnya.
Setelah beberapa ketika, tiadalah lagi binatang yang datang mendekati kawasan lapang tersebut.
Satu hari, dua pemotong balak datang ke kawasan lapang tersebut. “Manusia!” jerit Meranti . “Mengapa mereka datang? Mereka tak pernah berani datang sini.”
“Jika mereka tidak pernah datang sebelum ini, ini adalah kerana mereka takut pada binatang buas yang sering berteduh di sini,” kata Ramin .
“Sekarang kucing hutan, harimau semua tiada maka manusia tiba-tiba menjadi berani untuk datang ke sini. Aku dah bagitahu jangan halau sahabat-sahabat kita tu. Kita semua tumbuh tinggi ini pun sedikit sebanyak kerana zat dalam najis mereka juga,” kata Ramin dengan kesal.
Meranti mula menggigil - tapi bukan tak bersebab. Meranti adalah pokok pertama pilihan pemotong kayu balak untuk ditebangkan…
Wahai anakku,
Janganlah engkau selalu pandang pada kelemahan orang lain seperti najis yang ditinggalkan binatang seperti cerita yang dinukilkan di atas.
Ingatlah pada kebaikan yang dibawa orang lain selama ini pada kamu, walaupun sedikit ataupun secara tidak langsung. Janganlah menjadi seperti pokok Meranti yang tidak mengerti ketenangan hasil daripada kehadiran binatang-binatang liar yang menakutkan manusia.
Wahai anakku,
Susah-susah kamu mengasingkan orang-orang yang tidak disukaimu dan hanya mengekalkan orang-orang yang disukaimu di sisimu di dalam kehidupan seharianmu, lebih baik jika engkau belajar melihat kebaikan daripada membiarkan mata kamu fokus pada keburukan pada orang-orang di sekelilingmu.
Dengan ini, semua orang boleh menjadi orang-orang yang disukaimu dan hatimu lega kerana tidak perlu dihuni perasaan benci.

MESYUARAT AGUNG JIBG PASTI KAABAH, KG KAABAH DAN PENYAMPAIAN UNIFORM PASTI ,,DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO' DR MOHAMED FADZLI B. HJ HASSAN


PERTEGUHKAN... PERKUKUH UKHUWWAH UNTUK KEBAIKAN JEMAAH