SELAMAT DATANG

Senin, 18 Juli 2016

TAHNIAH ADIK AHMAD NAUFAL BIN FAUZI: ALUMNI PASTI TERUS CEMERLANG

1. Pihak PASTI Kawasan Machang merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada adik Ahmad Naufal Bin Fauzi atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara Qari Junior 2016. Juga ucapan tahniah dan syabas kepada kedua ibu bapa beliau atas kejayaan mendidik anak untuk menjadi seorang Qari Al-Quran yang cemerlang.

2. Adik Ahmad Naufal merupakan salah seorang alumni Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), yang pernah mendapat pendidikan awal kanak-kanak di PASTI Muaz Bin Jabal, Kota Bharu. Pasti, kejayaan menjadi Juara Qari Junior 2016 ini turut membanggakan semua warga PASTI seluruh negara. Sesungguhnya, telah terbukti bahawa produk keluaran PASTI mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

3. Sesungguhnya kejayaan ini merupakan rentetan-rentetan kejayaan yang telah dicapai oleh alumni PASTI di seluruh negara. 26 Mei lepas, seorang alumni PASTI Bagan Datoh, Perak, adik Mohamad Aqil Khair Bin Mohamad Fairos telah dinobatkan sebagai Juara Tahfiz Muda Astro bagi musim pertama. Sementara itu, beberapa hari yang lepas, seorang lagi alumni PASTI, Saudara Mu’az Bin Abdul Karim, alumni PASTI Qaryah Pulau Serai, Dungun telah menerima anugerah Outstanding International BTEC Student of the Year 2016, dalam satu majlis di Kota London.

4. Selain itu juga, kecemerlang yang telah ditunjukkan oleh alumni-alumni PASTI pada peringkat sekolah rendah telah mendapat perhatian yang serius daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada 27 Jun lepas, wakil daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan lawatan ke Pejabat PASTI Malaysia bagi mengadakan perbincangan dua hala berkenaan pendidikan awal kanak-kanak.

5. Kejayaan-kejayaan ini mampu menjadi contoh yang baik buat anak-anak murid PASTI di seluruh negara. Juga pengiktirafan yang diberikan oleh pihak luar terhadap sistem pendidikan di PASTI, terutamanya dari Kementerian Pelajaran Malaysia secara tidak lansung dapat meyakinkan para ibubapa untuk memilih PASTI sebagai pusat pendidikan awal untuk anak-anak mereka.

6. PASTI Kawasan Machang sekali lagi ingin merakamkan ucapan tahniah kepada adik Ahmad Naufal atas kejayaan yang diperolehi. Juga ucapan tahniah kepada adik Mohamad Aqil Khair dan Saudara Mu’az atas penganugerahan yang diterima. Teruskan usaha dan kecemerlangan kalian. Kalian adalah antara role model terbaik untuk murid-murid PASTI. PASTI mendidik generasi bertaqwa.

Sekian, terima kasih.





Tidak ada komentar:

Posting Komentar