SELAMAT DATANG
Rabu, 31 Desember 2014
Senin, 29 Desember 2014
NASIHAT UNTUK MANGSA BANJIR
Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.
Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV , peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.
Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.
Apa harus anda buat ......
1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.
2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.
JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL
3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.
4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.
5. Pasangkan balik back cover atau penutup.
6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.
YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.
Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.
Mudah2an kita membantu ......
PENGUMUMAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN PASTI TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
KENYATAAN MEDIA
PASTI MALAYSIA
PASTI MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN
SESI PERSEKOLAHAN PASTI TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
SESI PERSEKOLAHAN PASTI TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Banyak negeri di Malaysia kini dilanda musibah banjir yang agak luar biasa, khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Banyak PASTI dibeberapa buah negeri masih ditenggelami air dan sebahagiannya pula rosak teruk.
Sehubungan itu, PASTI Malaysia menangguhkan permulaan sesi persekolahan PASTI di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat bersesuaian dengan penangguhan permulaan sesi persekolahan sekolah-sekolah awam di Malaysia.
PASTI Malaysia menyeru rakyat Malaysia agar sama-sama berdoa dan menghulurkan sumbangan serta bantuan untuk mangsa-mangsa musibah banjir.
Terima kasih.
Ketua Pengarah
PASTI Malaysia
PASTI Malaysia
Selasa, 23 Desember 2014
Senin, 22 Desember 2014
AYUH KITA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN!!!
"Barangsiapa memberi kemudahan kepada orang didalam kesulitan, maka Allah akan memudahkan dia di dunia dan akhirat"(hadith sahih)
AL KISAH SEBUAH PERAHU
Sekumpulan anak muda sedang mencari kegembiraan. Namun, yang mendatang adalah masalah, kebimbangan dan juga kesengsaraan.
Kebuntuan, sekumpulan anak muda ini mencari Ustaz Aziz.
“Wahai tuan guru, di manakah kami dapat mencari kegembiraan?”
Lantas Ustaz Aziz pun menjawab, “Kamu semua bantu ana buat sebuah perahu dahulu.”
Sekumpulan anak muda pun pergi mencari bahan-bahan membuat sebuah perahu.
Untuk 49 sehari, anak-anak muda ini berjaya menukar sebatang balak menjadi sebuah perahu.
Akhirnya, perahu ditolak ke sungai dan menjemput Ustaz Aziz untuk mencubanya.
Sambil mereka berdayung, mereka menyanyi-nyanyi di atas perahu bersama Ustaz Aziz.
“Gembirakah kamu semua?” tanya Ustaz Aziz.
“Sangat gembira!” jawab sekumpulan anak muda itu.
“Itulah kegembiraan. Ia selalu datang mengetuk tatkala kamu sibuk melakukan sesuatu dengan sepenuh hati,” kata Ustaz Aziz.

