SELAMAT DATANG

Sabtu, 05 April 2014

PROGRAM MEWARNA, KOLAJ DAN SIAPKAN BUKU SKRAP PELAJAR PASTI PERINGKAT DUN PULAI CHONDONG DI BUKIT BELAH MACHANG











SOLAT SUNAT DHUHA OLEH PELAJAR PASTI DUN PULAI CHONDONG YANG DIIMAMNI OLEH BENDAHARI PASTI KAWASAN MACHANG (SDR AFZAN ARIF)










ALKISAH SEGELAS AIR….

Ustaz Zul memulakan kelas agamanya dengan mengangkat secawan air gelas berisi air di dalamnya.

“Kalian, agaknya berapa berat air di dalam gelas ini?”

“200 gram… 300 gram…. Setengah kilo,” jawab para pendengar kuliah mingguan beliau.

“Hebatlah kalian…. Ana sendiri tak tahu melainkan ana pergi timbang,” sindir Ustaz Zul.

“Tapi soalan ana yang sebenar ialah, apa yang akan berlaku jika ana mengangkat gelas ini sedemikian untuk beberapa minit…” tanya Ustaz Zul.

“Tak ada apa yang berlaku,” jawab hadirin kuliah.

“Ok. Apa yang akan berlaku sekiranya ana pegang atas sebegini untuk sejam?” tanya Ustaz Zul lagi sambil memegang gelas itu tinggi di atas.

“Lengan tangan ustaz akan lenguh,” jawab satu hadirin kuliah.

“Pandai. Betul tu. Jikalau ana nak teruskan mengangkat gelas ini untuk sehari….” Ustaz Zul mengusik hadirin lagi.

“Tangan ustaz akan kebas, otot lengan akan stress, mungkin lumpuh dan kena ke hospital doh ini ustaz. Pasti!” jawab seorang hadirin sambil tergelak.

“Bagus! Bagus! Tapi semasa ini berlaku, adakah berat gelas ini berubah?” tanya Ustaz Zul…

“Tak ustaz,” jawab hadirin.

“Jadi apa yang menyebabkan lengan sakit dan otot stress?” tanya Ustaz Zul lagi.

Semua hadirin terdiam… masing-masing tidak dapat menjawab….

Ustaz Zul tetiba bertanya lagi, “Jadi apakah yang perlu ana lakukan untuk hilangkan kesakitan tangan?”

“Letak saja gelas tu ustaz. Mudah dan selesai semua perkara,” jerit satu hadirin.

“Tepat sekali!!” jawab Ustaz Zul sambil menyambung…. 

“Begitu juga dengan masalah dalam kehidupan. Ambil untuk beberapa minit dalam kepala, rasanya ok tak sakit. Fikirkannya untuk masa yang lama, akan timbul pelbagai sakit seperti lengan tangan tadi. Pegang lagi masalah itu, ia akan lumpuhkan hidup enta semua. Enta tak akan dapat melakukan apa-apa.”

Wahai anakku,
Aku tidak menafikan bahawa ia adalah penting untuk memikirkan penyelesaian kepada cabaran dalam hidup, tapi ingatlah anak kesayanganku, yang lebih penting ialah belajarlah untuk meletakkan gelas air tersebut setiap hari sebelum tidur. 

Tapi, janganlah kamu terlalu memikirkannya sehingga mengganggu keseluruhan hidupmu. Letakkan gelas air itu sebelum tidur nescaya kamu tidak akan terasa stress, murung dan boleh cergas bangun di subuh besok untuk menghadapi cabaran sementara di dunia ini di samping mencari keredhaan Allah.

JAMUAN TEH SAMBIL MENDERMA DI DEWAN MAJLIS DAERAH MACHANG,,,,03/03/2014








UCAPAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS MACHANG SERTA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PELAJAR PASTI DI DUN KEMUNING BERTEMPAT DI DEWAN MAJLIS DAERAH MACHANG,,,03/03/2014








AKTIVITI MEWARNA, KOLAJ DAN BUKU SKRAP PELAJAR PASTI DUN KEMUNING DI DEWAN MAJLIS DAERAH MACHANG,,,03/03/2014








JIKA ANDA TIDAK BOLEH MENJADI PENULIS YANG MEMBERI MANFAAT, JADILAH PEMBACA YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN.


JAMUAN TEH SAMBIL MENDERMA PASTI KAWASAN MACHANG


PENGISIAN WAKTU REHAT,,,MENONTON CD HADI DAN HUDA,,,DI PASTI AT TARBIYYAH KG RENGAS, TOK BOK MACHANG





GOTONG ROYONG DI PASTI AL JIHAD, KG BAKAT (PASTI YANG BAKAL DIDUDUKI) ,,,,21HB FEBRUARI 2014





Sabtu, 08 Maret 2014

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN


KEJAYAAN,,


DUIT,,?

Nama aku DUIT, kadang org panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi. (Sape tak baca rugi, dan sila share dgn kenalan anda) 

Rupa aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku. 
Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana manusia mengidolakan aku. 

Ramai orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan, memutuskan persaudaraan, menjual maruah, malahanmeninggalkan keyakinan imannya, demi aku!

Aku tak mengerti perbezaan orang senang dgn orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat, menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.

Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.

Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku. Sangat jelas juga aku bukan tuhan, tapi manusia menyembah aku seperti tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali kita diingatkan supaya jgn sesekali menjadi hamba duit.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun tetapi ramai orang yang rela mati demi aku.

Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat tetapi aku tidak mampu untuk memanjang kan jangka hayat hidup seseorang.

Sedarkah anda, aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan keberkatanNya.

Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam. Walhal, tidakkah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.

Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu. Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya.

Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.

Yang benar,

Duit..