SELAMAT DATANG

Minggu, 13 Oktober 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1434H


Jabatan PASTI Kawasan Machang mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha kepada semua warga kerja PASTI Machang, guru-guru dan ibubapa pelajar-pelajar PASTI. Kepada yang menunaikan haji pada tahun ini kami doakan akan pulang dengan selamat bersama haji yang mabrur. Kepada yang masih belum berkesempatan untuk menjadi tetamu-tetamu Allah, mudah-mudahan Allah akan memberikan kemampuan untuk sampai mengunjungi Rumah Nya satu hari nanti.

Kepada kita semua yang berada di tanahair Malaysia ini, mudah-mudahan Allah mengurniakan rasa dan semangat suka berkorban untuk Islam. Sanggup mengorbankan tenaga, masa, harta dan kepunyaan malahan jiwa dan raga demi untuk kemenangan islam yang kita cintai.

AHLI JAWATANKUASA JABATAN PASTI MACHANG SESI 2013/2015


Alhamdulillah, Satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Machang Kali Pertama Telah Berjaya Diadakan Pada 29hb September 2013 Bertempat Di Pejabat Pas Dun Kemuning.  Dalam Mesyuarat Ini Telah Berjaya Mengambil Beberapa Keputusan Untuk Memperkasakan PASTI Kawasan Machang.


Senarai Nama Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Machang Yang Baru Sesi 2013/2015 Ialah : Sdr. Mohd Romli B. Ismail (Timb. Pengerusi 1), Sdr. Mohd Nasir B. Abdul Rahman (Setiausaha PASTI), Mohd Afzanizan B. Arif (Bendahari PASTI), Sdr. Ahmad Tajuddin B. Hj Mukhtar (AJK PASTI), Sdr. Hazizi B. Deraman (AJK PASTI) Dan Sdr. Ahmad Faizan B. Che Hashim (AJK PASTI). Mudah – Mudahan Kita Dapat Gerakan PASTI Kawasan Machang Ke Arah Yang Lebih Baik.

LAWATAN JABATAN PASTI MACHANG KE PASTI CAWANGAN PALOH RAWA


Pada 26hb September Yang Lalu, Satu Lawatan Jabatan PASTI Machang Telah Diadakan Ke PASTI Cawangan Paloh Rawa. Rombongan Ini Dihadiri Oleh, Sdr. Muhd Khairul b. Che Khalid (Pengerusi PASTI Machang), Ust. Ahmad Tajuddin b. Hj Mukhtar (AJK PASTI Machang) Dan Sdr. Hazizi b. Deraman (AJK PASTI Machang). 

Untuk Makluman Semua, PASTI Paloh Rawa Ini Telah Melangkar Sejarah Tersendiri Apabila Berjaya Memenangi Acara Nasyid Dan Sajak Peringkat Negeri Kelantan Dan Seterusnya Mewakili Pasti Kelantan Ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan Di Selangor. Namun Gagal Memenangi Di Peringkat Ini Tetapi Pengalaman Di Sana Amat Berguna Bagi Membaiki Kelemahan Dan Kesilapan Yang Ada Dan In sha Allah Sama – Sama Kita Berdoa Pada Masa Hadapan PASTI Di Machang Berjaya Mencipta Sejarah Di Peringkat Kebangsaan Pula.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013 PASTI MALAYSIA


SEPATAH KATA

Assalamualaikum Wrh. Wbt.

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W. Dan Kaum Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda Serta Para Pejuang Islam Yang Tidak Jemu-Jemu Menyebarkan Dakwah Keseluruh Alam.

Hari Ini 14hb Oktober 2013 Bersamaan 09 Zulhijjah 1434h, Jabatan Pasti Machang Telah Berjaya Membina Blog Ini Bagi Menyampaikan Maklumat Atau Berita – Berita Terkini Mengenai Pasti Di Kawasan Machang Ini. Sebaran Maklumat Ini Amat Penting Bagi Mengetahui Perkembangan Terkini Pasti Di Machang Ini, Kerana,,,

Sejak Akhir - Akhir Ini, Pasti Telah Menjadi Pilihan Utama Kepada Ibubapa Bagi Mendapat Pembelajaran Yang Sempurna Bagi Anak – Anak Mereka Ini. Sehubungan Dengan Itu, Dalam Memberikan Pendidikan Kepada Anak-Anak, Kebanyakan Ibubapa Tidak Berkira Kerana Yang Penting Anak-Anak Mendapat Pembelajaran Yang Sempurna Dan Terbaik.