(BANJIR)....TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA MAYBANK : 5640 2540 0100
Bantuan kepada mangsa banjir masih diperlukan di seluruh negeri Kelantan
. Terutamanya di Rantau Panjang.. Bantuan yg sgt diperlukan adalah makanan, air bersih, lilin bg keperluan mlm hari (bekalan letrik terputus) keperluan asas (tikar dll), peralatan kebersihan dll..
. Terutamanya di Rantau Panjang.. Bantuan yg sgt diperlukan adalah makanan, air bersih, lilin bg keperluan mlm hari (bekalan letrik terputus) keperluan asas (tikar dll), peralatan kebersihan dll..
BANJIR DAN BANTUAN DI KAWASAN MACHANG
Jabatan PASTI Kawasan Machang mengharapkan agar mangsa banjir dapat bersabar di atas ujian Allah ini dan yakinlah bahawa setiap ujian serta musibah itu adalah cara Allah mengangkat martabat hambaNya. Berhati-hatilah dimusim ini dengan menjaga anak-anak kecil sebaiknya termasuk memaklumkan dalam kadar segera kepada pihak berwajib jika berlaku apa jua kemalangan jiwa.
Selasa, 16 Desember 2014
Minggu, 14 Desember 2014
TAZKIRAH 15/12/2014
Apabila kita perhatikan manusia, kita akan menemukan 4 model ini:
1. Orang yang taat dan hidupnya bahagia.
2. Orang yang taat tapi hidupnya susah.
3. Orang yang ahli maksiat tapi hidupnya bahagia.
4. Orang yang ahli maksiat dan hidupnya sengsara.
2. Orang yang taat tapi hidupnya susah.
3. Orang yang ahli maksiat tapi hidupnya bahagia.
4. Orang yang ahli maksiat dan hidupnya sengsara.
Bila anda berada pada nombor satu, itu hal biasa, karena Allah berfirman:
«مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ»
"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan". (An Nahl: 97)
Bila anda berada pada nombor 4, ini juga hal biasa. Karena Allah mengatakan:
«وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى»
"Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Thaha: 124)
Adapun bila anda berada pada nombor 2, ini barangkali ada dua kemungkinan:
- Boleh jadi Allah mencintaimu dan Dia ingin menguji kesabaranmu, kemudian mengangkat derajatmu. Seperti firman Allah:
«وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَ بَشِّرِ الصَّابِرِينَ »
"Dan sunnguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (Al Baqarah: 155)
- Boleh jadi juga di dalam ketaatan anda ada cela dan dosa yang tidak anda sedari hingga anda terus menunda-nunda untuk bertaubat. Untuk itu Allah menguji anda supaya anda kembali kepada-Nya. Allah berfirman:
«وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ»
"Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)". (As Sajdah: 21)
Namun bila anda berada pada nombor 3, berhati-hatilah! Karena barangkali itu adalah istidraj.
Ini adalah posisi terjelek yang dihadapi oleh seorang manusia dan akibatnya sangat mengerikan. Azab dari Allah pasti datang jika anda tidak mengambil pelajaran dan taubat sebelum nasi berubah menjadi kerak.

Allah berfirman:
«فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ»
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami-pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa". (Al An'am: 44)
Allah berfirman:
(وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين)
"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman". (Adz Dzariyat: 55)
Petikan ucapan TG Abdul Hadi Awang, di Perhimpunan Ulama Jamaati Islami, Lahore, Pakistan.
Rabu, 10 Desember 2014
Selasa, 09 Desember 2014
AL KISAH PERTANDINGAN MELOMPAT
Apabila ada sekumpulan katak menganjurkan pertandingan melompat. Syarat pertandingannya mudah, siapa yang dapat melompat ke menara tertinggi dikira sebagai pemenang.
Banyak katak yang datang menyaksikan pertandingan tersebut. Antara peserta pertandingan itu ialah seekor katak kecil.
“Ini terlalu susah bagi para peserta. Mesti mereka tak akan berjaya. Menara itu terlalu tinggi,” bisik hadiran yang ada.
Ramai peserta katak yang kedengaran kata-kata itu mula tawar hati setelah letih mencuba.
“Mana mungkin dapat naik ke menara. Katak dewasa pun tak dapat,” bisik hadiran yang datang lagi.
Akhirnya, semua katak lain menarik diri dari perlumbaan kerana hilang semangat. Cuma katak kecil yang tidak berputus asa yang berjaya sampai di menara.
Semua katak ingin mengetahui apa rahsia si katak kecil tersebut untuk tidak berputus asa.
Selepas beberapa kali bertanya, barulah mereka sedar bahawa si katak kecil rupa-rupanya pekak!
Wahai anakku,
Jangan selalu mendengar kata-kata daripada mereka yang negatif dan pesimis, kerana mereka akan menghancurkan impian dan harapan kamu yang terbaik.

Langganan:
Postingan (Atom)