SELAMAT DATANG

Senin, 23 Mei 2016

13HB MEI 2016,,,MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI PERINGKAT NEGERI KELANTAN DI PERDANA RESORT









12HB MEI 2016,,,MUKTAMAR TAHUNAN MAJLIS GURU PASTI NEGERI KELANTAN






HASAD DENGKI

Apabila rasa hasad wujud dalam hati,jangan dilahirkan dalam bentuk ucapan dan tindakan.Jaga lidah jangan sampai menuturkan tentang orang yang kita hasadkan kepada orang lain.Atau jangan menulis (dengan tujuan menyebarkan) sesuatu yang negatif berkenaan dirinya.Juga jangan sekali-kali mengambil sebarang tindakan susulan yang boleh memudaratkan lagi keadaan seperti mengintip,mencari rahsia (tajassus),mengumpat,mmengejek atau memfitnah.

Maksudnya,selagi hasad dengki dipendamkan dalam hati,maka ia belum jatuh ke tahap berbahaya.Cepat-cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tiga sifat yang tidak seorang pun selamat daripadanya iaitu takut (kerana sesuatu),buruk sangka dan hasad dengki.Jika kau berasa takut (kerana sesuatu) maka jangan mundur (hadapilah),jika kau berhasad jangan lanjutkan,dan jika kau bersangka buruk maka jangan buktikan (jangan mencari buktinya).” (Riwayat al-Baihaqi)

Minggu, 22 Mei 2016