Oleh Itu,  Dalam Era Globalisasi Dan Dunia Tanpa Sempadan Ini Anak-Anak Semestinya Dipersiapkan Dengan “Iq” (Intelligent Quality) Dan “Eq” (Emotional Quality) Yang Tinggi. Dari Itu Keputusan Ibubapa Menghantar Anak Mereka Untuk Mendapatkan Pendidikan Di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Di Kawasan Machang Ini Adalah Merupakan Langkah Yang Paling Bijak.

Pasti Kawasan Machang Menyediakan Kedua-Dua Kualiti Yang Diperlukan Oleh Anak-Anak Dengan Menambah Dengan Satu Lagi Kualiti Yang Tidak Ada Pada Tadika Bukan Islam Iaitu “Spiritual Quality”.

Dalam Membentuk “Intelligent Quality”, Pasti Telah Menyediakan Bidang Akademik Yang Meliputi Pelbaga Mata Pembelajaran Asas Seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Jawi Dan Lain – Lain Lagi. Pelajar Pasti Juga Akan Didedahkan Dengan Pengajaran Kreatif, Riadah, Nasyid Dan Rehlah Bagi Melahirkan “Emotional Quality” Mereka Dalam Masa Mereka Melakukan Aktiviti Ini Bersama Teman Yang Lain. Ini Amat Penting Untuk Anak-Anak Pra-Sekolah Bagi Persediaan Ke Alam Persekolahan Yang Sebenar.

“Spiritual Quality” Adalah Elemen Terpenting Untuk Membentuk Sakhsiah Dan Peribadi Mulia Anak-Anak. Dengan Alunan Zikir Harian, Hafazan Surah, Maklumat Sirah -Sirah Nabi Dan Praktikal Solat Akan Menjuruskan Anak-Anak Kepada Kelembutan Hati Dan Kekebalan Untuk Tidak Terjerumus Melakukan Maksiat. Ini Sebenarnya Yang Diimpikan Oleh Setiap Ibubapa Iaitu Menginginkan Anak-Anak Yang Soleh Dan Solehah, Cemerlang Di Dunia Dan Cemerlang Di Akhirat.

Dalam Kesempatan Ini, Jabatan PASTI Machang Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Di Atas Kepercayaan Yang Diberikan Kepada Pihak Pasti Untuk Mendidik Anak-Anak Tuan/Puan Dan Sesungguhnya Ini Merupakan Amanah Yang Amat Berat Bagi Semua Warga Kerja Pasti Kawasan Machang.

Bersama Mendukung Amanah Allah Bagi Melahirkan Generasi Yang Bertaqwa Sekian. 

LOGO DAN LAGU PASTI

KETERANGAN LOGO PASTI


LAGU RASMI PASTI


PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG

Al-Quran As-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami

Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh … diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang … cemerlang

Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)

Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh … di asuh
PASTI pasti berjaya
Islam islamkan gemilang … gemilang

Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)

VISI & MISI PENDIDIKAN PASTI

VISI

Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikanp pra sekolah sebagai elemen terpenting

MISI
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti  PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam

MATLAMAT PENUBUHAN PASTI
Matlamat Am
  1. Mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
  2. Mengadakan pendidikan awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
  3. Menyediakan wadah awal pendidikan berorentasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang.
  4. Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
  5. Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.
Matlamat Khas
  1. Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah S.W.T.
  2. Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah s.a.w.
  3. Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah
  4. Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran

OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI
  1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
  2. Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan  ajaran Al-Quran dan Hadis.
  3. Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.
  4. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
  5. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT ASUHAN TUNAS-TUNAS ISLAM (PASTI)

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.
Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985 TAsKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988.
Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI.
Pada 29-30 Mei 1988 tekah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarsan Manhaj Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negari sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.
Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.