SELAMAT DATANG

Senin, 15 September 2014

JAWATAN KOSONG,,,SEGERA


ANUGERAH 3K PASTI TERBAIK KAWASAN MACHANG


PASTI DARUL HUSAINI, KG KEPAS MENERIMA ANUGERAH 3K PASTI TERBAIK KAWASAN MACHANG SEMPENA MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN MACHANG KALI KE 60 PADA 12/7/2014 (SABTU), DI MADU

PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI 1435 KEPADA GURU PASTI MACHANG

















MAJLIS TADARUS DAN BERBUKA PUASA DI PASTI AS SOLIHIN, KG BAGAN






HP PUNYA PASAL???!

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:

Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.

Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang tasbih.

Kami lebih banyak baca sms dripda baca Al Quran

Kami lebih sering menelefon dripda Silaturahim.

Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud.

Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini.
Dan semoga HP yg kami miliki ini dpt digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.

Amin....

Kata guru:

Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...

Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...

Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...

Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..

Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..

Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

[Teguran ini menyusuk sungguh..]
Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal xdop benda pon.. ats alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpd-Nya..

PEMANTAUAN SOLAT DHUHA DAN TADARUS DI BULAN RAMADHAN BERTEMPAT DI PASTI AS SALAM, KG BATU 30,,,3/7/2014







Ust Ahmad Syihan Ismail (Wakil Jabatan PASTI Kawasan Machang) mengimamkan solat sunat Dhuha di Pasti As Salam,Batu 30 bersama pelajar As Salam, Batu 30


PEMANTAUAN SOLAT DHUHA DAN TADARUS DI BULAN RAMADHAN BERTEMPAT DI PASTI AT TAQWA, KG BUKIT,,,1/7/2014









AL QURAN DAN AS SUNNAH


PEMANTAUAN SOLAT DHUHA DAN TADARUS DI BULAN RAMADHAN BERTEMPAT DI PASTI AL JIHAD, KG BAKAT




PEMANTAUAN SOLAT DHUHA DAN TADARUS DI BULAN RAMADHAN BERTEMPAT DI PASTI AL FIRDAUS, KEDAI PULAI CHONDONG,,,30/6/2014




AL KISAH SECAWAN TEH

Abah saya seorang yang garang dan tegas. Umi tak pernah berani melawan kata-kata abah.

Segala yang abah kata akan dituruti. Sebagai anak sulung kepada tiga adik-beradik, saya sentiasa dimarahi abah tatkala melakukan kesalahan dan terlupa waktu sembahyang atau tergesa-gesa untuk solat tatkala terlupa waktu ketika bermain dengan jiran-jiran.

Pada satu hari, saya balik bermain bola selepas waktu maghrib. Jam saya rosak akibat hujan rosak.

Sesudah sampai rumah, abah menunggu dengan rotan. Saya mengigil setiap kali melihat abah memegang rotan.

Umi pula tidak berani melakukan apa-apa. Matanya bergenang dengan air ingin menyelamatkan anaknya daripada sebatan abahnya, tapi tidak terdaya.

Setelah meronta disebat dua-tiga kali oleh abah, saya bergegas mengambil air sembahyang dan solat.

“Jangan solat express, kerana di depanmu tu Tuhanmu,” kata abah dengan tegas dan garang.

Begitu juga setiap kali saya mendapat keputusan peperiksaan yang tidak mencapai standard abah, saya akan ditekan dan dimarahi abah.

Adik-adik yang terlihat peristiwa itu akan cepat-cepat balik ke bilik belajar kerana takut perkara yang sama menimpa mereka.

Satu hari, abah perlu ke luar negara selama seminggu.

Masa itu juga cuti sekolah, hanya tinggal umi dengan anak-anaknya.

“Umi, abah tak sayang Mi ke? Mengapa abah selalu tegas sangat pada Mi?” tanya saya.

