SELAMAT DATANG

Selasa, 31 Desember 2013

DI PASTI AR RAWI, KG PALOH RAWA


Pengerusi PASTI Kawasan Machang (Muhd Khairul Che Khalid) Bersama Ajk PASTI, Guru – Guru Dan Pelajar Baru Tahun 2014 PASTI Ar Rawi Paloh Rawa Di Majlis Penyampaian Beg Sekolah Kepada Pelajar PASTI Ar Rawi, Kg Paloh Rawa

ALKISAH ROTI TERBAKAR

Ketika Safwan masih seorang budak, ibunya selalu menyediakan sarapan baginya dan bapa sebelum Safwan ke sekolah dan mereka pergi bekerja.

Satu hari mak terbangun lewat, dan ketika tergesa-gesa menyediakan roti bakar, roti terlebih hangus.

Safwan melihat roti yang hitam itu terus kehilangan selera. Akan tetapi, bapanya terus mengambil roti tersebut lalu menyapunya dengan jem dan mentega dan terus makan.

Bapanya senyum pada ibu Safwan ketika makan roti tersebut. Roti yang Safwan tidak makan juga dihabiskan oleh bapanya.

“Maaf bang. Roti terbakar hari ini,” kata ibu Safwan pada bapanya.

“Yang, abang suka roti terbakar itu. Senyum,” jawab bapanya.

Ketika bapa menghantar Safwan ke sekolah, Safwan bertanya: “Betul ke abah suka makan roti yang hitam bakar yang mak buat tadi?”

Bapa meletakkan tangan di bahu Safwan sambil menepuk: “Mak dah buat yang terbaik. Malam semalam mak tak tidur dengan baik kerana sakit kepala. Lagipun, roti yang terbakar itu tak menyakitkan sesiapa kalau dimakan.”

Wahai anakku,
Hidup ini penuh dengan ketidak sempurnaan termasuklah juga manusia. Kamu bukanlah manusia terbaik. Aku juga sama. 

Aku juga kadang-kala tidak mengingati harijadi mahupun ulangtahun seperti orang lain. Aku juga akan tersilap berkata-kata. Tapi aku telah belajar menerima kelemahan orang lain – dan meraikan persamaan yang ada.

Dan inilah kunci untuk membina hubungan keluarga dan sahabat secara sihat dan berpanjangan.

Wahai anakku,
Terima kasih dan maaf atas segalanya. Semoga hubungan berkekalan. 

SESI PENDAFTARAN PELAJAR BARU TAHUN 2014 DAN PENYAMAPAIAN BEG SEKOLAH KEPADA PASTI AR RAWI, KG PALOH RAWA OLEH PENGERUSI PASTI KAWASAN MACHANG (SDR MUHD KHAIRUL CHE KHALID)










Senin, 30 Desember 2013

MAKLUMAT PASTI DI DUN KEMUNING


UNTUK RENUNGAN BERSAMA


Kegembiraan akan mengetuk pintu hatimu tanpa hitungan.

Cukup hanya dengan bersangka baik kepada Allah maha penganugerah.

MAKLUMAT PASTI DI DUN TEMANGAN


DI PENGHUJUNG TAHUN 2013

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan. 

Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"

Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ".

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi.

Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya cuma mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"

Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2013 untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun 2014.

Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!

MAKLUMAT PASTI DI DUN PULAI CHONDONG


PENDAFTARAN PELAJAR BARU TAHUN 2014, PASTI MASJID BATU KEDAI PULAI CHONDONG


PESANAN UNTUK ANAKKU

Wahai anakku,

Sikap suka membanding ialah pencuri kegembiraanmu.
Sikap suka menang ialah pencuri tawaddukmu.
Sikap suka selalu betul ialah pencuri ilmumu.
Sikap suka termenung ialah pencuri kejayaanmu.
Sikap suka mengumpat ialah pencuri sangka baikmu.
Sikap tidak serius pada suruhan Tuhanmu ialah pencuri imanmu.
Sikap malas membaca ialah pencuri kematanganmu.
Sikap tak suka share benda yang berilmiah ialah pencuri kemurahan hatimu.

Senyum. Salam sayang dari ayahandamu.

ORANG BERAKAL ITU 4 GOLONGAN


Orang yg meninggalkan dunia sebelum ditinggalkan.

Orang yang membina kubur sebelum memasukinya.

Orang yang meredhai tuhan sebelum mengadapnya.

Orang yang solat sebelum disolatkan.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU TAHUN 2014,,,PASTI AL IMAM KG BELUKAR (SEBELAH UITM MACHANG)


Sabtu, 28 Desember 2013

AKU TELAH DILAMAR


RAYUAN SUMBANGAN PEMBANGUNAN PASTI KAWASAN MACHANG

1.Syukur kepada Allah,tuhan yang menjadikan seluruh alam. Dengan penuh hormat, sempena awal tahun 2014 yang bakal menjelma. Jawatankuasa Pasti Kawasan Machang, ingin merayu dan membuka peluang kepada YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan membuat amal jariah bagi membantu pembangunan pasti-pasti di sekitar Machang yang mempunyai 18 cawangan dan mempunyai hampir 700 orang pelajar.

2. Untuk makluman, YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan, kami amat berbesar hati menerima sumbangan kewangan @ pelbagai bantuan peralatan sekolah dan juga makanan (beras,roti,biskut,susu,gula,milo dll)

3. Segala sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah di salurkan ke BIMB :-
PASTI KAWASAN MACHANG :-
03045010011990

Atau menghubungi saya..khairul (010-5417841)

4.Sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan hulurkan, kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh sebagaimana Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud 'Apabila mati seseorang manusia terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan doa anak yang soleh'. Hadis Riwayat Al-Imam Muslim

Sekian,terima kasih.

(MUHAMMAD KHAIRUL B. CHE KHALID)
Pengerusi
Jabatan Pasti Kawasan Machang
26 Disember 2013

LAWATAN KE PASTI DARUL QARAR, LABOK PADA 27HB DISEMBER 2013





KISAH PAKCIK JUAL LAKSA BERAS

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.


Zaman ini, kebanyakan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.


Setelah membeli laksa beras, pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.


Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.

Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “Pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”


Pakcik itu pun menjawab, "Duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.


Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya menggilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba di mana-mana kampung, menjelang waktu solat sama ada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana-mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.


Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah. Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat. Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, di sini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.


Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar."


Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.


“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”


“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”


MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.


Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.


Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal mengelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.


Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya untuk kebaikan diri kita sendiri.