“Mi tak boleh sangka begitu pada abah. Abah paling sayang kat Mi, sebab itu juga paling garang kat Mi, kerana Mi anak sulung, anak kebanggaan abah. Abah nak Mi jadi contoh pada adik-adik. Asal Mi baik, adik-adik pun akan jadi baik. Umi suka manjakan Mi dan adik-adik, sebab itu abah perlu tegas, kalau tidak, rosaklah Mi dan adik-adik,” jawab Umi.

“Kalau begitu, Mi tak nak abah sayang paling banyak. Abah boleh sayang adik. Mi rela kurang sayang daripada lebih marah. Umi sayang abah ke? Umi selalu nampak takut pada abah,” tanya saya lagi.

“Jangan fikir begitu Mi. Umi sayang kat abah. Banyak benda yang Mi tak nampak masa ini. Jangan fikir bukan-bukan. Masa krisis baru boleh menilai seseorang, waktu biasa kita tak nampak,” jawab Umi.

Masuk hari keempat, Umi dan saya tersilap makan. Kami dihantar jiran masuk ke klinik, dan kemudian dihantar pulang untuk berehat di rumah. Kami tidak memaklumkan pada abah.

Tetiba, abah muncul di rumah pada keesokan pagi. Muka abah letih, penat dan tidak cukup tidur.

Abah terus ke kamar umi dan membelai kepala umi.

“Sakit lagi ke?” tanya abah. Umi meminta secawan teh panas. Abah terus ke dapur untuk membuatkan teh panas. 

Sebelum tiba ke dapur, abah masuk ke bilik saya menjenguk anak sulungnya.

“Mi rasa macam mana?” kata abah sambil membelai perut saya.

Melihat wajahku yang pucat, mata abah menjadi merah, “Abah sayang Mi. Mi akan sembuh. Jangan bimbang abah ada di rumah.”

Kata-kata abah menusuk jiwa. Terasa abah memang menyayangi saya.

Abah terus ke dapur dan kembali membaca dua cawan teh panas untuk umi dan saya.

Selepas abah menyuapkan teh menggunakan sudu kecil untuk umi, abah datang melakukan perkara yang sama pada saya.

Abah dengan penuh sabar meniup dan menyuapkan habis secawan teh pada saya. 

“Mi rasa selesa sikit? Nak lagi teh ke?” tanya abah. Saya hanya mampu menggeleng kepala.

“Umi nak makan bubur ayam, Mi nak bubur?” tanya abah dan saya mengangguk.

Selepas umi dan saya sembuh, segalanya kembali seperti biasa. Abah balik menjadi abah yang tegas.

Satu hari saya dirotan lagi oleh abah.

Umi datang membisik…

“Ingat masa Mi sakit, siapa yang paling sakit sebenarnya? Abah. Masa umi sakit pun, abah sebenarnya yang paling sakit. Bila pernah Mi jumpa abah buat teh? Cawan teh dan bubur itulah tanda kesayangan abah. Sekarang fikir pula, Mi kena rotan sakit, siapa sebenarnya yang paling sakit?” kata umi.

Wahai anakku,

Kadangkala aku terpaksa tegas padamu, bukan kerana aku membencimu, tapi terlalu sayang padamu dan takutmu terjatuh dan tergelincir dalam kehidupanmu. Aku terlalu ingin memanjamu, tapi aku terlalu bimbang aku menjadi terlalu sayang sehingga tidak lagi dapat menegurmu walaupun kamu tersilap. Setelah kamu mempunyai anak, kamu akan faham dan dapat melihat kesayangan dan air mata yang mengalir ke hati di sebalik setiap kata-kata marah dan rotanku.

PERJUMPAAN GURU PASTI KAWASAN MACHANG PADA 29HB JUN 2014 DI PASTI AL JIHAD






CAKNO RAKYAT UPU BATU 30


Pelajar PASTI As Salam, Kg Batu 30 Menyertai Acara Pertandingan Mewarna Sempena Program Cakno Rakyat UPU Batu 30,,Pada 21-6-2014